Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Al Quran Di Baca Untuk Memahami Dan Menghayati Kebesaran Allah

Written By: Zahiruddin - Mar• 08•09

Salam,

Untuk kali ini saya petik tulisan Saudara Rozainy dari Baitul Ummah ( http://baitulummah.com/forum/index.php?topic=4.0 ) perihal Al Quran. Semoga kita sama-sama ambil manfaat.

Banyak lagi soalan yang dapat kita Tanya pada diri kita ini. Dan ketahuilah bahawa setiap persoalan itu jawapannya ada di dalam Al-Quran. Cuma kebanyakkan kita ini tidak memahami dan mengerti kerana kita membaca dengan lidah dan menggunakan akal yang cetek untuk mengkaji setiap kalam yang dinyatakan dan bukannya dengan hati, di dalam membaca Al-Quran itu pun kita tidak menghadirkan hati dengan penuh keikhlasan, jadi bagaimana kita hendak menghayati, menyelami dan memahami akan apa yang disampaikan di dalam Al-Quran tersebut.

Al-Quran itu sepatutnya menjadi panduan hidup kita, satu sumber rujukan yang mantap yang mana sudah tentu akan kebenaranNya. Adakah wajar bagi kita hanya mengambil sebahagian dari ayat Al-Quran tersebut untuk menjadi amalan sedangkan telah Allah sempurnakan Al-Quran itu secara keseluruhannya kepada kita. Al-Quran itu sendiri merupakan amanah Allah kepada hamba-hambanya. Adakah kita beramanah dengan apa yang telah diamanahkan kepada kita.Saya begitu sedih dan kecewa apabila ada diantara hambaNya yang melakarkan sebahagian ayat tersebut samada menjadi pelbagai rajah atau sekadar potongan ayat untuk dijadikan wafaq, pendinding ataupun pelaris.

AL-QURAN ITU UNTUK DIBACA, DIFAHAMI, DISELAMI AGAR MENJADI PANDUAN HIDUPMU AGAR BERHAGIA HIDUPMU DIDUNIA DAN AKHIRAT. HIDUPKANLAH AL-QURAN ITU DIDALAM DIRIMU AGAR MENJADI APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI QURAN HIDUP YANG BERJALAN DIBUMI ALLAH DALAM KEADAAN YANG DIREDHAI.

Islam itu mudah, tapi tak semudah yang disangka, senang bagi yang memahami dan janganlah engkau permudah-mudahkan ianya. Banyak orang yang pandai berkata-kata tetapi tidak melakukannya. Kebanyakkan mereka asyik leka dengan kepentingan diri hanya yang mana mendapat petunjuk dan hidayah serta dilindungi Allah yang mampu mengenal yang benar dan batil degan izinNya. Sebagai hamba Allah yang hina dan kerdil, kita sebenarnya tidak berhak untuk banyak bertanya tentang urusan Allah apatah lagi untuk mengkaji kebesaranNya kerana setiap urusan Allah itu hanya Allah yang Maha Mengetahui sebab musababnya, adakah wajar seorang hamba mempersoalkan urusan tuannya.

Kebesaran Allah itu sebenarnya perlu dihayati dan disematkan di dalam hati dan diri agar kita lebih memahami dan mengenali Allah, tuhan sekelian alam.Memang benar Allah telah memberikan petunjuknya tetapi kita hendaklah bergegas dalam urusan taubat agar mendapat hidayah dariNya jua. Tanpa hidayah, petunjuk hanya tinggal kenangan, tanpa berusaha dan sujud dalam ertikata sujud yang sebenarnya, ilmu akan menjadi sekadar tahu saja tanpa mengetahui dan memahami. Tahu itu belum tentunya mengetahui dan faham itu belum tentu memahami. Untuk mendapatkan yang sebaiknya kita hendaklah melakukannya bukan hanya tahu bercakap sahaja. Menghampiri Allah bukannya hanya dikira dari amalan tetapi diatas kurniaNya dengan keikhlasan dan keyakinan kita terhadapNya.

Seribu tahun amalan mu itu belum cukup hanya untuk menebus nikmat penglihatan sebelah mata pun yang telah diberiNya, tetapi diatas limpah kurniaan, keredhaan dan rahmatNyalah yang melayakkan kita. Allah itu Maha Terbenar, janjiNya benar, walaupun kita membelakangiNya tapi Allah tidak pernah lupa akan janji-janjiNya, walaupun dalam noda dan dosa tetap diberiNya kita rezeki kerana itu telah dijanjikanNya, hanya kita yang lupa diri, menipu diri sendiri dan melayan kehendak nafsu nafsi.

Ingatlah diri kita ini hanyalah hamba yang menghamba abdikan diri kita hanya kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sekian…
Wasalam

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>