Peluang Mempunyai Laman Web Perniagaan Anda Sendiri!

Salam Semua,

Agak lama juga saya tidak menulis di ruangan Rezeki Halal ini kerana agak sibuk dengan tugasan harian. Alhamdullilah syarikat yang saya bekerja kini telah mempunyai data center sendiri yang membolehkan kami menawarkan pakej hosting yang murah dan berkualiti. Pelancaran rasmi di jangka pada Januari 2009 tetapi saya di beri kuasa untuk menwarkan perkhidmatan ini kepada warga Rezeki Halal.

Ini dia apa yang syarikat ini tawarkan:

Pakej StartUp - Harga RM150 setahun

  • Unlimited domain - anda boleh beli sebanyak domain yang anda mahu dan letak di sini
  • Unlimited bandwidth - anda tak perlu risau bandwidth anda tak cukup jika banyak trafik
  • Unlimited email - anda boleh ada sebanyak email yang anda mahu
  • Unlimited mysql - anda boleh ada sebanyak database yang anda mahu
  • Unlimited subdomain - anda boleh punyai subdomain sebanyak mungkin
  • 3GB Harddisk - ini tak unlimited tapi memang cukup banyak and boleh tambah jika mahu
  • Dan banyak lagi yang tidak di sebut

Untuk Pakej Basic - RM200 tambahannya ialah hardisk sebanyak 5GB dan Pakej SME - RM300 tambahannya hardisk sebanyak 10GB.

Untuk nama domain kami caj RM50 atau anda boleh beli sendiri di http://www.namecheap.com . Untuk warga Rezeki Halal saya akan installkan SEO WordPress olen Jeff Johnson secara percuma.

Anda juga boleh hubungi kami untuk Simple Web Design - Harga murah dan berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya:

Zahiruddin - 019-2174400
Affendy - 019-22221900

p/s: Terima kasih atas sokongan anda semua. Jika anda berminat anda juga boleh memperolehi komisyen untuk mempromosi hosting ini. Anda boleh sertai affiliate ini secara percuma dan akan dapat bayaran untuk setiap jualan. Nantikan berita ini dari saya.

Sekilas Pandang Di Dalam Kaabah

November 20, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Bab Rezeki, Feature, Hakikat, Hikmah, Makluman, Maklumat, Rahsia, Umum

Salam,

Saya ingin kongsi mengenai gambar yang menunjuk dalam Kaabah di Mekah. Saya dapat gambar ini pun dari email. Bukan semua orang boleh masuk ke dalam Kaabah hanya orang-orang tertentu dan ada pengaruh di benarkan masuk ke dalamnya. Bagi kita orang awam agak sukar untuk masuk atau melihat apa yang ada di dalamnya.

 

 

Raden Patah: Penegak Kekuasaan Islam di Jawa

November 19, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Hikmah, Makluman, Maklumat, Ulama, Umum

Salam,

Kali ini saya ingin kongsi perihal Raden Patah - Sultan Demak yang pertama.

“Saya adalah ulama asing yang datang ke Pulau Jawa. Hanya sementara waktu saja saya memimpin masyarakat Islam Jawa berkat keizinan Sang Prabu (Raja Majapahit). Berbeza dengan kamu. Kamu orang Jawa tulen, turun-temurun orang Jawa yang memiliki Pulau Jawa.”

Kata-kata Sunan Ampel (salah seorang Wali Songo) itu telah menjadi perangsang kepada Raden Patah yang kemudiannya telah menegakkan kerajaan Demak, iaitu kerajaan Islam yang pertama di Jawa. Raden Patah telah memainkan peranan yang amat penting dalam pengislaman orang-orang di Jawa dan timur Nusantara. Dengan terdiri kerajaan Islam Demak dan penaklukannya ke atas kerajaan Hindu Majapahit serta pengusiran tentera Portugis dari Jawa Barat, pengislaman Jawa adalah terjamin. Terbinanya kerajaan Islam Demak merupakan satu titik peralihan dalam sejarah Jawa dan timur Nusantara.

Asal-usul Raden Patah tidak diketahui dengan jelas. Sesetengah ahli sejarah mengatakan beliau datang dari Palembang. Sesetengahnya mengatakan beliau dari keturunan kacukan Jawa dan Cina, dan yang lain pula menyatakan beliau berketurunan raja Majapahit. Mengikut huraian terakhir oleh Prof. Slamet Mulyana dalam bukunya “Runtuhnya Kerajaan Hindu Jawa dan Timbulnya Negara-negara Islam di Nusantara”, Raden Patah adalah putera Kertabumi, raja Majapahit (1466-1478) dengan seorang puteri Cina. Atas desakan isteri Kertabumi yang lain, puteri Cina yang hamil itu telah diberi kepada Bupati Palembang untuk dijadikan sebagainya isterinya. Di Palembang itulah Raden Patah dilahirkan. Beliau dipelihara oleh bapa tirinya antara tahun 1455 hingga 1474. Raden Patah enggan menjadi Bupati Palembang untuk menggantikan bapa tirinya itu, dan dia bersama Raden Kusen, adik tirinya telah belayar ke Pulau Jawa pada tahun 1474.

Mereka tiba di Surabaya dan menjadi murid kepada Sunan Ampel mulai tahun tersebut. Raden Patah kemudiannya berkahwin dengan anak sunan itu. Raden Kusen pula telah pergi ke Majapahit. Oleh sebab Raden Kusen pandai membuat mercun, dia telah diterima oleh Kertabumi dan diangkat menjadi Adipati Terung, sebuah wilayah Majapahit. Sebenarnya pemergiannya ke Majapahit itu adalah sebagai pengintip rahsia untuk Raden Patah yang merancang menakluk Majapahit. Atas nasihat Sunan Ampel, Raden Patah telah meneroka hutan di Bintara pada tahun 1475. Dia membina masjid dan mengajar agama Islam di situ. Tempat itu kemudiannya digelar Demak.

Pemilihan Demak sebagai pusat kerajaan merupakan satu keputusan yang bijak kerana ia terletak di tempat yang strategik. Ini disebabkan – pertama, ia menguasai tanah dataran yang mengeluarkan hasil padi di utara Jawa (dari Japara hingga Gresik) dan kedua, ia menguasai perniagaan di dua buah pelabuhan – Japara dan Gresik. Melalui Japara beras diesksport ke Melaka, manakala melalui Gresik, terdapat perniagaan yang menguasai kepulauan rempah di Maluku.

Selain daripada mengajar agama Islam di situ, Raden Patah juga melatih orang-orang Islam keturunan Jawa dan Cina yang menjadi pengikutnya tentang teknik-teknik peperangan. Dalam tempoh tiga tahun dia berjaya melatih 1,000 orang pengikut. Sebagai seorang pemimpin yang arif akan keadaan sekelilingnya, dia sedar bahawa kekuatan kerajaan Hindu Majapahit telah lemah. Ini merupakan satu peluang yang baik baginya untuk meluaskan kekuasaan dan dengan ini dapat mengembangkan syiar Islam.

Raden Patah telah menjalankan strategi berikut untuk menguasai Jawa:
1. Dari tahun 1474 hingga 1477, dia mengumpulkan pengikutnya dan mengukuhkan kekuatannya di Demak.
2. Dari tahun 1477 hingga 1478, menakluk pelabuhan untuk menguasai lalu-lintas perairan di utara Jawa. Ini telah melemahkan lagi kerajaan Majapahit di samping menambah kekayaan kepada Demak.
3. Pada tahun 1478, menguasai Majapahit.
4. Pada tahun 1512, cuba menguasai Melaka, tetapi telah digagalkan oleh Portugis.

Pada tahun 1477, Raden Patah berjaya menawan pelabuhan Semarang dan memerintah dengan adil serta mendapat kerjasama daripada orang-orang Cina yang mahir membuat kapal. Dengan kapal-kapal itulah, Raden Patah telah dapat menguasai lalu-lintas di perairan Laut Jawa. Dia tidak memaksa orang-orang Cina dan pedagang-pedagang memeluk Islam kerana dia sedar bahawa orang-orang tersebut akan lebih tertarik kepada Islam dengan memberi mereka layanan yang baik daripada menggunakan kekerasan.

Setelah berasa cukup kuat dan banyak mendapat maklumat daripada Raden Kusen, Raden Patah telah menyerang Majapahit pada tahun 1478. Serangan itu telah berjaya menakluk Majapahit dengan begitu cepat. Raja Kertabumi lari ke Sengguruh di Jawa Timur, dan akhirnya ke Bali. Alat-alat kebesaran dan harta-harta Majapahit telah dibawa ke Demak menggunakan tujuh buah kereta kuda. Raden Kusen telah dilantik menjadi Bupati Semarang pada tahun 1478. Raden Kusen telah membina tempat membuat kapal yang besar di Semarang.

Raden Patah juga telah melantik seorang lelaki Cina bernama Njoo Lay Wa sebagai gabenor di Majapahit. Ini dilakukannya disebabkan dia bimbang kalau-kalau gabenor yang terdiri daripada orang Jawa dapat mempengaruhi penduduk tempat untuk bangkit memberontak. Ini memang terjadi kemudiannya. Gabenor Njoo Lay Wa telah dibunuh oleh orang-orang Majapahit pada tahun 1846. Raden Patah telah menggantikannya dengan menantu Kertabumi bernama Girindrawardhana yang juga menjadi iparnya dan memerintah selama 40 tahun (1486-1527).

Bagaimanapun, Girindrawardhana telah berpaling tadah - dapat menarik sokongan orang-orang Majapahit dan mengadakan hubungan dengan orang-orang Portugis di Melaka melawan Demak. Oleh hal yang demikian itu, tentera Demak di bawah pimpinan Raden Patah terpaksa menentang Majapahit sekali lagi pada tahun 1517.

Setelah menawan Majapahit buat pertama kalinya pada tahun 1478, Raden Patah bercita-cita pula untuk menawan Melaka kerana bandar itu merupakan pusat perdagangan yang menjadi tandingan kepada Japara dan Gresik di Nusantara. Bagaimanapun, persiapan untuk melanggar Melaka yang ketika itu semakin goyah dengan masalah dalaman, hanya lengkap pada tahun 1512 dan ketika itu pula Melaka telah jatuh ke tangan Portugis setahun sebelumnya (1511). Bagaimanapun, ini menambahkan lagi sebab untuk Raden Patah menawan Melaka kerana ia telah jatuh ke tangan orang bukan Islam. Armada Demak (Jawa) yang diketuai oleh Patih Yunus (anak Raden Patah) telah melancarkan serangan pada tahun 1512 tetapi dapat dipatahkan oleh Portugis. Ini kerana Portugis menggunakan alat peperangan moden dan boleh menenggelamkan kapal-kapal Demak dari jauh kerana mereka menggunakan meriam besar jarak jauh. Manakala tentera Demak yang tiada mempunyai meriam perlu merapati kapal Portugis dan kemudian menaikinya untuk menawannya. Kekalahan tersebut bukan kekurangan semangat atau bilangan tentera tetapi kerana kemunduran teknologi orang Demak sendiri. Daripada 100 buah jong yang menyerang Melaka itu, hanya tujuh atau lapan buah sahaja yang pulang ke Demak bersama-sama Patih Yunus.

Dasar Raden Patah menundukkan kerajaan Hindu di Jawa dan menentang Portugis daripada bertapak di situ diteruskan oleh pengganti-penggantinya. Raden Patah meninggal dunia pada tahun 1518 dan digantikan oleh anaknya, Patih Yunus sebagai raja Demak. Pada tahun 1512, sekali lagi Patih Yunus menyerang Portugis di Melaka, tetapi kali ini juga gagal. Patih Yunus meninggal dunia pada tahun tersebut setelah pulang dari Melaka.

Selepas berlaku satu rebutan kuasa, Sultan Terengganu telah menjadi pemerintah Demak dari tahun 1521 hingga 1546. Demak mencapai kekuasaan yang terbesar ketika itu. Pada zaman pemerintahan Sultan Terengganu, wilayah Demak telah diperluaskan lagi. Majapahit yang mulai mengadakan hubungan dengan Portugis di Melaka telah ditawan sekali lagi oleh Demak pada tahun 1527 di bawah pimpinan Sunan Gunung Jati (salah seorang Wali Songo). Setahun sebelum itu Sunan Gunung Jati telah menewaskan armada Portugis di Sunda Kapala di Jawa Barat dan mendirikan kota Jayakarta (Jakarta sekarang – dikenali sebagai Batavia atau Betawi pada zaman pemerintahan Belanda). Tindakan ini menghalang Portugis daripada bertapak di Pulau Jawa.

Raden Patah telah menyandarkan kekuatannya kepada masyarakat di persisiran pantai kerana dia bercita-cita membina sebuah negara atau kerajaan Islam maritim. Oleh sebab itu, perhatiannya telah dicurahkan kepada pembina-pembina kapal di pelabuhan untuk membangunkan kekuatan armadanya. Segala kekuatan Demak telah dikerahkan untuk menentang Portugis supaya dapat mengambil alih kuasa perdagangan di Nusantara. Dalam hal ini, dia telah berjaya menghalang Portugis daripada bertapak di Jawa tetapi gagal menghalau kuasa Eropah itu dari kepulauan Maluku yang kaya dengan hasil rempah.

Disebabkan Raden Patah banyak menumpukan tenaga dan fikiran untuk melengkapkan keperluan bagi menentang Portugis, dia kurang memberi tumpuan kepada rakyat di kawasan pedalaman. Oleh hal yang demikian, dia tidak mendapat sokongan rakyat di kawasan-kawasan tersebut. Akhirnya kerajaan Demak selepas Raden Patah dan dua orang penggantinya, telah runtuh diserang kerajaan Islam Pajang pada tahun 1546 yang mendapat sokongan daripada rakyat di pedalaman.

Sejarah Ayat Kursi Dan Fadhilatnya

SEJARAH AYAT KURSI DAN FADHILATNYA 

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda keluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”

PAMERAN MENYINGKAP SEJARAH DAN MISTERI PULAU BESAR, MELAKA Keunikan Warisan Insan dan Alam

November 17, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Feature, Hikmah, Makluman, Maklumat, Rahsia, Umum

PAMERAN MENYINGKAP SEJARAH DAN MISTERI PULAU BESAR, MELAKA Keunikan…Warisan Insan dan Alam

Tarikh : 1 November 2008 hingga 4 Januari 2009
Masa Pameran : 9.00 pagi – 5.30 petang
Tempat Pameran : Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House
(bersebelahan Kota A’Famosa)

Anjuran : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota, 75000, Melaka
Tel : 06-2826526, 2811289 Faks : 06-2826745

9.11.2008
Majlis Perasmian
Dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka
Dewan PERZIM, Jalan Kota, Melaka

17.11.2008
Pengisahan Pulau Besar
‘Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a Dalam Ingatan
Dewan PERZIM, Jalan Kota, Melaka

1.12.2008 - Pertandingan Sayembara Puisi Sufi
Dewan PERZIM, Jalan Kota, Melaka

Setiap Isnin - Jumaat sepanjang pameran Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House, Jalan Kota
(3.00 petang – 5.00 petang)
Khidmat Perundingan Mengenal Rahsia Diri Menerusi Rahsia Angka (Numerology)

Sepanjang masa pameran bertempat di Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House, Jalan Kota
Tayangan Video Ilmiah keluaran Harun Yahya – saintis dan metafizik dari Turki

- Keajaiban Al-Quran
- Penciptaan Alam Semesta
- Keruntuhan Atheisma
- Al-Quran Menjawab Tentangan
- Keajaiban Alam Sel
- Perjalanan ke Akhirat
- Pesona Dunia Semut
- Penyamaran Perilaku Cerdas Satwa
- Pesona Burung-burung
- Al-Quran Petujnuk Jalan
- Teknologi Di Alam Semesta
- Sejarah Sunan Kalijaga (Wali Songo)

Alunan Muzik
- Muzik Sufi ‘Kiai Kanjeng Greets England
- Muzik Sufi

Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar bersama Ustaz Ana Fakir
Lawatan Pertama
22 dan 23 November 2008

Lawatan Kedua
13 dan 14 Disember 2008

Lawatan Ketiga
27 dan 28 Disember 2008

Aturcara :

2.00 ptg – Bertolak menaiki feri ke Pulau Besar
2.30 ptg – Sampai ke Jeti Pulau Besar
Menziarahi Makam Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail r.a
3.00 ptg – Rehat/Aktiviti Bebas
4.30 ptg – Solat Asar di Madrasah
Jamuan Ringan
4.45 ptg – Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar
1. Batu Belah
2. Tasik Biawak
3. Batu Tengkorak
4. Makam Tok Janggut
5. Makam Syarifah Rodziah
6. Perigi Kaki Pulau
7. Tapak Kaki Sultan Al-Arifin
8. Makam Nisan Satu
9. Makam Tok Putih
10.Batu Layar
11.Batu Putih
12.Pokok Disula
7.00 ptg – Solat maghrib dan Isya’
Makan Malam
10.00 mlm – Kulliyah dan Qiamullail di Madrasah
12.00 mlm – Jamuan Ringan
12.30 mlm – Meditasi di Gua Yunus
3.00 mlm – Rehat/ Aktiviti bebas
5.00 pagi– Solat Subuh dan Kulliyah
7.30 pagi– Minum Pagi
8.30 pagi– Gotong Royong Sekitar Kompleks Pemakaman
10.00 pagi– Menjejaki Sejarah dan Misteri Pulau Besar
1. Makam Tujuh Beradik
2. Keramat Tempayan Pecah
3. Keramat Ular
4. Istana Bunian
5. Perkampungan Bunian
6. Tasik Bunian
7. Telaga Masin Tawar
8. Makam Nenek Kebayan
9. Makam Seribu
10.Batu Tungku
1.30 ptg – Solat Zuhur
Makan Tengahari
Rehat/Aktiviti Bebas
3.00 ptg – Bertolak ke Jeti Anjung Batu, Umbai
3.30 ptg – Bersurai

*Setiap peserta dikenakan bayaran RM 130.00 seorang. Makanan serta minuman disediakan. Peserta dikehendaki menyediakan sendiri peralatan yang sesuai untuk program ini

Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi -

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota, 75000, Melaka
Tel : 06-2826526, 2811289 Faks : 06-2826745

Makanan Di Bandung Indonesia

November 8, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Feature, Makluman, Maklumat, Rezeki Halal, Umum

Gambar Makanan Di Bandung

Memang banyak jenis-jenis makanan yang terdapat di bandung. Namanya pun berjenis-jenis.

1) Cumi-Cumi - ialah sotong goreng tepung.
2) Pisang Bakar Dengan Mentega - pisang goreng di letak mentega.
3) Nasi Seafood - nasi puting dengan sotong, udang dan ikan bakar.
4) Chicken Chop - ayam potong style western
5) Nasi Black Pepper - nasi putih dan dagin masak lada hitam.

Kemaskini Laman Web Rezeki Halal

November 8, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Feature, Makluman, Maklumat, Umum

Salam,

Buat masa ini saya tengah mengemaskini laman web rezeki halal supaya lebih teratur dan mudah di baca. Maklumat dalam rezeki halal pun perlu di tambah sebab dan hilang 2 tahun punya content. Apa pun ia mempunyai hikmah yang amat besar dan best.

Terima kasih kepada saudara Shawal kerana mencari dan memasing Theme yang baru ini. Dengan usaha dia laman web rezeki halal ini nampak agak kemas.

Saya pula perlu belajar macam mana nak edit dan letakkan gambar dan thumbnail di muka depan. Banyak saya perlu belajar pasal WordPress ini.

Proses belajar ini tak akan habis. Dulu tahu kini dah tak tahu. So saya pun perlu belajar kembali apa yang saya tidak tahu.

Terima kasih.

Zahiruddin

Falsafah Mudah Warren Buffet dan Aplikasinya di Internet

Warrent Buffet, seorang pelabur billionaire mendedahkan 2 rahsia besar yang membawa kepada kejayaannya:

- You only have to do a very few things right in your life so long as you don’t do too many things wrong.

- I don’t look to jump over 7-foot bars: I look around for 1-foot bars that I can step over.

Ramai peminat, penganalisis dan pengikut tidak percaya yang Warrent Buffet cuma cara yang simple dan mudah kerana cara yang simple dan mudah mempunyai chances atau peluang untuk berjaya yang lebih tinggi.

Falsafah ini boleh kita applykan dalam apa saja yang kita lakukan, termasuklah dalam usaha pencarian rezeki halal dari Internet. Terdapat pelbagai teknik, cara atau strategi yang boleh kita gunakan untuk menjayakan matlamat kita untuk menjana pendapatan dari Internet. Tetapi gunakanlah cara yang simple dan mudah agar kita tidak mengalami “infomation overload” atau langsung tidak larat melakukan sesuatu apa pun.

Dalam Internet Millionaires Bootcamp bulan Ogos lepas, Gobala Krishnan telah mendedahkan banyak perkara yang simple dan mudah, tetapi amat berkesan di mana beliau berjaya memperolehi $19,000.00 sebulan dari bisnes Internet beliau.

Dalam Internet Millionaires Bootcamp beliau, beliau akan mendedahkan:

1. Web survival skills yang mesti anda tahu jika nak survive lebih dari 6 bulan dalam online marketing.

2. Cara menggunakan Google untuk..

3. The power of keywords yang akan menentukan pendapatan Internet anda.

4. Bagaimana anda sepatutnya membina Virtual Money Machine anda.

5. Anda akan dapati betapa mudahnya menggunakan HTML.

6. Blogging tips - belajar menggunkannya seperti seorang Pro dan bagaimana nak createnya dengan mudah.

7. Affiliate marketing tactics dan pelbagai topik yang mudah dan menarik.

Peluang kedua ini akan berlangsung pada bulan November ini. Saya tidak tahu falsafah anda, tetapi saya lebih suka few things right and simple.

Kemukakan sebarang pertanyaan dan kemushkilan Internet anda jika anda berada di sana nanti.

p/s tempat terhad

affendy amin

Oxado Bakal Menggantikan Adsense!

Salam,

Agak lama juga saya tidak menyentuh perihal menjana “Income” dari internet - adsense, affiliate, clickbank, dan yang lain atas alasan sibuk bekerja dan memberi tumpuan sepenuh masa atas kerja-kerja offline. Tapi malam ini saya terserempak dengan satu program yang diberi nama Oxado dan secara dasarnya adalah amat menarik dan mudah untuk menjana “Income” . Maklumat lanjut sila di sini.

Pembayaran adalah melalui Paypal sebulan sekali. Program ini berasal dari Eropah. Perlu ada website untuk sertai secara PERCUMA sahaja. Website perlu bahasa Inggeris. Bahasa lain juga ada di senaraikan tapi BM tiada. Setiap website perlu mendapat kelulusan dari Oxado terlebih dahulu sebelum mempamer Ads Oxado. Proses kelulusan ini akan mengambil masa 7 hingga 10 hari.

Zahiruddin

p/s: Proses kemaskini sedang di jalankan secara berperingkat.

Pembinaan Semula Laman Web 7Chakra.com Dan Blog Master Hazil

September 29, 2008 by Zahiruddin  
Filed under Hikmah, Laman Web Lain, Makluman, Maklumat, Umum

Salam,

Untuk makluman, incident 12 web yang sengaja di delete oleh pihak hosting tempohari juga melibatkan laman web Master Hazil 7chakra.com, 7chakra.com/blog dan 7chakra.com/reiki . Web dan blog Master Hazil ini sungguh bermaklumat dan penuh dengan ilmu. Apakan daya, saya cuba appeal kepada pihak hosting untuk memberikan access untuk saya ambil semula database dan backup tapi tidak dilayan sama sekali.

Oleh itu saya terpaksa membina kembali laman web 7chakra.com dan blog Master Hazil dengan apa yang saya ada dalam Notebook saya. Pembinaan Blog Master dan Blog Reiki akan mengambil masa juga. Sebab post-post yang terdahulu sudah di delete. Memang ini merupakan cabaran yang hebat. Pasti ada HIkmah yang tersendiri di sebalik perkara ini.

Saya mohon maaf kepada Master Hazil atas perkara yang tidak diduga ini. Saya harap warga Rezeki Halal memberi sokongan moral dan minda.

Terima Kasih.

Zahiruddin

p/s: Selamat Hari Raya. Saya mohon maaf zahir dan batin atas segala perkara. Semoga semua di beri petunjuk dan hidayah.

Next Page »