Tempoh Hidup Kita Ialah 3 Hari 2 Nafas
Salam,
Saya dapat email dari rakan saya Kamal mengenai Hidup = 3 Hari + 2 Nafas. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini.
Zahruddin
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.
Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan** **mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.
Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.* *
Kekuatan Asma Al Husna
Salam semua,
Agak lama rasanya saya tidak membuat post baru disini. Selain fokus kepada kerja hakiki, saya jugak sebenarnya sedang‘Brainstorming’ dengan beberapa rakan mengenai projek khas online. Bila tiba masanya saya akan umumkan kepada anda semua kerana tak ramai lagi rakyat Malaysia buat benda ni secara online.
Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah tentang kekuatan Asma Al Husna. Post kali ini saya ada sertakan audio Asma Al Husna. Saya dapat audio ini ketika saya menjalani Kursus ESQ di Melaka. Apa yang menarik ialah apabila saya mendengar berulang kali hati saya terasa SEBAK, MEREMANG BULU ROMA dan terasa diri ini terlalu KERDIL disisi ALLAH SWT sekaligus meningkatkan lagi rasa cinta saya kepada ALLAH swt. Asma Al Husna bukannya untuk didengar sahaja tetapi untuk dihayati sedalam-dalamnya. Insya Allah anda akan rasa ketenangannya. Begitulah berkuasanya ALLAH swt.
Namun begitu ‘RASA’ saya tidak semestinya sama dengan ‘RASA’ anda semua. Ia bergantung kepada ‘TAHAP’ masing-masing. Iman kita sebenarnya berada didalam QALBI(Jantung). QALBI pula dikelilingi dengan kalimah Laillahaillah. Mengikut Imam Al-Ghazali Iman terbahagi kepada 3 iaitu Pertama: Iman yang sentiasa berada di dalam kalimah; Kedua; Iman yang sekejap ia keluar sekejap pula ia masuk ke dalam kalimah dan Ketiga: Iman yang sentiasa berada di luar kalimah. Maksud berada diluar kalimah ialah orang yang tidak beriman. Fikir-fikirkanlah. Walaubagaimanapun hanya Allah swt sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang lagipun ia rahsia (sirr) Allah swt.
Dalam Islam kita disarankan supaya kita sentiasa berubah menjadi lebih baik dari semalam. Jangan kita hanya cuba SEKALI tetapi CUBALAH BERKALI-KALI. Begitu juga dengan audio ini. DENGARKANLAH AUDIO INI BERKALI-KALI. INSYA ALLAH.
Akhir kata saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru 2009. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. Amin.
Saiful Anuar
Permulaan Yang Baru Di Tahun 1430 Hijrah.
Salam,
Kini kita telah memasuki tahun 1430 Hijrah. Amat pantas hari berlalu dan adakah kita jadi lebih baik dari sebelumnya atau sebaliknya. Umur tidak akan menunggu kita. Oleh itu kita perlu berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Banyak perkara di dunia ini yang perlu kita belajar dan ambil pengajaran. Setiap insan itu akan melalui perjalanan masing-masing dengan pelbagai cabaran, ujian dan pengalaman. Perjalanan si A tidak sama dengan perjalanan si B. Juga perjalanan si C tidak sama dengan perjalanan si A dan si B.
Susah untuk si A tidak sama dengan susah si B kerana berada dalam tahap pengalaman yang berbeza. Apa yang saya ingin kongsikan ialah perihal diri yang melalui perjalanan ini.
1) Diri ini berasal dari yang Ghaib - sifat asalnya ghaib, sifat asalnya hidup, sifat asalnya tiada batas
2) Di berikan kelongsong badan Zahir - ia ibarat pakaian atau kereta - ada yang cantik, ada yang tinggi, ada yang kaya, ada yang cerdik dan macam2 lagi.
3) Penyatuan Zahir dan Ghaib ini di namakan manusia.
4) Manusia ini di lahirkan ke dunia untuk di uji - di mana ujian itu telah di beri jawapan terlebih dahulu dengan adanya pesuruh-pesuruh Allah s.w.t yang memberi pelajaran dan penyampaian.
5) Di ajarkan ia Rukun Iman (Ghaib) dan Rukun Islam (Zahir)
6) Di berikannya Al Quran dan Hadis sebagai panduan kehidupan.
Itulah nikmat yang Allah berikan kepada kita semua. Kita dapat merasai nikmat Zahir dan nikmat Ghaib. Oleh itu kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t.
Sepintas cara hidup kita:
Umumnya kita lebih kenal “Zahir” kita lebih dari “Ghaib” kita. Kita tahu nama kita. Kita tahu kita kerja apa. Kita tahu muka dan badan kita. Kita tahu rumah kita. Kita tahu isteri dan anak kita. Kita tahu keboleh kita. Kita tahu apa-apa yang nampak perihal kita. Kita tahu bapa dan ibu kita. Kita tahu kita lahir di mana. Kita tahu kita suka makan apa. Kita tahu kelemahan kita.
Adakah itu KITA? Kita ini adalah lebih dari yang “Zahir” . Kita juga ada yang “GHAIB”. Bila sebut yang “Ghaib” memang agak kurang tahu perihal kita yang “Ghaib” ini. Bila kita kurang tahu kita pun mula tidak ambil tahu dan mula tak nak tahu.
Sebenarnya kita yang “Ghaib” inilah yang paling penting. Tanpa yang “Ghaib” ini yang “Zahir” tidak bermakna. Apabila yang “Ghaib” meninggalkan yang “Zahir” - kelongsong badan dan dunia tidak bererti lagi.
Oleh itu kita mula-mulakan untuk mempelajari kita yang “Ghaib” dan meneroka kebesaran Allah di dalam diri yang “Ghaib” ini. Kekuatan yang sebenar adalah dari DALAM ke LUAR.Dalam yang kuat membuat yang Luar kuat.
Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah untuk kita jalani kehidupan ini.
Wassalam,
Zahiruddin.
Sekilas Pandang Di Dalam Kaabah
November 20, 2008 by Zahiruddin
Filed under Bab Rezeki, Feature, Hakikat, Hikmah, Makluman, Maklumat, Rahsia, Umum
Salam,
Saya ingin kongsi mengenai gambar yang menunjuk dalam Kaabah di Mekah. Saya dapat gambar ini pun dari email. Bukan semua orang boleh masuk ke dalam Kaabah hanya orang-orang tertentu dan ada pengaruh di benarkan masuk ke dalamnya. Bagi kita orang awam agak sukar untuk masuk atau melihat apa yang ada di dalamnya.
Sejarah Ayat Kursi Dan Fadhilatnya
November 18, 2008 by Zahiruddin
Filed under Amalan, Hakikat, Hikmah, Makluman, Maklumat, Rahsia, Rezeki Halal, Umum
SEJARAH AYAT KURSI DAN FADHILATNYA
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda keluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”
Kekuatan Itu Menerima Hakikat Kebenaran!
Salam untuk warga Rezeki Halal,
Agak lama juga saya tidak menulis. Menulis pun sekali sekala. Untuk pengetahuan saya dalam pencarian diri saya yang sebenarnya. Saya mencari asal keturunan saya, saya mula belajar mendalami dan mengenali diri saya yang batin (iaitu diri yg didalam) dan saya juga mengenali diri yang zahir.
Saya merupakan seorang yang suka mencari kelainan dan meneroka benda yang baru. Saya juga suka menduga akal saya sendiri. Adakah ini HAKIKAT sebenarnya?
Memang kehidupan saya penuh pengalaman yang misteri dan unik. Bahkan jalan kehidupan saya tidak lah LURUS, memang penuh cubaan dan dugaan hingga sekarang ini. Di duga dari segi ekonomi, perasaan, emosi, dan perjalanan diri. Apakah yang saya CARI?
Kita datang tanpa apa-apa dan kita akan kembali kepadaNYA tanpa apa-apa juga. Jika kita datang kedunia tujuannya nak kumpul banyak harta dan pulang dengan banyak harta maka ITU bukan tujuan kita utama. Kita perlu jadi KAYA supaya KESEMPITAN tidak meruntuhkan pegangan kita. Kita perlu RASA Miskin supaya KAYA kita menguatkan INGATAN pada ALLAH.
Dalam perjalanan ini saya sering mencari HEBAT. Nak jadi HEBAT ini. Nak jadi HEBAT itu. Yang pada mana HAKIKATnya saya adalah manusia biasa sahaja. Saya memang TIDAK DAPAT MENERIMA hakikat ini. Jika kita HEBAT masih ada yang lebih hebat. Jika kita KAYA ada yang lebih kaya. Jika kita KUAT ada yang lebih kuat.
Yang saya tidak FAHAM yang HEBAT ialah yang BIASA. Yang KUAT itu yang BIASA. Yang KAYA itu yang BIASA. Jadilah orang yang BIASA-BIASA sahaja. Iaitu orang yang serdahana yang gantung harapnya pada yang MAHA ESA. Tidak mencaci, merendahkan dan mengutuk yang lain.
Saya pernah belajar salah satu ilmu TAI CHI. Gurunya itu mengajar. Jurus ilmu Tai Chi yang pertama (Asas) ialah jurus ilmu Tai Chi (Terakhir) yang terakhir. Bagi mereka yang mencari HEBAT, ramai yang terlepas pandang dan meremehkan yang ASAL tadi. Maka mereka sentiasa dalam pencarian tanpa mengetahui mereka telah pelajari yang akhir.
Begitu lah diri saya ini, mencari kehebatan di LUAR yang padahal yang sudah SEDIA ADA. Jaki dengan KEPUNYAAN orang lain dan lupa nak SYUKURI yang SEDIA ADA. Begitulah cerita bab perjalanan mengenal diri sendiri.
Saya kini belajar menerima hakikat bahawa saya ini manusia biasa. Kalau nak ke Amerika naik kapa terbang bukan guna ilmu “JUMPER”. Kalau bergaduh guna penumbuk bukan guna JURUS JARAK JAUH. Kalau di serang secara ramai lari dan minta bantuan bukan GHAIB melalui ILU Halimunan. Jadi yang BIASA yang BIASA itu BISA dan MERASA. Pulangkan yang HAQ dan yang HAQ itu pasti. Itulah HAKIKAT KEBENARAN.
Saya mohon kepada ALLAH untuk jadi manusia biasa, manusia yang tidak hebat mana, tidak mahu di kenali, manusia yang hatinya, bicaranya dan lakunya selaras, manusia yang ikhlas dan bercakap benar.
Pesan Nabi SAW - AMANAH, TABLIG, FATANAH dan SIDDIQ. Saya cuba amalkan yang itu dan semoga saya dapat menerapkan dalam kehidupan saya dan juga pada semua.
Zahiruddin
p/s: Dari Bandung, Indonesia.
Kunci Utama Rezeki - Diri, Keluarga Dan Masyarakat
October 28, 2008 by Zahiruddin
Filed under Bab Rezeki, Hakikat, Hikmah, Kunci Utama Rezeki, Tips, Umum
Salam kepada semua,
Saya sudah agak lama tidak membuat post di Rezeki Halal ini atas alasan sibuk dengan kerja dan diri sendiri. Rakan-rakan yang lain juga agak sibuk dengan urusan masing-masing. Hari ini saya ada peluang sedikit untuk berkongsi tips Kunci Utama Rezeki yang saya pelajari dari seorang sahabat saya.
Kunci Yang Pertama - DIRI - anda perlu bersikap adil kepada diri anda sendiri. Anda perlu sayangi diri anda sendiri. Jangan perlekehkan diri sendiri. Pastikan diri sendiri boleh berdiri jika tidak ia bukan dinamakan diri. Jika anda berkerja makan gaji pastikan setiap akhir bulan ada bahagian yang wajib anda bayar iaitu DIRI anda sendiri. Pastikan diri anda itu dibayar - paling kurang 10% dari pendapatan anda.Selepas bayar DIRI anda baru bayar hutang dan keperluan yang lain. Bukan bayar yang lain dulu dan yang baki anda punya. Biasanya bila dah bayar yang lain dah tiada baki untuk DIRI. Anggap dia macam Bank juga yang selalu anda bayar setiap bulan. Perlu hargai diri anda baru boleh hargai yang lain.
Kunci Yang Kedua - KELUARGA - Kita hidup ini berkeluarga - samada isteri dan anak atau ibu dan bapa. Kita perlu jaga amanah yang telah di beri pada kita ini. Untuk yang berumahtangga tanggung jawab anda ialah jaga keluarga anda dengan memberi nafkah dan masa. Pastikan keluarga anda rukun dan terurus. Keluarga yang rukun damai dan terurus menjemput REZEKI masuk dalam unit keluarga tersebut. Penuhi hasrat anak-anak anda yang inginkan sesuatu dari anda. Kalau tiada duit atau harta berikan lah MASA itulah sebaik-baiknya. Masa anda bersama andak anda dan isteri itu akan menambahkan RAHMAT Allah terhadap anda.
Kunci Yang Ketiga - MASYARAKAT - Bila unit DIRI dan unit KELUARGA dan tersusun rapi dan amak damai secara tak langsung MASYARAKAT akan jadi aman makmur dan kukuh perpaduan. Ekonomi juga berkembang biak secara tersusun. Setiap kita baiki DIRI dan KELUARGA kita sendiri maka secara ta langsung akan terbentuk masyrakat yang cantik dan kukuh.
Harap ini dapat membantu serba sedikit perihal Rezeki.
Zahiruddin
Usia bumi
Baca dan renung-renungkan… Allah sahaja yang tahu kebenarannya…
Bukti kebenaran Al Quran…
Fenomena ini telah disebut di dalam Quran 1400 tahun dahulu…
a)
Mengikut hadith, umat Rasulullah s.a.w akan hidup selama 1500 tahun. Sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066. WALLAHUA’LAM…
b)
Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi. Telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi, Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi. Dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.
WALLAHUA’LAM…
c)
Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa a.s. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.
WALLAHUA’LAM…
Semua ini telah dikaji dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.
WALLAHUA’LAM…
Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba, hanya orang yang leka dengan dunia sahaj yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.
Assalammualaikum…
Sumber: Isu Hangat
YANG MANA DULU RUKUN IMAN / RUKUN ISLAM?
October 9, 2008 by hamba
Filed under Amalan, Bab Rezeki, Doa, Hakikat, Maklumat, Tips, Umum, Uncategorized
Assalammualaikum!!!! dah lama saya tak menulis apa2 diruang ini…… sempena hari raya dan bulan syawal yang mulia ni. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin…… Saya menulis ini hanya ingin berkongsi hak kita semua….ia nya bukan milik saya….atau milik sesiapa….tetapi untuk mereka yang merasakan bahawa mereka adalah seorang hamba…..bukan hamba pada dunia tetapi pada pencipta yang satu yang haq…..
Selalunya kita lupa dan kadang2 kita sedar siapa kita….kenapa kita dilahirkan…adakah kita dilahirkan untuk menjadi doktor,ulama,peniaga, jutawan atau apa2 pun keadaan kita sekarang…..”KENAPA AKU DILAHIRKAN”. Tapi sayangnya bukan ini yang hendak saya ceritakan….Apa yang hendak saya ceritakan adalah bab solat……Isteri saya dilahirkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada rukun islam…..yang selalu jadi topik hangat adalah “solat”…..
Inilah topik yang ingin saya tuliskan “SOLAT” Isteri saya selalu tegur dan menjadi marah tentang solat ni……..Saya tidak pernah mengatakan tidak perlu lakukan solat….tapi yang menjadi persoalannya bagaimana kita hendak melakukan solat sekiranya kita tidak faham dan tidak tahu apa yang kita buat……adakah kita lakukan solat kerana ia nya wajib/ kerana takut pada seseorang……atau sesuatu / kerana solat wajib…kita sama dengan burung kakak tua….cakap tapi tak atu apa yang dicakapkan…..
Seperti yang pernah saya tulis dahulu…..kita belajar agama terbalik…….yang dahulu kita kemudiankan,yang kemudian kita dahulukan…..cuba kita fikirkan agama islam adalah satu agama yang penuh dengan tertip dan halus tetapi kenapa di negara kita terlalu ramai orang islam yang terjerumus kelembah maksiat……kalau nak kata didikan agama tak cukup ada yang lepasan alazhar mesir pun hancur…..ada tahfiz pun hancur……saya bukan nak menunding kepada sesiapa…..ini berlaku kerana tiada ruh….. rukun islam adalah jasad (syariat) rukun iman adalah ruh…….
Ibu dan bapa paksa anak mereka solat……hantar anak mengaji hantar anak sekolah agama……tetapi kosong…..kerana mereka tak kenal yang maha esa. bila tanya kamu agama apa mereka jawap islam….siapa tuhan kamu Allah…. bukti kepercayaan kita pada Allah tiada…..”CUBA KITA DUDUK DIAM DAN TANYA APA BUKTI AKU YAKIN DAN PERCAYA PADA ALLAH”
Dalam rukun iman semuanya ghaib(tidak dapat dilihat dengan mata) kecuali al-quraan….Jadi apa bukti shahih yang mengatakan al-quraan yang kita baca adalah 100% datang dari Allah…..sedangkan mazhab dah terpecah 72…… masing2 mengatakan mazhab masing2 betul……sekarang bukan soal betul atau salah…..persoalannya yang mana yang sebenarnya 100% datang dari Allah kepada Muhammad s.a.w……bukan yang terbentuk dari idealogi dan pandangan imam atau seseorang…….
Bagaimana kita hendak meyakini Allah sedangkan kita tidak mengenali Allah “AWAL-AWAL MENGENAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH” Untuk mengenal allah seolah2 menjadi satu rahsia….hanya golongan tertentu yang dapat dan boleh belajar…..sedangkan Allah turunkan islam untuk semua bukan untuk seseorang atau kaum yang tertentu….
Apabila kita telah mengenal Allah maka rukun iman yang lain dan rukun islam menjadi senang……tak perlu kita belajar ilmu hukum yang terlalu banyak tak perlu kita belajar ilmu haram atau haram……kerana bagi orang yang mengenali allah maka mereka tidak akan terdorong untuk melalukan kejahatan dan perkara2 yang dibenci oleh Allah….
Bila kita sudah mengenal Allah maka kita faham kenapa kita soalat….kenapa ada rukuk,sujud tahyat dan sebagainya…..
Akhir kata renunglah kata2 ini :
“Janganlah kita melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya dan jangan lah kita meninggalkan sesuatu dengan alasan kita tidak mengetahuinya”
Moga2 Allah merahmati hidup kita……..”TIDAK ADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN ALLAH DAN TIADA YANG BOLH MEMUDARATKAN AKU MELAINKAN ALLAH”
Batu Boleh Bercahaya - Kebesaran Allah
Salam,
Kali ini ingin kongsi sedikit mengenai batu yang boleh mengeluarkan cahaya. Batu ini sekali pandang macam batu permata dan batu geliga yang biasa sahaja. Akan tetapi bila ia terkena air atau di letakkan dalam air ia akan mengeluarkan cahaya seperti cahaya NEON. Pengalaman saya ialah saya kenal 2 orang yang mempunyai batu ini iaitu salah seorang guru saya dan satu lagi adik saya sendiri yang di hadiahkan oleh gurunya.
Batu ini memang keras macam batu dan secara logic akal agak susah mengeluarkan cahaya. Sebab cahaya yang di pancar ialah dari dalam. Mengikut cerita ia adalah batu dari alam ghaib tapi kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu.
Di sebalik batu itu sebenarnya ada lagi kebesaran iaitu diri kita sendiri. Ia adalah sebaik-baik kejadian. Dan kita perlu selidik dan kaji akan kelebihan itu. Sesungguhnya dijadikan Jin dan Manusia itu adalah untuk menghambakan diri kepada Allah semata-mata.
Zahiruddin
p/s: Jika berminat ingin melihat video batu bercahaya ini boleh hubungi saya atau saya akan cuba uploadkan di sini.










