Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Apa Itu Enzyme? Dan Faedahnya Untuk Anda.

Written By: Zahiruddin - Jun• 25•09

Salam,

Pada kali ini saya akan kongsi perihal “Enzyme” . Apa itu Enzyme? Dan apa baiknya enzyme ini pada kita. Saya pun baru mula faham pasal enzyme ini. Saya mula faham apabila saya mula mengambil enzyme setiap pagi dan dapat melihat perubahan pada diri saya sendiri. Selama ini saya pun tak kisah sangat sebab kira makan cukup dan badan pun sihat. Rupanya ia secara luaran sahaja. Yang di dalam badan yang kita tak nampak rupanya banyak sel-sel badan saya tak cukup sihat kerana kurang vitamin. Secara bahasa biasa sel-sel saya bentuknya tak bulat-bulat gebu lagi tapi dah kemek-kemek.

Asal manusia ini makan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Bila dunia berevolusi manusia pula mula makan binatang dan juga manusia lain. Sekarang bila dah moden semua bahan makanan mentah telah di proses dan ditinkan dan di panggil “Processed Food”. Secara tak langsung badan kita kurang vitamin dan nutrient dan ini pula mewujudkan industri pembuatan pil vitamin dan nutrient. Mengikut doktor pengambilan pil vitamin yang berlebihan akan menjadi toksik dalam badan dan boleh menghasilkan kanser.

pro-livezyme012

Maaf melalut agak jauh pula. Anda suka makan sayur tak? Kalau tanya anak saya  makan sayur jauh sekali. Kalau kita makan sayur pun kita dah masak habis dan vitamin dan zatnya dah hilang. Anda nak tak ambil gabungan sayur dan buah-buahan sebanyak 4kg setiap pagi tanpa susah-susah pergi ke pasar beli sayur dan buah-buahan? Jika berminat anda boleh mula mengambil “Livezyme”. Livezyme mengandungi lebih dari 72 jenis gabungan buah dan sayuran dan menyediakan enzyme hidup untuk anda dan ditambah dengan 12 bakteria baik untuk anda.

Ok di bawah ini saya translatekan apa itu enzyme dari doktor pakar.

Apa Itu Enzyme?

Enzyme adalah protin yang di hasilkan oleh sel di dalam badan kita dan juga organisma hidup yang lain. Enzyme ini adalah sejenis protin tersendiri yang mempunyai tugasan yang tertentu seperti menyusun molekul-molekul, membantu tindakbalas kimia, memecahkan kompaun menjadi lebih kecil dan menambah element yang di perlukan oleh kompaun. Secara langsung Ezyme merupakan pemangkin proses tindakbalas kimia di dalam badan kita dan menyokong daya hayat hidup kita. Ada banyak jenis enzyme dan setiap enzyme itu ada fungsinya yang tertentu. Enzyme perlukan bahan untuk ia membuat kerja atau tindakbalas. Tanpa bahan yang diperlukan enzyme tidak mempunyai fungsi.

Cara Kerja Enzyme?

Secara umum enzyme merupakan pemangkin untuk tindakbalas bio-kimia. Sebagai pemangkin ia menaikkan dan menpercepatkan kadar tindakbalas. Beribu tindakbalas bio-kimia yang berlaku setiap saat di dalam badan kita tidak dapat berlaku tanpa enzyme yang merpercepatkan tindakbalas ini.Sebagai contoh, protin boleh dipecahkan kepada asid amino di dalam makmal tanpa gunakan enzyme tapi untuk itu ia memerlukan suhu terlampau, tekanan tinggi dan acid yang kuat dan akan memakan beberapa jam. Keadaan ini memang amat tidak sesuai pada badan kita. Sebaliknya dengan enzyme tindakbalas ini boleh dilalkukan dalam beberapa minit di dalam air pada suhu biasa. Satu lagi sifat yang unik untuk enzyme ialah ia sendiri tidak  berubah atau musnah dalam proses ia memangkinkan tindakbalas bio-kimia. Oleh itu dengan penambahan enzyme akan mempercepatkan kadar tindakbalas bio-kimia.

Dari Mana Enzyme Datang Dan Ke Mana Ia Akan Pergi?

Enzyme wujud dalam semua makanan mentah. Semua makanan mentah termasuk daging ada aktiviti enzyme. Sebagai contoh pisang ada enzyme amylase yang menukarkan kanji kepada glukosa. Dalam beberapa hari amalyse menukarkan kanji pisang kepada glukosa dan oleh itu pisang yang bertukar warna kehitaman akan rasa lebih manis. Kiwi pula mengandungi enzyme bernama actinidin di mana anda tidak boleh membuat agar-agar dengan kiwi segar kerana enzyme actinidin ini akan mengelakkan pembekuan agar-agar.

Memasak atau pemerosesan makanan memusnahkan kegiatan enzyme. Inilah konsep pengetinan makanan – di mana haba akan memusnahkan enzyme dan menjadikan makanan dalam tin lebih tahan. Enzyme boleh hidup di dalam perut pada kadar PH antara 4.5 hingga 5.5 untuk satu jangka waktu dan boleh membantu pencernaan makanan dalam perut. Binatang dan juga manusia menghasilkan enzyme dari acid amino. Semakin banyak makanan mentah yang kita ambil boleh mengurangkan penghasilan enzyme pencernaan oleh perut kita.

Kitaran enzyme dalam badan melakukan banyak tugas yang lain seperti membaikpulih dan menjaga kesihatan sel dan badan secara keseluruhan. Apabila enzyme ini habis jangka hayatnya, enzyme lain dalam badan akan tukarkannya kepada asid amino dan di gunakan untuk fungsi yang lain.

Kenapa Anda Perlu Enzyme Produk Sebagai Nutrition Dan Supplement?

Pencernaan yang sempurna dan teratur menjamin kesihatan yang menyeluruh. Pengambilan enzyme mendatangkan banyak khasiat kepada kita terutamanya pada kita yang banyak mengambil makanan yang di masak atau makanan yang dah di proses oleh kilang. Banyak pengilang mengelakkan pengunaan enzyme kerana ia memerlukan pengetahuan sains yang tesendiri dan kepakaran yang tinggi.

Kenapa Ambil Enzyme Supplement Jika Kita Boleh Ambil Makanan Mentah?

Boleh! Kita boleh ambil makanan mentah tapi diet seperti ini amat sukar kita buat atau amalkan. Contoh jika kita ambil daging mentah kita akan terdedah kepada bakteria yang bertoksik dan memang tidak sesuai untuk kita. Dan jumlah enzyme dalam makanan mentah akan mengambil beberapa jam untuk pencernaan sempurna. Enzyme supplement adalah enzyme yang telah di padatkan dan jumlahnya amat banyak dan membantu pencernaan dengan lebih cepat.

Semoga dengan penjelasan ini anda boleh menfaatkan enzyme di dalam kehidupan anda. Memang teknologi ini amat baru di Malaysia tetapi ia bukan lagi benda asing di negara luar. Oleh itu saya ingin mengajak rakan-rakan yang berminat supaya mengambil enzyme dan di samping itu menjana sedikit pendapatan. Biarlah dengan memakan enzyme kita juga boleh jana pendapatan. Kita akan dapat menjadi lebih sihat dan murah rezeki supaya boleh kita beribadat dan menghambakan diri pada Allah dengan lebih tenang.

Wassalam

Zahiruddin
http://www.livezyme.com
http://www.zymtechworld.com

p/s: Hubungi saya untuk mendapatkan Livezyme dan memulakan perniagaan yang sihat dan berjaya.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Comment

  1. cerinna says:

    as kum.. saya ada mendengar produk nih. Dia baru jugak kan? dari segi bisnes macam mana yer kalau saya nak join.?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>