Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Hadis Berkenaan Mimpi Bertemu Rasulullah S.A.W

Written By: Zahiruddin - Nov• 13•09

Salam,

Kali ini saya ingin kongsi mengenai keterangan Hadis perihal “Mimpi Bertemu Rasulullah S.A.W”.  Semoga kita sama-sama ambil iktibar. Di sini juga ada penerangan mengenai mimpi dan mimpi itu tidak boleh di jadikan “DALIL”.

Semoga kita semua di berkati, di rahmati dan di sejahterai oleh Allah s.w.t.

Zahiruddin

***********************************************************************************

Dikirim oleh mohd masri tanggal April 23, 2007
Assalamu’alaikum, Ustaz dan ahli panel yang lain.
Dalam membaca hadis2 nabi, saya begitu tertarik dengan 2 hadis dibawah:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku.
Hadis Abu Qatadah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar.
Minta Ustaz beri penjelasan berkenaan hadis tersebut.
Jawapan:
Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :
HADIS PERTAMA :
Menurut pemeriksaan kami terhadap beberapa kitab hadis ( Jami’e As-Soghir oleh Imam As-Suyuthi & Fathul Bari : Syarah Sahih Imam Al-Bukhari oleh Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolaniy ) dan juga melalui cakera padat (cd) yang mempunyai program pencarian sumber hadis ( Takhrij Al-Ahadist ) ternyata hadis pertama yang saudara bawakan itu, BUKANLAH diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah (r.a), tetapi sebenarnya, ianya diriwayatkan oleh Saidina Anas (r.a), iaitu
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN SAHIH.
Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah ialah dengan mempunyai tambahan kalimah : “ FIL YAQODZAH “ …ertinya : “ Di dalam keadaaan sedar “. Dan hadisnya secara teks aslinya adalah sebagai berikut :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku “. { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan Abu Dawud : 4 / 5023 }. – HADIS SAHIH .
HADIS KEDUA :
Manakala hadis kedua yang saudara bawakan itu, teks aslinya adalah sebagaimana berikut :
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8689, Sahih Al-Bukhari : 12 / 6996 , Musnad Ahmad 5 / 306 , Sahih Muslim 4 / 2267 }.
***********************
PANDANGAN AL-IMAM ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA ( RH ) MENGENAI PERMASALAHAN MIMPI DAN SEUMPAMANYA :
Kami berasa amat perlu diterangkan di sini pandangan Imam Asy-Syahid mengenai permasalahan mimpi ini, disebabkan beliaulah merupakan idola dan pencetus Gerakan Dakwah & Harakah Islam terulung di alam moden ini. Dan sudah pasti, seseorang yang yang mampu melaksanakan perjuangan sebesar itu , adalah seorang yang ‘alim, hinggakan dilihat seluruh dunia mempunyai pewaris-pewaris perjuangannya walaupun hebat ditekan oleh para pendokong Sekularisme : Berhala Moden di abad ini .
Al-Imam Asy-Syahid memperkatakan hal ini di dalam kitabnya yang terkenal : “ RISALAH AT-TA’ALIM “ , di bawah perbicangan Asas ke–3 daripada Usul-1, katanya :
Ertinya : Dan iman yang benar, ibadat yang sah, dan mujahadah, semuanya itu mempunyai cahaya dan kemanisan yang dicurahkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dihendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi itu BUKANLAH menjadi dalil kepada hukum-hakam syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya.
***********************
BEBERAPA KISAH TELADAN MENGENAI MIMPI – MIMPI :
( 1 ) KISAH -I :
Kisah Khalifah Al-Mahdi Al-‘Abbasi hendak membunuh Qadhi Syarif Ibni Abdullah :
Tatkala Qadhi tersebut mengadap khalifah , maka baginda pun bercadang untuk memenggal tengkuknya. Lalu Qadhi bertanya : “ Apakah salah hamba wahai tuanku !? “.
Khalifah pun menjawabnya : “ Aku bermimpi melihat engkau yang berpaling daripada mengadapku . Lalu aku pun bertanya kepada ahli ta’abir ~ penafsir ~ mimpiku akan apakah maksudnya mimpiku itu, dan dia pun berkata : Sebenarnya qadhi itu berpura-pura mentaati tuanku tetapi hatinya menyimpan kebencian yang mendalam terhadap tuanku ! “.
Lalu Qadhi Abdullah pun menjawab kembali : “ Wahai tuanku ! Tuanku bukanlah seorang seperti Nabi Ibrahim a.s yang mendapat mimpi yang sangat benar, dan ahli ta’abir mimpi tuanku itu juga, bukanlah seorang ahli ta’abir mimpi yang benar-benar ‘arif seperti Nabi Yusuf a.s ! “.
Akhirnya, Khalifah Al-Mahdi pun melepaskan Qadhi Abdullah.
( 2 ) KISAH KE-II
Imam Ibnu Hazm (rh) pernah menceritakan :
Pernah ada seseorang yang bermimpi bahawa dia terlihat Saidina Umar Al-Khattab (r.a) yang mengadap Baginda Rasulullah s.a.w, tetapi baginda s.a.w tidak mahu menerima kunjungan Saidina Umar (r.a) itu, lalu beliau (r.a) pun bertanya darihal mengapakah Baginda s.a.w berkelakuan begitu terhadapnya, maka Baginda s.a.w pun bersabda : “ Aku berpaling daripadamu wahai Umar !, disebabkan engkau telah membatalkan puasamu dengan menciumi isterimu tadi !!! “.
Imam Ibnu Hazm ( rh ) memberikan komentarnya terhadap mimpi ini dengan katanya : “ Sesungguhnya mimpi seperti ini adalah BATIL ( tertolak ) !!! kerana bertentangan dengan sebuah hadis yang sahih riwayat Imam Abu Daud (rh) , bahawa di dalam keadaan berpuasa, pernah Saidina Umar (r.a) mencium isterinya, lalu beliau (r.a) pun mengadu hal tersebut kepada Baginda s.a.w dengan katanya : “ Wahai Rasulullah !, adakah batal puasaku disebabkan aku mencium isteriku di dalam keadaan aku berpuasa ? “.
Jawab Baginda s.a.w : “ Wahai Umar !, andainya engkau berkumur-berkumur di dalam keadaan berpuasa, adakah batal puasamu ? “.
Jawab Saidina Umar : “ Itu tidak membatalkan puasa “.
Rasulullah s.a.w pun menerangkan kepadanya : “ Maka begitulah juga halnya dengan perbuatanmu mencium isterimu, tidaklah membatalkan puasamu “.
( 3 ) KISAH KE – III
Imam Al-Ghazali (rh) pernah menceritakan :
“ Pernah ada beberapa penduduk kampung bermaksud hendak membunuh seorang soleh di kampung itu gara-gara ada di kalangan mereka yang bermimpi bertemu dengan Iblis, lalu ditanya kepada Iblis : “ Wahai Iblis ! Engkau ini sudah memasuki banyak kampung, tetapi mengapa pula Engkau tidak masuk ke dalam kampung ini ? “.
Jawab Iblis : “ Tak perlulah aku masuk ke dalam kampung kamu semua , disebabkan di dalamnya sendiri aku sudah mempunyai teman – iaitu orang soleh di dalam kampung itu – yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk ! “.
Setelah orang soleh itu mendengar sebab tersebut, maka beliau pun bertanya kepada penduduk-penduduk kampungnya : “ Wahai saudara-saudara sekalian ! Jika kamu semua bertemu dengan Iblis di dalam keadaan jaga – bukannya di dalam keadaan kamu semua bermimpi – lalu Iblis pun mengatakan bahawa sayalah yang mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Patutkah kamu percaya akan fatwanya itu ? “.
“ Tidak !!! “ , jawab penduduk-penduduk kampung.
Orang soleh itu melanjutkan soalannya : “ Baiklah, kalau begitu, fatwanya di dalam keadaan kamu semua mimpi juga sudah pasti BUKANLAH LEBIH BAIK daripada fatwanya di dalam keadaan kamu semua sedar !. Adakah patut kamu semua percayakan kata-kata Sang Iblis !? “.
Lalu bersurailah penduduk-penduduk kampung dan selamatlah orang yang soleh itu serta kecewalah Iblis dek kegagalannya mempengaruhi penduduk-penduduk kampung itu.
# CATATAN : Kisah ini dipetik daripada kuliah ‘Allamah Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawie ketika beliau (h.a ) menghuraikan kitab “ Risalah At-Ta’alim “ karangan Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna (rh ).
***********************
KESIMPULANNYA :
1 – Masalah mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini, samalah dengan permasalahan karamah, ma’unah, kasyaf, ilham yang benar, mimpi yang hak dan yang seumpamanya. Yang mana semuanya ITU adalah ANUGERAH dan REZEKI daripada Allah Ta’ala ke atas beberapa individu dengan hikmah yang Allah Ta’ala yang Lebih Lagi Maha Mengetahui akan sebabnya.
Oleh kerana itu adalah rezeki dan anugerah Allah Ta’ala, maka tidaklah selayaknya, orang yang diberikan mimpi sedemikian rupa, menceritakannya kepada orang lain dengan tujuan untuk RIYA’ , TAKBUR, dan seumpamanya, apatah lagi jika ianya diceritakan dengan maksud untuk mengeksploitasi ataupun mempergunakannya dengan tujuan untuk menipu manusia ataupun melakukan apa-apa yang bertentangan dengan dasar-dasar syariat, terutamanya Al-Quran dan As-Sunnah ( al-Hadist ).
2 – Mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini juga merupakan satu perkara yang harus dan mungkin sahaja terjadi, samada di zaman dahulu , zaman sekarang ataupun bagi zaman yang mendatang. Dan ada mimpi yang perlu dita’abir ( dihuraikan ) dan ada pula yang tidak perlu dita’abir kerana mimpi itu jelas lagi terang.
3 – Orang yang bertemu ataupun melihat Rasulullah s.a.w melalui mimpi , akan tetap bertemu secara sedar. Hadis ini secara umum memberikan peluang dan khabar gembira kepada setiap orang yang beriman bahawa mereka mempunyai peluang untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w di atas muka bumi ini ( ketika hidupnya Rasulullah s.a.w ) ataupun di hari akhirat kelak.
4 – Orang yang bermimpi itu mestilah juga seorang yang jujur lagi adil ( ertinya ialah Islam ) dan tetap berpegang-teguh ( percaya ) dengan mimpinya itu lagi berpegang-teguh juga dengan ajaran-ajaran Islam, dan juga mestilah juga seorang yang waras dan berkeupayaan untuk menceritakan mimpi tersebut sebagaimana yang dialaminya.
5 – Mimpi dan seumpama dengannya – sebagaimana telah disebut di atas – TIDAK BOLEH MENGHARAMKAN YANG HALAL ATAUPUN MENGHALALKAN YANG HARAM. Dan jauh sekali untuk mengubah syariat Islam yang telah sempurnah di zaman Baginda Rasulullah s.a.w !.
6 – Mimpi ini adalah anugerah dan rezeki daripada Allah Ta’ala untuk menambahkan lagi kekuatan iman
dan berjuang di jalan Allah Ta’ala dan juga merupakan peneguh dan penambah kemanisan iman. Kemanisan iman ini bukanlah satu perkara yang boleh dimungkiri sebagaimana manisnya orang yang merasai makanan yang manis ataupun yang bergula.
7 – Apabila terdapatnya perselisihan pendapat mengenai hal ini di kalangan muslimin, maka hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik seperti berbincang dan bermuzakarah, bukannya dengan melontarkan tohmahan bahawa lawannya itu adalah orang yang telah menjadi ahli bid’ah ( mubtadi’e ) , kafir dan jauh sekali menjadi seorang yang musyrik !.
8 – Masalah mimpi seperti ini juga BUKANLAH MERUPAKAN USUL ATAUPUN RUKUN IMAN, yang menyebabkan boleh dikafirkan seseorang muslim yang agak kurang selesa untuk menerima hakikatnya !.
9 – Masalah seperti ini juga BUKANLAH DALIL kepada golongan seperti Al-Arqam yang “ beriman “ bahawa Haji Ashaari Muhammad ( Pengasas Al-Arqam ) ataupun Syeikh Abdullah As-Suhaimi telah bertemu dengan Saidina Rasulullah s.a.w di dalam keadaaan sedar, lalu mengambil tareqat mereka yang dikenali sebagai “ Aurad Muhammadiah “ di dalam Ka’abah Al-Musyarrafah. Apatah lagi, kesesatan jemaah ini semakin terserlah apabila berbagai kisah pengasas jemaah mereka yang direka-cipta dengan 1001 macam kisah yang penuh khurafat lagi takhyul serta bid’ah dholalah !.
***********************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.
SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :
1 – AL-JAMIE’ AS-SOGHIR ~ Imam Jalaluddin As-Suyuthi (rh)
Ms 1739, Jilid 4. Terbitan : Maktabah Nazzar Mustafa Al-Baz, Riyadh.
2 – FATHUL BARI ~ Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolani (rh)
Ms 411, Jilid ke –14, Terbitan : Darul Fikr , Beirut.
3 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM ~ ‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr Ms 78, Jilid 2 , Darul Ghad Al-‘Arabiy, Kaherah.
4 – NAZARAT FI RISALAH AT-TA’ALIM
~ Muhammad Abdullah Al-Khatib & Muhammad Abdul Halim Hamid
Ms 64, Darul Tauzie’ Wan Nasyr Islamiah, Kaherah.
5 – USUL DUA PULUH ~ Al-Fadhil Prof. Madya Alias Othman ( UM )
Terbitan : Pustaka Salam, Kuala Lumpur.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

Dikirim oleh mohd masri tanggal April 23, 2007.

Assalamu’alaikum, Ustaz dan ahli panel yang lain.

Dalam membaca hadis2 nabi, saya begitu tertarik dengan 2 hadis dibawah:

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku.

Hadis Abu Qatadah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar.

Minta Ustaz beri penjelasan berkenaan hadis tersebut.

Jawapan:

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

HADIS PERTAMA :

Menurut pemeriksaan kami terhadap beberapa kitab hadis ( Jami’e As-Soghir oleh Imam As-Suyuthi & Fathul Bari : Syarah Sahih Imam Al-Bukhari oleh Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolaniy ) dan juga melalui cakera padat (cd) yang mempunyai program pencarian sumber hadis ( Takhrij Al-Ahadist ) ternyata hadis pertama yang saudara bawakan itu, BUKANLAH diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah (r.a), tetapi sebenarnya, ianya diriwayatkan oleh Saidina Anas (r.a), iaitu :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN SAHIH.

Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah ialah dengan mempunyai tambahan kalimah : “ FIL YAQODZAH “ …ertinya : “ Di dalam keadaaan sedar “. Dan hadisnya secara teks aslinya adalah sebagai berikut :

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia akan dapat melihatku di dalam keadaan sedar. Sesungguhnya tidak boleh syaitan menjelma dengan rupaku “. { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8690 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6993 , Sahih Muslim : 4 / 2266 . Sunan Abu Dawud : 4 / 5023 }. – HADIS SAHIH .

HADIS KEDUA :

Manakala hadis kedua yang saudara bawakan itu, teks aslinya adalah sebagaimana berikut :

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya maka dia benar-benar melihat sesuatu yang benar { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8689, Sahih Al-Bukhari : 12 / 6996 , Musnad Ahmad 5 / 306 , Sahih Muslim 4 / 2267 }.

***********************

PANDANGAN AL-IMAM ASY-SYAHID HASSAN AL-BANNA ( RH ) MENGENAI PERMASALAHAN MIMPI DAN SEUMPAMANYA :

Kami berasa amat perlu diterangkan di sini pandangan Imam Asy-Syahid mengenai permasalahan mimpi ini, disebabkan beliaulah merupakan idola dan pencetus Gerakan Dakwah & Harakah Islam terulung di alam moden ini. Dan sudah pasti, seseorang yang yang mampu melaksanakan perjuangan sebesar itu , adalah seorang yang ‘alim, hinggakan dilihat seluruh dunia mempunyai pewaris-pewaris perjuangannya walaupun hebat ditekan oleh para pendokong Sekularisme : Berhala Moden di abad ini .

Al-Imam Asy-Syahid memperkatakan hal ini di dalam kitabnya yang terkenal : “ RISALAH AT-TA’ALIM “ , di bawah perbicangan Asas ke–3 daripada Usul-1, katanya :

Ertinya : Dan iman yang benar, ibadat yang sah, dan mujahadah, semuanya itu mempunyai cahaya dan kemanisan yang dicurahkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa sahaja yang dihendaki-Nya. Manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi itu BUKANLAH menjadi dalil kepada hukum-hakam syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya.

***********************

BEBERAPA KISAH TELADAN MENGENAI MIMPI – MIMPI :

( 1 ) KISAH -I :

Kisah Khalifah Al-Mahdi Al-‘Abbasi hendak membunuh Qadhi Syarif Ibni Abdullah :

Tatkala Qadhi tersebut mengadap khalifah , maka baginda pun bercadang untuk memenggal tengkuknya. Lalu Qadhi bertanya : “ Apakah salah hamba wahai tuanku !? “.

Khalifah pun menjawabnya : “ Aku bermimpi melihat engkau yang berpaling daripada mengadapku . Lalu aku pun bertanya kepada ahli ta’abir ~ penafsir ~ mimpiku akan apakah maksudnya mimpiku itu, dan dia pun berkata : Sebenarnya qadhi itu berpura-pura mentaati tuanku tetapi hatinya menyimpan kebencian yang mendalam terhadap tuanku ! “.

Lalu Qadhi Abdullah pun menjawab kembali : “ Wahai tuanku ! Tuanku bukanlah seorang seperti Nabi Ibrahim a.s yang mendapat mimpi yang sangat benar, dan ahli ta’abir mimpi tuanku itu juga, bukanlah seorang ahli ta’abir mimpi yang benar-benar ‘arif seperti Nabi Yusuf a.s ! “.

Akhirnya, Khalifah Al-Mahdi pun melepaskan Qadhi Abdullah.

( 2 ) KISAH KE-II

Imam Ibnu Hazm (rh) pernah menceritakan :

Pernah ada seseorang yang bermimpi bahawa dia terlihat Saidina Umar Al-Khattab (r.a) yang mengadap Baginda Rasulullah s.a.w, tetapi baginda s.a.w tidak mahu menerima kunjungan Saidina Umar (r.a) itu, lalu beliau (r.a) pun bertanya darihal mengapakah Baginda s.a.w berkelakuan begitu terhadapnya, maka Baginda s.a.w pun bersabda : “ Aku berpaling daripadamu wahai Umar !, disebabkan engkau telah membatalkan puasamu dengan menciumi isterimu tadi !!! “.

Imam Ibnu Hazm ( rh ) memberikan komentarnya terhadap mimpi ini dengan katanya : “ Sesungguhnya mimpi seperti ini adalah BATIL ( tertolak ) !!! kerana bertentangan dengan sebuah hadis yang sahih riwayat Imam Abu Daud (rh) , bahawa di dalam keadaan berpuasa, pernah Saidina Umar (r.a) mencium isterinya, lalu beliau (r.a) pun mengadu hal tersebut kepada Baginda s.a.w dengan katanya : “ Wahai Rasulullah !, adakah batal puasaku disebabkan aku mencium isteriku di dalam keadaan aku berpuasa ? “.

Jawab Baginda s.a.w : “ Wahai Umar !, andainya engkau berkumur-berkumur di dalam keadaan berpuasa, adakah batal puasamu ? “.

Jawab Saidina Umar : “ Itu tidak membatalkan puasa “.

Rasulullah s.a.w pun menerangkan kepadanya : “ Maka begitulah juga halnya dengan perbuatanmu mencium isterimu, tidaklah membatalkan puasamu “.

( 3 ) KISAH KE – III

Imam Al-Ghazali (rh) pernah menceritakan :

“ Pernah ada beberapa penduduk kampung bermaksud hendak membunuh seorang soleh di kampung itu gara-gara ada di kalangan mereka yang bermimpi bertemu dengan Iblis, lalu ditanya kepada Iblis : “ Wahai Iblis ! Engkau ini sudah memasuki banyak kampung, tetapi mengapa pula Engkau tidak masuk ke dalam kampung ini ? “.

Jawab Iblis : “ Tak perlulah aku masuk ke dalam kampung kamu semua , disebabkan di dalamnya sendiri aku sudah mempunyai teman – iaitu orang soleh di dalam kampung itu – yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk ! “.

Setelah orang soleh itu mendengar sebab tersebut, maka beliau pun bertanya kepada penduduk-penduduk kampungnya : “ Wahai saudara-saudara sekalian ! Jika kamu semua bertemu dengan Iblis di dalam keadaan jaga – bukannya di dalam keadaan kamu semua bermimpi – lalu Iblis pun mengatakan bahawa sayalah yang mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Patutkah kamu percaya akan fatwanya itu ? “.

“ Tidak !!! “ , jawab penduduk-penduduk kampung.

Orang soleh itu melanjutkan soalannya : “ Baiklah, kalau begitu, fatwanya di dalam keadaan kamu semua mimpi juga sudah pasti BUKANLAH LEBIH BAIK daripada fatwanya di dalam keadaan kamu semua sedar !. Adakah patut kamu semua percayakan kata-kata Sang Iblis !? “.

Lalu bersurailah penduduk-penduduk kampung dan selamatlah orang yang soleh itu serta kecewalah Iblis dek kegagalannya mempengaruhi penduduk-penduduk kampung itu.

# CATATAN : Kisah ini dipetik daripada kuliah ‘Allamah Prof. Dr Yusuf Al-Qaradhawie ketika beliau (h.a ) menghuraikan kitab “ Risalah At-Ta’alim “ karangan Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna (rh ).

***********************

KESIMPULANNYA :

1 – Masalah mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini, samalah dengan permasalahan karamah, ma’unah, kasyaf, ilham yang benar, mimpi yang hak dan yang seumpamanya. Yang mana semuanya ITU adalah ANUGERAH dan REZEKI daripada Allah Ta’ala ke atas beberapa individu dengan hikmah yang Allah Ta’ala yang Lebih Lagi Maha Mengetahui akan sebabnya.

Oleh kerana itu adalah rezeki dan anugerah Allah Ta’ala, maka tidaklah selayaknya, orang yang diberikan mimpi sedemikian rupa, menceritakannya kepada orang lain dengan tujuan untuk RIYA’ , TAKBUR, dan seumpamanya, apatah lagi jika ianya diceritakan dengan maksud untuk mengeksploitasi ataupun mempergunakannya dengan tujuan untuk menipu manusia ataupun melakukan apa-apa yang bertentangan dengan dasar-dasar syariat, terutamanya Al-Quran dan As-Sunnah ( al-Hadist ).

2 – Mimpi bertemu ataupun melihat Baginda s.a.w ini juga merupakan satu perkara yang harus dan mungkin sahaja terjadi, samada di zaman dahulu , zaman sekarang ataupun bagi zaman yang mendatang. Dan ada mimpi yang perlu dita’abir ( dihuraikan ) dan ada pula yang tidak perlu dita’abir kerana mimpi itu jelas lagi terang.

3 – Orang yang bertemu ataupun melihat Rasulullah s.a.w melalui mimpi , akan tetap bertemu secara sedar. Hadis ini secara umum memberikan peluang dan khabar gembira kepada setiap orang yang beriman bahawa mereka mempunyai peluang untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w di atas muka bumi ini ( ketika hidupnya Rasulullah s.a.w ) ataupun di hari akhirat kelak.

4 – Orang yang bermimpi itu mestilah juga seorang yang jujur lagi adil ( ertinya ialah Islam ) dan tetap berpegang-teguh ( percaya ) dengan mimpinya itu lagi berpegang-teguh juga dengan ajaran-ajaran Islam, dan juga mestilah juga seorang yang waras dan berkeupayaan untuk menceritakan mimpi tersebut sebagaimana yang dialaminya.

5 – Mimpi dan seumpama dengannya – sebagaimana telah disebut di atas – TIDAK BOLEH MENGHARAMKAN YANG HALAL ATAUPUN MENGHALALKAN YANG HARAM. Dan jauh sekali untuk mengubah syariat Islam yang telah sempurnah di zaman Baginda Rasulullah s.a.w !.

6 – Mimpi ini adalah anugerah dan rezeki daripada Allah Ta’ala untuk menambahkan lagi kekuatan iman dan berjuang di jalan Allah Ta’ala dan juga merupakan peneguh dan penambah kemanisan iman. Kemanisan iman ini bukanlah satu perkara yang boleh dimungkiri sebagaimana manisnya orang yang merasai makanan yang manis ataupun yang bergula.

7 – Apabila terdapatnya perselisihan pendapat mengenai hal ini di kalangan muslimin, maka hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik seperti berbincang dan bermuzakarah, bukannya dengan melontarkan tohmahan bahawa lawannya itu adalah orang yang telah menjadi ahli bid’ah ( mubtadi’e ) , kafir dan jauh sekali menjadi seorang yang musyrik !.

8 – Masalah mimpi seperti ini juga BUKANLAH MERUPAKAN USUL ATAUPUN RUKUN IMAN, yang menyebabkan boleh dikafirkan seseorang muslim yang agak kurang selesa untuk menerima hakikatnya !.

9 – Masalah seperti ini juga BUKANLAH DALIL kepada golongan seperti Al-Arqam yang “ beriman “ bahawa Haji Ashaari Muhammad ( Pengasas Al-Arqam ) ataupun Syeikh Abdullah As-Suhaimi telah bertemu dengan Saidina Rasulullah s.a.w di dalam keadaaan sedar, lalu mengambil tareqat mereka yang dikenali sebagai “ Aurad Muhammadiah “ di dalam Ka’abah Al-Musyarrafah. Apatah lagi, kesesatan jemaah ini semakin terserlah apabila berbagai kisah pengasas jemaah mereka yang direka-cipta dengan 1001 macam kisah yang penuh khurafat lagi takhyul serta bid’ah dholalah !.

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

1 – AL-JAMIE’ AS-SOGHIR ~ Imam Jalaluddin As-Suyuthi (rh)
Ms 1739, Jilid 4. Terbitan : Maktabah Nazzar Mustafa Al-Baz, Riyadh.

2 – FATHUL BARI ~ Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolani (rh)
Ms 411, Jilid ke –14, Terbitan : Darul Fikr , Beirut.

3 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM ~ ‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr Ms 78, Jilid 2 , Darul Ghad Al-‘Arabiy, Kaherah.

4 – NAZARAT FI RISALAH AT-TA’ALIM

~ Muhammad Abdullah Al-Khatib & Muhammad Abdul Halim Hamid
Ms 64, Darul Tauzie’ Wan Nasyr Islamiah, Kaherah.

5 – USUL DUA PULUH ~ Al-Fadhil Prof. Madya Alias Othman ( UM )

Terbitan : Pustaka Salam, Kuala Lumpur.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

23 Comments

  1. nur says:

    ASSALAMMUALAIKUM .. saya pernah bermimpi bertemu RASULULLAH .. saya yakin benar2 saya bertemu RASULULLAH .. tapi , saya tidak dapat melihat wajah BAGINDA .. walaupun tidak dapat melihat wajah BAGINDA .., saya tetap yakin benar2 itu adalah RASULULLAH .. apakah maksudnya ?? .. tolong terangkan ..

    • Assalamu’alaikum wbt akhi … Ana Bikhoir …Alhamdulillah ana ingin bertanya kepada akhi …. ana pernah bermimpi tentang peristiwa yang melanda suatu masa dulu …peristiwa yang melanda Rasulullah SAW dan Saidatina Aisyah tentang fitnah yang melanda Saidatina Aisyah yang difitnah …. ana terasa seolah2 berada dalam satu majlis dimana Rasulullah SAW mengadakan perbincangan dengan sahabat2 tentang permasalahan tersebut … dimana ana melihat Rasulullah SAW ….sahabat2 ….. dimana ana berada diluar khemah perbincangan Baginda dengan beberapa sahabat2….Boleh akhi jelaskan kepada ana … dengan sebaik2nya….Jazakallahul khair….

  2. Zahiruddin says:

    Salam,

    Alhamdullilah. Besyukurlah pada Allah s.w.t kerana telah Nur telah di beri peluang untuk berjumpa Rasullullah s.a.w. di dalam mimpi. Yakinlah – itulah Rasulullah s.a.w. Seperti dinyatakan pada hadis berikut –

    Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN SAHIH.

    Mimpi yang benar itu merupakan peringatan kepada yang diri kita yang selalu LUPA dan LEKA. Dengan hadirnya Rasulullah dalam diri/mimpi kita semoga kita lebih mengingati Allah dan Rasulnya. Supaya kita lebih yakin dengan Janji Allah dan ketetapannya. Supaya kita menjadi HAMBA ALLAH yang menegakkan seruanNYA.

    Semoga Nur terus di berkati, di rahmati dan di sejahterai oleh Allah s.w.t.

  3. mohamad says:

    boleh tuan yang arif jelaskan mimpi saya, baru-baru ini, september 2010. didalam mimpi saya nampak seorang lelaki berjalan dikerumuni orang ramai. saya berjumpa dengan lelaki itu dan tanya dia, siapakah dia. dia menjawab, ‘akulah nabi muhammad’. saya terperanjat, saya pun kata ‘tidakkah kau sudah mati’? lelaki itu kata ‘aku tidak mati, masih hidup ditempat yang aku selalu berada’. saya kata ‘kau hendak tuju ke mana’? dia kata ‘aku ingin pergi jumpa imam malik’. dia pun pergi. saya tersedar dari mimpi. mimpi ini berlaku antara selepas solat fajr dan jam 7 pagi. saya bertanya seorang ustaz di Singapura tentang mimpi ini. saya diberitahu, selalunya mimpi semacam ini berlaku waktu malam dan bukan waktu pagi. tujuan saya bertanya hanya ingin tahu sahaja, kerana saya ni pun bukan orang alim sangat, mungkin khayalan saya saje. cuma, perbualan saya dgn lelaki itu memang berlaku dan saya nampak wajahnya.

    • Zahiruddin says:

      Salam saudara Mohamad, Alhamdulillah bersyukurlah dan beruntunglah kerana di beri peluang bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mimpi. Mimpi saudara itu memang benar dan yakinlah dan tak perlu risau akan waktu mimpi itu kerana semua atas hak Allah s.w.t. Mimpi itu boleh jadi peringatan dan petunjuk untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah. Jangan pula dengan mimpi yg di alami menjadikan kita ujub dan takbur. Sentiasa rendah diri dan baiki diri kita kepada yg lebih baik dan menjadi contoh kepada yg lain. Terima kasih – Zahiruddin

  4. saiful anuar says:

    Salam Nur & Muhamad,

    Beruntunglah awak berdua kerana dapat berjumpa Rasulullah saw…namun sy setuju dengan pendapat bro zahiruddin iaitu kita kena elakkan sifat2 mazmumah spt ujub dan takbur.

    Mimpi hanya sekadar mimpi…ianya sekadar menguatkan lagi tauhid kita kpd Allah swt…amin

    p/s secara kebetulan nama awak berdua ni bila dicantumkan jadinya Nur Muhammad….fikir-fikirkan lah…Allah memang HEBAT!!!!!

  5. mohamad says:

    tetapi dalam mimpi saya, perbualan itu dalam bahasa Melayu, bukan bahasa Arab. wallahu’alam. terimakasihlah kepada saiful dan zahiruddin kerana beri nasihat dan peringatan. kalau benarlah mimpi saya berdepan dgn nabi muhammad, syukur tetapi malulah saya dengan Allah sebab, orang macam saya pun diberi kurnia jumpa nabi besar. kalau mimpi itu tak sah, mudah-mudahan dilain masa saya dapat mimpi yang sah. jangan lupa du’a kan saya sekeluarga, apa saje yang baik dunia/akhirat. terimakasih sekali lagi.

    • Zahiruddin says:

      Salam Sdr Mohamad, bahasa tiada jadi masalah dalam mimpi kerana bahasa dalam mimpi adalah bahasa universal/roh. Bila kita org melayu kita rasa itu bahasa melayu. Bila kita orang putih maka kita dengar orang putih. Bila kita orang cina maka kita dengar orang cina. Semoga tuan di berkati Allah.

  6. Wan says:

    Salam,

    Satu ketika dulu saya pernah bermimpi seolah-olah berada di tingkat atas masjidil haram bersama ibu saya. Dari atas itu saya nampak seorang lelaki dari arah belakangnya. Beliau sedang mengadap bala tenteranya. Saya bertanya seseorang – siapakan lelaki itu dan ada yang memberi jawapan -itulah Rasulullah. Saya tidak dapat melihat wajahnya, yang dapat dilihat hanyalah bahagian belakangnya dengan rambut yang mencecah bahu.

    Saya bersyukur tapi pada masa yang sama takut – adakah Nabi berpaling dari saya atas dosa/kesalahan dan kelalaian saya.
    Apa pendapat ustaz?

  7. saiful anuar says:

    Salam Wan,

    Kalau kita dah mimpi Rasullullah sesungguhnya ia adalah benar..Wallahualam…

    Berkaitan dgn dosa atau pahala ia takde kena mengena dgn mimpi tuan…lagi pun ia rahsia Allah terhadap hambanya…sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Mengasihani…

    Semoga tuan sentiasa diberkati Allah swt. Amin

    p/s Anyway kami disini bukan ustaz ye…kami juga sama macam tuan..hanya mencari keredhaan Allah swt…he he

  8. Mohd Zulhilmi says:

    Assalamualaikum saudara Saiful Anuar dan Zahiruddin, saya mempunyai beberapa kemusykilan di sini. Berkenaan dengan mimpi Mohamad, dari apa yang saya faham bukankah kata-kata Rasulallah S.A.W. itu adalah dikira hadith. Melalui dialog-dialog di dalam mimpi itu, bukankah Rasulallah S.A.W. telah berkata-kata? Jika begitu, bukankah sudah keluar hadith yang baru?

    Terima kasih kerana membaca.
    Salam

  9. [...] http://rezekihalal.com/hadis-berkenaan-mimpi-bertemu-rasulullah-s-a-w/ http://rezekihalal.com/tiada-seruan-syariat-baru-selepas-wafat-rasulullah-s-a-w/ Posted in Amalan, Doa, Facebook, Feature, Hikmah, Kisah Teladan, Pembangunan Diri, Subliminal, Umum , mimpi jumpa nabi, mimpi rasulallah, mimpi rasulullah, perihal mimpi nabi, rasulullah | No Comments » [...]

  10. Shah says:

    Assalamualaikum…
    Dari dulu hingga kini saya masih kebingungan walaupun saya yakin dgn siapa yg saya berjumpa dalm mimpi saya, tetapi melihat keadaan saya kadang2 membuat saya tertanya2 kenapa saya? Saya bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW pertama kalinya dgn didahului cahaya yg sgt terang dan silau dan bunyi yg berdesingkn telinga dan didalam mimpi itu Baginda menarik tgn saya dan pimpin tgn saya dan duduk bertemu lutut mengajar saya tentang Islam dan diakhir kata dalam mimpi itu saya berada didalam jalanya. Bukan itu saja, bermula hari itu saya bermimpi dgn Baginda sama ada 5 @ 7 hari seterusnya, di Madinah dan Mekah semsa saya buat Umrah, dan apabila saya rindu dgn Baginda saya akan bermimpi akan Baginda hingga kini. Boleh sesiapa terangkn? Kalau nk tahu lebih lanjut mimpi saya email saya.

    • Zahiruddin says:

      Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan hanya Allah. Muhammad itu pesuruh Allah. Apa yang saudara Shah alami itu benar alhamdulillah. Hak Allah dan milik Allah untuk memilih siapa di antara hambaNya untuk di beri keizinan untuk mimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w. Semoga saudara Shah terus di berkati dan di rahmati Allah sehingga akhir hayat insyaallah.

  11. Sufian Bin Sunding says:

    Assalamualaikum w.t.w
    Saya ni hamba Allah yg masih yang masih tertanya-tanya belajar dan mengkaji tentang mimpi yang saya baru alami ( 12/02/2012 )Ahad. Mimpi yg sy alami membuat kan sy berfikir tentang keadaan diri saya sekarang.Mimpi ni berlaku sebelum waktu zohor. saya tertidur di sofa rumah.selepas menghantar anak ke tuisyen..sebelum tertidur saya suka membaca tentang buku ilmiah dan artikel2 dalam internet khusunya berkenaan keadaan dunia akhir zaman, qiamat, dajjal imam al mahadi, dan nabi isa….sebagai pengetahuan./..Sebelum tertidur sy ada terbaca terlihat gambaran orang-orang barat berkenaan nabi dalam kitab injil berkenaan wajah king solomon , david , moses dan sebagainya/ saya tersenyum dan bertanya dalam hati(boleh pulak mereka menggambarkan wjah2 tersebut.) Selepas itu saya tertidur….Dalam mimpi itu, saya berjalan dan berusaha menuju utk bertemu seseorang yg sangat cantik wajahnya dan istimewa( mungkinkah itu Rasullulah.(tidak berkata apa2 sedang duduk dan beserban)…namun untuk bertemu seseorang lelaki tersebut sy berasa malu dgn keadaan sy yg tidak berpakaian..namun sy terlalu inginbertemu beliau..namun lelaki tersebut tidak memandang ke arah saya namun sempat saya hendak memegang pipi wajah lelaki tersebut yg bercahaya….subhanaLLah……Adakah ia mainan tidur atau ianya Rasullulah s.a.w Wallahu a”lam…..

    • Mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad SAW juga sebahagian daripada al-Mubasysyiraat yang terjadi kepada sesetengah manusia yang beruntung. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa melihatku dalam mimpi, maka sesungguhnya dia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku. Sesiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja maka dia telah mengambil tempat duduk dalam neraka.” ? (Hadis Imam al-Bukhari)

      Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa seseorang itu hanya dianggap benar-benar bertemu Rasulullah di dalam mimpi sekiranya paras rupa Rasulullah yang ditemuinya itu sesuai dengan sebagaimana yang digambarkan di dalam hadis sahih. Telah menjadi amalan umat Islam terdahulu (generasi salaf) apabila seseorang mengaku bertemu Nabi, dia dikehendaki untuk memberikan gambaran paras rupanya dalam mimpi itu.

      Ibnu Sirin umpamanya akan bertanya kepada seseorang yang mengaku bertemu Nabi SAW dalam mimpi: “Ceritakan kepadaku apa yang anda lihat.” Sekiranya diceritakan kepada beliau sifat Rasulullah SAW yang tidak diketahuinya, beliau akan menegaskan: “Anda sebenarnya tidak bermimpi bertemu dengan Baginda SAW.” Ini adalah kerana syaitan hanya tidak boleh menyerupai paras rupa sebenar Nabi SAW, namun syaitan boleh yang menyerupai insan lain tetapi mengaku sebagai Nabi lalu mengelirukan orang yang bermimpi tadi dengan perkara yang bercanggah dengan syarak.

      p/s hanya perkongsian daripada ilmu yang diperolehi daripada-Nya ….. In Shaa Allah membantu … C=

  12. asrul says:

    assalamualaikum.saya pernah bermimpi.saya ternampak seorang lelaki berjalan dengan bercahaya memakai jubah.hujan lebat di sekelilingnya.tetepi tidak terkena pada beliau seperti dilindungi awan atau payung.hanya di sekelilingnya sahaja.saya terpegun melihatnya.selepas itu ada orang berbisik di telinga saya dan berkata itulah nabi muhammad s.a.w rasul kita.cuma suara sahaja .orang tidak ada.selepas tu saya tersedar.dah tujuh tahun saya mimpi tu.tapi bila pejam mata terbayang mimpi tu.terbayang orang yang berjalan dengan bercahaya seperti dalam mimpi tu.adakah itu nabi muhammad s.a.w.
    beberapa bulan ni saya berzikir sebelum tido.pada malam tu saya berdoa ya allah kalau betul itu mimpi aku bertemu rasullullah kau berikanlah aku mimpi bertemunya sekali lagi.jadi saya pon berzikir sampai tertido.malam tu saya mimpi saya pergi ke surau untuk ambil air sembahyang.saya pakai tuala sahaja.saya masuk ambik air sembahyang.selepas tu saya keluar dari surau pastu ada orang tegur saya.(adik lain kali kalau nak masuk surau tutup aurat.seorang lelaki duduk atas motor pakai jubah putih tegur saya bersama sekumpulan memakai jubah.selepas tu saya beredar dari mereka.selepas tu saya ternampak ramai orang berjalan sambil berzikir.adakah yang menegur saya tu nabi muhammad s.a.w. dan yang berjalan dalam mimpi yang pertama saya tu jugak nabi muhammad s.a.w. dan kenapa saya pejam mata sekejap pon saya terbayang mimpi yang pertama saya tu.

  13. Syed says:

    Assalamualaiku,saya ada bermimpi bertemu dengan seseorang…tiada perbualan antara saya dan beliau…cuma Ada satu senyuman yang penuh cerita…saya terjaga dengan rasa berdebar debar…kerana hati berdetap menyatakan itu rasullulah…lebih 2jam termenung memikirkan beliau…..akhirnya saya juga tersenyum….kerna senyuman itu

  14. firdaus says:

    a’kum

  15. firdaus says:

    hrni tggal 31/12/2012 dlm sekitar pukul 6 pg sy tlh bermimpi brjumpa dgn Rasulullah saw..ketika tue baginda sdg mgorek tanah seolah2 kubu seorang diri.sy diperkenal seseorang tp sy xingat siapa,tp dia mngatakan org itu adlah Rasulullah.sy bersalaman dgn baginda dan mncium tgnnya,kelihatan wajahnya yg brjggut dan brmisai kemas,wjhnya brdebu mgkin krana mgorek kubu trsebut.baginda x snyum hanya melihat sy sja.prjalanan mimpi tue sy xbrapa ingt tp yg sy ingt,sy die ceritakan tentang buraq,kemudian sy juga nmpk wajah nabi ketika bersih tnpa misai at jaggut dan menguntum snyuman kpd sy.prasaan sy ktika itu sungguh brsyukur sbb bgitu indahnya mmpi brjumpa Rasulullah..wajahnya mmg indah dan x pnh sy lihat wajah sprtinya..smpat kami brbual tp saya xingt ape yg kami bualkan,dan akhirnya hampir sy trsedar,diri sy smakin jauh dgn baginda,dlm detik tue sy hmpir mnngis dan sy mntak xnk brpisah dan mintak baginda doakn kebahgiaan sy ddunia ni..kmudian sy trsedar..tuan adkah sy benar2 brmmpi Rasulullah?sy x alim cuma sy suka ikut cara2 kehidupan seharian nabi sprti tidurnya,makannnya.kalau benarlah adkh ia tnda supaya sy lbih kn amalan dan jgn melupai ibadah lain?

  16. ahmad mustafa balewa says:

    Semua mimpi Rasulullah adalah permainan jin & syaitan. Kepercayaan Khurafat.

  17. zaharah binti othman says:

    assalammualaikum….
    anak saya bermimpi, berjalan2 d kawasan seakan akan mcm sekolah pondok. lalu ada sebatang sungai dan di seberang sungai kecil ada seorang lelaki berjubah putih dan beserban hijau berbual dengan nya…lelaki beserban memberitahu pada anak saya…tolong kemas bilik bagi bersih, bilik terlalu kotor katanya….”orang yang mengotorkan bilik sudah tiada, maksudnya sudah balik ke asrama (kakaknya….yg tinggal sebilik. kakaknya memang malas mengemas bilik, bajunya merata rata..”…lalu lelaki beserban berkata, jika tidak dikemaskan ada penghuni lain akan datang tinggal dalam bilik berkenaan….selepas e2..anak lelaki saya keesokan terus mengemas dengan bersih.
    Apakah maksud mimpinya….tkasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>