Salam……

Dah lama saya tak mencurah perkataan yang datang tak disangka – sangka…..Tajuk utama sekarang ni adalah Wang apa pun perkara yang kita buat Wang menjadi perkara utama dalam hidup……Dari perkara tak penting jadi perkara penting… Kita mulai dikuasai perkara – perkara yang tak penting. Kuasa Tuhan dah menjadi bencana alam…Bukan lagi dibuat oleh Tuhan tetapi berlaku disebabkan oleh….

Kita duduk dan renungkan sejenak….adakah ini sebabnya kita diujudkan….Carilah diri kita yang hilang didalam yang tidur dengan nyenaknya….cukuplah kita menyeksa diri dengan seksaan yang kita ujudkan….tinggalkanlah diri yang sekarang ini dan pergi kepada diri yang asal….. kenapa kita perlu keneraka sedangkan pada asalnya di berada disurga yang indah…. Teringat aku masa berjumpa dengan seorang…….. aku masih ingat kata – katanya untuk aku….” KAMU NI MAKAN KANGKUNG PENDEK – PENDEK JANGAN MAKAN KANGKUNG PANJANG “…kata – kata yang membuat aku termenung…

Kadang – kadangĀ  diri kita bercakap meminta kita kembali tetapi tarikan kita kedunia terlalu kuat….Kebenaran ditutup dan kebathilan nampak seperti kebenaran yang diberi dengan bukti – bukti yang logik diakal….. Membaca tapi tidak faham apa yang dibaca…Kita hanya mementingkan sebutan bukan makna yang nak disampai atau tujuan ujudnya kepada kita….

Hak kita sedikitĀ  demi sedikit hilang di akibatkan oleh kita sendiri….kita telah mula menjadi hamba kepada banyak Tuhan.. Wahai diri sedarlah kembalilah kepada asal dan tujuan…. fahamilah apa yang dibaca bukan baca seperti burung kakak tua.

Terima kasih Allah kerana memberi ku kata – kata ini… Kerinduan yang tak tergambar aku ingin menikmati keadaan yang tiada halangan…. Ya! Robal arbab, Ya! Ar Rahman Rahimin,

Hanya melepas kerinduanĀ  yang tak tertanggung….. Wahai diri kembalilah