Kekuatan Itu Menerima Hakikat Kebenaran!
Salam untuk warga Rezeki Halal,
Agak lama juga saya tidak menulis. Menulis pun sekali sekala. Untuk pengetahuan saya dalam pencarian diri saya yang sebenarnya. Saya mencari asal keturunan saya, saya mula belajar mendalami dan mengenali diri saya yang batin (iaitu diri yg didalam) dan saya juga mengenali diri yang zahir.
Saya merupakan seorang yang suka mencari kelainan dan meneroka benda yang baru. Saya juga suka menduga akal saya sendiri. Adakah ini HAKIKAT sebenarnya?
Memang kehidupan saya penuh pengalaman yang misteri dan unik. Bahkan jalan kehidupan saya tidak lah LURUS, memang penuh cubaan dan dugaan hingga sekarang ini. Di duga dari segi ekonomi, perasaan, emosi, dan perjalanan diri. Apakah yang saya CARI?
Kita datang tanpa apa-apa dan kita akan kembali kepadaNYA tanpa apa-apa juga. Jika kita datang kedunia tujuannya nak kumpul banyak harta dan pulang dengan banyak harta maka ITU bukan tujuan kita utama. Kita perlu jadi KAYA supaya KESEMPITAN tidak meruntuhkan pegangan kita. Kita perlu RASA Miskin supaya KAYA kita menguatkan INGATAN pada ALLAH.
Dalam perjalanan ini saya sering mencari HEBAT. Nak jadi HEBAT ini. Nak jadi HEBAT itu. Yang pada mana HAKIKATnya saya adalah manusia biasa sahaja. Saya memang TIDAK DAPAT MENERIMA hakikat ini. Jika kita HEBAT masih ada yang lebih hebat. Jika kita KAYA ada yang lebih kaya. Jika kita KUAT ada yang lebih kuat.
Yang saya tidak FAHAM yang HEBAT ialah yang BIASA. Yang KUAT itu yang BIASA. Yang KAYA itu yang BIASA. Jadilah orang yang BIASA-BIASA sahaja. Iaitu orang yang serdahana yang gantung harapnya pada yang MAHA ESA. Tidak mencaci, merendahkan dan mengutuk yang lain.
Saya pernah belajar salah satu ilmu TAI CHI. Gurunya itu mengajar. Jurus ilmu Tai Chi yang pertama (Asas) ialah jurus ilmu Tai Chi (Terakhir) yang terakhir. Bagi mereka yang mencari HEBAT, ramai yang terlepas pandang dan meremehkan yang ASAL tadi. Maka mereka sentiasa dalam pencarian tanpa mengetahui mereka telah pelajari yang akhir.
Begitu lah diri saya ini, mencari kehebatan di LUAR yang padahal yang sudah SEDIA ADA. Jaki dengan KEPUNYAAN orang lain dan lupa nak SYUKURI yang SEDIA ADA. Begitulah cerita bab perjalanan mengenal diri sendiri.
Saya kini belajar menerima hakikat bahawa saya ini manusia biasa. Kalau nak ke Amerika naik kapa terbang bukan guna ilmu “JUMPER”. Kalau bergaduh guna penumbuk bukan guna JURUS JARAK JAUH. Kalau di serang secara ramai lari dan minta bantuan bukan GHAIB melalui ILU Halimunan. Jadi yang BIASA yang BIASA itu BISA dan MERASA. Pulangkan yang HAQ dan yang HAQ itu pasti. Itulah HAKIKAT KEBENARAN.
Saya mohon kepada ALLAH untuk jadi manusia biasa, manusia yang tidak hebat mana, tidak mahu di kenali, manusia yang hatinya, bicaranya dan lakunya selaras, manusia yang ikhlas dan bercakap benar.
Pesan Nabi SAW - AMANAH, TABLIG, FATANAH dan SIDDIQ. Saya cuba amalkan yang itu dan semoga saya dapat menerapkan dalam kehidupan saya dan juga pada semua.
Zahiruddin
p/s: Dari Bandung, Indonesia.
YANG MANA DULU RUKUN IMAN / RUKUN ISLAM?
October 9, 2008 by hamba
Filed under Amalan, Bab Rezeki, Doa, Hakikat, Maklumat, Tips, Umum, Uncategorized
Assalammualaikum!!!! dah lama saya tak menulis apa2 diruang ini…… sempena hari raya dan bulan syawal yang mulia ni. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin…… Saya menulis ini hanya ingin berkongsi hak kita semua….ia nya bukan milik saya….atau milik sesiapa….tetapi untuk mereka yang merasakan bahawa mereka adalah seorang hamba…..bukan hamba pada dunia tetapi pada pencipta yang satu yang haq…..
Selalunya kita lupa dan kadang2 kita sedar siapa kita….kenapa kita dilahirkan…adakah kita dilahirkan untuk menjadi doktor,ulama,peniaga, jutawan atau apa2 pun keadaan kita sekarang…..”KENAPA AKU DILAHIRKAN”. Tapi sayangnya bukan ini yang hendak saya ceritakan….Apa yang hendak saya ceritakan adalah bab solat……Isteri saya dilahirkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada rukun islam…..yang selalu jadi topik hangat adalah “solat”…..
Inilah topik yang ingin saya tuliskan “SOLAT” Isteri saya selalu tegur dan menjadi marah tentang solat ni……..Saya tidak pernah mengatakan tidak perlu lakukan solat….tapi yang menjadi persoalannya bagaimana kita hendak melakukan solat sekiranya kita tidak faham dan tidak tahu apa yang kita buat……adakah kita lakukan solat kerana ia nya wajib/ kerana takut pada seseorang……atau sesuatu / kerana solat wajib…kita sama dengan burung kakak tua….cakap tapi tak atu apa yang dicakapkan…..
Seperti yang pernah saya tulis dahulu…..kita belajar agama terbalik…….yang dahulu kita kemudiankan,yang kemudian kita dahulukan…..cuba kita fikirkan agama islam adalah satu agama yang penuh dengan tertip dan halus tetapi kenapa di negara kita terlalu ramai orang islam yang terjerumus kelembah maksiat……kalau nak kata didikan agama tak cukup ada yang lepasan alazhar mesir pun hancur…..ada tahfiz pun hancur……saya bukan nak menunding kepada sesiapa…..ini berlaku kerana tiada ruh….. rukun islam adalah jasad (syariat) rukun iman adalah ruh…….
Ibu dan bapa paksa anak mereka solat……hantar anak mengaji hantar anak sekolah agama……tetapi kosong…..kerana mereka tak kenal yang maha esa. bila tanya kamu agama apa mereka jawap islam….siapa tuhan kamu Allah…. bukti kepercayaan kita pada Allah tiada…..”CUBA KITA DUDUK DIAM DAN TANYA APA BUKTI AKU YAKIN DAN PERCAYA PADA ALLAH”
Dalam rukun iman semuanya ghaib(tidak dapat dilihat dengan mata) kecuali al-quraan….Jadi apa bukti shahih yang mengatakan al-quraan yang kita baca adalah 100% datang dari Allah…..sedangkan mazhab dah terpecah 72…… masing2 mengatakan mazhab masing2 betul……sekarang bukan soal betul atau salah…..persoalannya yang mana yang sebenarnya 100% datang dari Allah kepada Muhammad s.a.w……bukan yang terbentuk dari idealogi dan pandangan imam atau seseorang…….
Bagaimana kita hendak meyakini Allah sedangkan kita tidak mengenali Allah “AWAL-AWAL MENGENAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH” Untuk mengenal allah seolah2 menjadi satu rahsia….hanya golongan tertentu yang dapat dan boleh belajar…..sedangkan Allah turunkan islam untuk semua bukan untuk seseorang atau kaum yang tertentu….
Apabila kita telah mengenal Allah maka rukun iman yang lain dan rukun islam menjadi senang……tak perlu kita belajar ilmu hukum yang terlalu banyak tak perlu kita belajar ilmu haram atau haram……kerana bagi orang yang mengenali allah maka mereka tidak akan terdorong untuk melalukan kejahatan dan perkara2 yang dibenci oleh Allah….
Bila kita sudah mengenal Allah maka kita faham kenapa kita soalat….kenapa ada rukuk,sujud tahyat dan sebagainya…..
Akhir kata renunglah kata2 ini :
“Janganlah kita melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya dan jangan lah kita meninggalkan sesuatu dengan alasan kita tidak mengetahuinya”
Moga2 Allah merahmati hidup kita……..”TIDAK ADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN ALLAH DAN TIADA YANG BOLH MEMUDARATKAN AKU MELAINKAN ALLAH”
Amalkan Sikap Jangan Putus Asa - Sifat Mulia
Insan, janganlah berputus asa
Oleh: Ibnu Abdullah
Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.
Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.
Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”
Inilah hebatnya orang Islam, kerana prinsip hidupnya yang jelas dan bermatlamat telah digariskan dengan jelas dalam Islam.Benarlah kata – kata Umar yang sangat terkenal akan hal ini.
“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.
Pendek kata, janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:
” Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
Bahkan sehingga pelaku-pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana sememangnya sifat ini adalah sifat yang terlarang bahkan keampunan Allah SWT itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.
Kalau dalam hal inipun dilarang berputus asa apatah lagi hal – hal yang lain. Tapi alangkah berbezanya realiti Muslim hari ini yang mudah sahaja berputus asa apabila gagal dalam sesuatu perkara atau mudah saja menyerah kalah apabila menghadapi cabaran yang sukar. Ikutilah teladan Rasulullah SAW dan sahabat – sahabat serta generasi Islam yang awal yang sentiasa bersemangat dan bersungguh- sungguh dalam apa jua bidang sekalipun. Ayuh wahai pemuda untuk kita bangkit kembali dan pastikan kita sentiasa cekal dan jauhilah sikap berputus asa.
Penulis teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah positifnya pemuda ini dengan menjelaskan:
“jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh melakukan 1000 perkara lagi”.
Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana Sesutu maslah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?:
• Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan:
“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.
• Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
Dan dalam firman Allah menjelaskan: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.
• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
Hakikat Doa Harian - Oleh Saudara Rohaizad
September 24, 2008 by Zahiruddin
Filed under Amalan, Bab Rezeki, Doa, Hakikat, Hikmah, Rezeki Halal
Segala Puji Bagi ALLAH, Tuhan Seru Sekalian Alam
Selawat dan salam Kami sesungguhnya pada para2 rasul, para2 nabi, kaum keluarga dan para2 sahabat.
Kami memanjatkan kesyukuran kami di atas segala rahmat dan limpah kurniaMu yang datangnya melimpah2 dan tidak pernah putus
Kami bersyukur Kami menyerahkan dir Kami dan segala urusan hidup Kami ini kepadaMu
Sesungguhnya hanya padaMu tempat Kami berharap, berserah dan tempat Kami meminta pertolongan
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Kami dan Kami ini adalah hambaMu
Dan Kami tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMu
Kami bersyukur ALLAH senantiasa memudahkan segala urusan Kami
Kami bersyukur ALLAH senantiasa menceriakan hari2 Kami
Kami bersyukur ALLAH murahkan rezeki Kami
Kami bersyukur ALLAH membuka pintu rezeki Kami
Kami bersyukur ALLAH membuka pintu kekayaan langit dan bumi
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu
Kami bersyukur ALLAH senantiada memberkati rezeki Kami
Kami bersyukur ALLAH semaikan rasa cinta dan kasih saying di dalam jiwa dan hati Kami
Kami bersyukur ALLAH bimbing Kami yang tidak tahu ini menuju kebahagiaan yang HAKIKI
Kami bersyukur ALLAH senantiasa melindungi isteri, anak2 dan adik beradik Kami
Kami bersyukur ALLAH jadikan meraka anak2 yang soleh dan hamba2Mu yang taat
Kami bersyukur ALLAH tempatkan mereka bersama hamba2Mu yang redha lagi diredhai
Kami bersyukur ALLAH mengampuni segala dosa2 Kami,
Dosa2 yang Kami sedari dan dosa2 yang Kami tidak sedari
Samada Kami mengerti dan Kami tidak mengerti
Kami bersyukur ALLAH mengampuni segala dosa2 ibu dan bapa Kami
Kami bersyukur ALLAH mengampuni dosa2 isteri dan anak2 Kami, kaum keluarga Kami
Dan sekalian kaum muslimin dan muslimat
Samada yang masih hidup ataupun yang dah kembali ke rahmatMu
Kami bersyukur ALLAH kurniakan Kami kesejahteraan dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat
Kami bersyukur ALLAH membimbing kami yang tidak tahu ini ke jalan yang benar
Kami bersyukur ALLAH senantiasa membimbing di dalam setiap detik perjalanan hidup Kami ini….
Amin

