Salam semua,
Syukur saya kepada tuhan kerana masih berupaya menulis lagi di Blog RezekiHalal.com ini. Secara kebiasaannya saya akan mengurangkan aktiviti internet sebanyak 90%. Saya hanya buka tutup email sahaja. Itupun seminggu sekali. Maka banyak lah blog-blog saya ‘tersadai’ tanpa di update begitu juga dengan program-program internet yang saya sertai di internet tanpa di promosi.
Bulan ramadhan merupakan satu bulan untuk saya muhasabah diri. Terlalu banyak persoalan yang bermain di kotak pemikiran saya ini. Antaranya ialah Apakah sumbangan saya kepada keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan Negara. Apa sumbangan saya kepada Islam? Adakah saya ikhlas beribadat kepada Allah swt? Setiap persoalan ini menyebabkan saya takut nak keluar rumah maka hanya memerap kat rumah. Dari awal tahun kita sibuk mencari rezeki maka sebulan di bulan ramadhan ini kita harus mencari ‘kekuatan’ untuk kita gunakan bagi setahun yang mendatang.
Bila diakhir ramadhan ini mulalah umat islam sibuk mencari keberkatan ‘Malam Lailatul Qadar’. Sekiranya anda beramal semata-mata untuk nak dapatkan kemuliaan Malam Lailatul Qadar anda sebenarnya telah pun GAGAL kerana anda BERPURA-PURA. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Kelebihan Lailatul Qadar ini hanya pada umat Islam yang ikhlas beribadat sahaja kepada Allah Swt tanpa memikirkan dosa dan pahala. Seperti yang saya katakan sebelum ini jika kita jadikan Akhirat sebagai matlamat utama Kekayaan di dunia akan datang dengan sendirinya. Insya Alah.
Akhir kata, sempena bulan yang mulia ini saya ingin memohon banyak KEMAAFAN kepada semua pembaca blog ini sekiranya ada artikel saya selama ini yang menguris hati & perasaan anda semua.
Tak perlu kita terlalu fikirkan banyak hal di dunia ini. Biarkan ia berlalu..Enjoy dan nikmati sepuas-puasnya saat kita sehari-hari dengan penuh keinsafan dan keimanan. ‘Let It Go’ Insya Allah kita akan sentiasa tenang menghadapi segala cabaran
Saya sudahi dengan ucapan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI’ bersama keluarga tercinta. Semoga kita semua berjaya di dunia & akhirat. Amin.
Yang Ikhlas,
Saiful Anuar





