Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Allah Dalam Kehidupan Seharian Kita !

Written By: Zahiruddin - Jan• 06•12

ikoniSalam Sejahtera,

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Tiada tuhan hanya Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Agak lama saya tidak update blog rezeki halal ini kerana berpura-pura sibukkan diri dengan macam-macam perkara. Banyak alasan saya berikan untuk tidak mengupdate blog ini. Tapi hari ini saya di beri kesempatan oleh Allah untuk membuat sedikit posting yang tak seberapa tapi amat penting dan crucial sekali.

Saya terpanggil untuk berkongsi perkara ini kerana ianya merupakan perkara pokok dan sumber kekuatan semula jadi yang sedia ada dan sedia kita miliki. Hari demi hari kita makin leka dan alpha dengan kehidupan kita mana taknya umur kita makin meningkat kalau dulu 20 an  sekarang dah 40 an. Kalau dulu pegawai bawahan sekarang dah jadi pengarah. Dulu duduk di flat sekarang dah rumah banglo. Dulu naik bas mini 33 kini sudah berkereta sendiri. Dulu solat jaga tapi sekarang mula ada alasan.

Apa yang berlaku ? Kita sering sibuk dengan benda-benda berkaitan dunia saban hari sehingga kita lupa siapa kita dan apa tugasan kita di jadikan. Kita berlumba-lumba cari harta dan kekayaan. Kita berlumba-lumba mencari dan memiliki kemewahan dan sanjungan. Kita berlumba-lumba mahukan anak kita dapat semua A’s. Kita berlumba-lumba mendaki status quo dalam masyarakat. Kita mahu jadi yang terbaik tanpa hirau halal haram janji kita “Berjaya dan Sukses”.

Dunia itu penting. Akhirat itu penting. Insyaallah mari kita kembali seluruhnya kepada tuntutan Al Quran dan Sunnah. Jom hayati kembali intipati Islam itu. Dulukan Allah dari yang lain. Di dalam hati ini hanya Allah sahaja. Dalam kehidupan seharian rasakan kehadiran Allah setiap saat. Sebelum atau semasa berbuat sesuatu rasakan Allah. Maka Allah akan hadir dalam hidup kita setiap saat sampai bila-bila bukan semasa kita solat sahaja, bukan semasa kita berdoa kita susah sahaja dan bukan pada ketika-ketika kita memerlukan Allah sahaja.

Mari kita mohon taubat keseluruhannya dari Allah. Mohon ampun dan maaf kerana kelalaian kita dan tidak bersyukur kita pada Allah. Mari kita betulkan kompas kita dan tujuan kita semata-mata kerana Allah. Bersaksilah bahawa tiada tuhan hanya Allah. Dan Muhammad itu pesuruh Allah. Jadilah “Hamba Allah” dan bukan “Tuan Allah”. Renung-renungkan apa sifat Hamba dan apa sifat Tuan ?

Sifat hamba itu patuh dan akur akan perintah Penciptanya manakala sifat tuan itu mengarah dan mahukan Penciptanya mengikut kehendaknya dan kemahuannya. Ingatlah akhirat itu benar. Syurga dan neraka itu benar. Janji Allah itu benar.

Semoga kita semua di beri petunjuk dan hidayah Allah dalam menjalani kehidupan kita ini seharian sehingga akhir hayat kita ini. Insyaallah.

Wassalam

Zahiruddin

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE