Salam,
Tulisan saya kali ini adalah untuk berkongsi. Bukan untuk mengajar atau memberi tunjuk ajar kepada sesiapa. Yang baik kita sama-sama amalkan dan yang tak baik sama-sama kita tinggal. Di bawah adalah fatwa, pendapatan dan luahan. Sila-silakan untuk memberi komen dan teguran. Saya mohon maaf terlebih dahulu.
Zahiruddin
Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-
* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
_________________________________________
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
_________________________________________
1.Rokok menjejaskan akal (mental)
2.Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3.Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.Rokok membahayakan keturunan
5.Rokok mengganggu manusia lain.
6.Rokok menimbulkan akhlak buruk
7.Rokok mensia-siakan waktu hidup
8.Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9.Rokok membazirkan harta (wang)
10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
_________________________________________
Luahan pendapat perihal rokok:
_________________________________________
Ibrahim Asbullah:
Jihad bagi seorang perokok ialah berhenti merokok, cakap memang senang.. bila nak berhenti barulah tahu diri yg sebenar pun tidak ada kekuatan sebenarnya..
Ikram Hakim:
Bro bukan ape bro. Banyak yang mengajar “konon” bab agama bro – tasawuf lah, hakikat lah, tauhid lah, macam – macam lagi bro. Alasan mereka “rokok” tak jadi
hal bro – ikut ulama mereka hukum harus bro – so mereka pegang kat situ. Ye lah mereka ada makam tinggi – “rokok” pada fizikal yang “batin” nya dah bukan
rokok bro dah jadi ubat. Pada saya bro kalau macam bila dah makam tinggi boleh tukar semua benda sesuka hati aje lah bro – yang haram di tukar jadi harus.
Saya tak de against org rokok bro – bapak saya juga dulu merokok juga bro tapi dah lama berhenti bro, kawan saya ramai yang merokok bro tapi ramai dah
berhenti. Tak boleh campur aduk bro batil dgn benar bro.
Mujahid Akbar:
Salam saudara Ibrahim dan saudara Ikram perkara ini agak sensitif dan boleh menimbulkan rasa tidak sedap hati antara kita. Umat kita ni memang dah berpecah
belah dan jika di timbulkan isu ni lagilah berpecah belah. Usaha ini adalah kerja sama semua.
Balik balik ke dasar dan ajaran yang di tunjukkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Pada yang merokok ikhtiar lah untuk tidak merokok. Jika anda seorang guru
anda kena beri contoh yang terlebih baik pada anak murid bukan sebaliknya. Guru tanggungjawab nya kepada lebih ramai. Jika anda masih belum boleh mengawal
nafsu rokok rokoklah di tempat sunyi dan persendirian bukan berkumpul-kumpul dgn orang merokok di mana ini akan menimbulkan tanggapan bahawa merokok ini elok
di mana guru mereka pun merokok.
Saya pernah berjumpa seorang guru ni dia merokok 24 kotak sehari dia kata dia tak de masalah perihal merokok.(Sekarang dah meninggal). Tapi perbuatan ini
tidak sihat untuk jadi contoh pada masyarakat – ajar agama tapi perbuatan bertentangan dari tuntutan agama. Agama yang di ajar ialah adab dan hormat
menghormati. Apa yang kita latih dalam solat itu kita bawa di luar solat.
Tawaduk dan rasa hormat itu di bawa dalam kehidupan. Merokok di hadapan orang tidak merokok di khuatiri menyakiti orang tidak merokok dengan asap rokok itu
sendiri. Bukan ke menyakiti orang lain itu tindakan yang zalim. Saya berpesan untuk diri saya sendiri. Saya lah yang lebih banyak salah dari yang lain.
wassalam.
Zahiruddin Tohir:
Ituah hakikatnya saya pun banyak jumpa guru-guru ni yang banyak merokok. Saya belajar aje la ambil yang baik dan tinggalkan yang tak berkenaan. Saya juga
selalu berdoa agar akhir nanti saya jumpa guru yang tidak merokok dan mengamalkan sunnah dan al quran yang seadanya tidak di tokok tambah dan berpegang
kepada dasar rukun keimanan yang kukuh pada Allah. Perbuatan mestilah teli lah dgn apa yang di ucapkan. Ini cakap tak serupa bikin di tegur pula melenting.
Maaf dan selamat hari raya aidil adha.

Salam,

Tulisan saya kali ini adalah untuk berkongsi. Bukan untuk mengajar atau memberi tunjuk ajar kepada sesiapa. Yang baik kita sama-sama amalkan dan yang tak baik sama-sama kita tinggal. Di bawah adalah fatwa, pendapatan dan luahan. Sila-silakan untuk memberi komen dan teguran. Saya mohon maaf terlebih dahulu.

Zahiruddin

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

_________________________________________________

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

_________________________________________________

1. Rokok menjejaskan akal (mental)

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.

4. Rokok membahayakan keturunan

5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana

9. Rokok membazirkan harta (wang)

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

_________________________________________

Luahan pendapat perihal rokok:
_________________________________________

Ibrahim Asbullah:

Jihad bagi seorang perokok ialah berhenti merokok, cakap memang senang.. bila nak berhenti barulah tahu diri yg sebenar pun tidak ada kekuatan sebenarnya..

Ikram Hakim:

Bro bukan ape bro. Banyak yang mengajar “konon” bab agama bro – tasawuf lah, hakikat lah, tauhid lah, macam – macam lagi bro. Alasan mereka “rokok” tak jadi hal bro – ikut ulama mereka hukum harus bro – so mereka pegang kat situ. Ye lah mereka ada makam tinggi – “rokok” pada fizikal yang “batin” nya dah bukan rokok bro dah jadi ubat. Pada saya bro kalau macam bila dah makam tinggi boleh tukar semua benda sesuka hati aje lah bro – yang haram di tukar jadi harus.

Saya tak de against org rokok bro – bapak saya juga dulu merokok juga bro tapi dah lama berhenti bro, kawan saya ramai yang merokok bro tapi ramai dah berhenti. Tak boleh campur aduk bro batil dgn benar bro.

Mujahid Akbar:

Salam saudara Ibrahim dan saudara Ikram perkara ini agak sensitif dan boleh menimbulkan rasa tidak sedap hati antara kita. Umat kita ni memang dah berpecah belah dan jika di timbulkan isu ni lagilah berpecah belah. Usaha ini adalah kerja sama semua.

Balik balik ke dasar dan ajaran yang di tunjukkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. Pada yang merokok ikhtiar lah untuk tidak merokok. Jika anda seorang guru anda kena beri contoh yang terlebih baik pada anak murid bukan sebaliknya. Guru tanggungjawab nya kepada lebih ramai. Jika anda masih belum boleh mengawal nafsu rokok, rokoklah di tempat sunyi dan persendirian bukan berkumpul-kumpul dgn orang merokok di mana ini akan menimbulkan tanggapan bahawa merokok ini elok di mana guru mereka pun merokok.

Saya pernah berjumpa seorang guru ni dia merokok 24 kotak sehari dia kata dia tak de masalah perihal merokok.(Sekarang dah meninggal). Tapi perbuatan ini tidak sihat untuk jadi contoh pada masyarakat – ajar agama tapi perbuatan bertentangan dari tuntutan agama. Agama yang di ajar ialah adab dan hormat menghormati. Apa yang kita latih dalam solat itu kita bawa di luar solat.

Tawaduk dan rasa hormat itu di bawa dalam kehidupan. Merokok di hadapan orang tidak merokok di khuatiri menyakiti orang tidak merokok dengan asap rokok itu sendiri. Bukan ke menyakiti orang lain itu tindakan yang zalim. Saya berpesan untuk diri saya sendiri. Saya lah yang lebih banyak salah dari yang lain.

wassalam.

Zahiruddin Tohir:

Ituah hakikatnya saya pun banyak jumpa guru-guru ni yang banyak merokok. Saya belajar aje la ambil yang baik dan tinggalkan yang tak berkenaan. Saya juga selalu berdoa agar akhir nanti saya jumpa guru yang tidak merokok dan mengamalkan sunnah dan al quran yang seadanya tidak di tokok tambah dan berpegang kepada dasar rukun keimanan yang kukuh pada Allah. Perbuatan mestilah teli lah dgn apa yang di ucapkan. Ini cakap tak serupa bikin di tegur pula melenting.

Maaf dan selamat hari raya aidil adha.