Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Hargai Apa Yang Kita Ada ! Qada Dan Qadar Allah.

Written By: Zahiruddin - Jul• 27•10

Salam,

Agak lama saya tak menulis di ruangan Rezeki Halal ini. Kali ini saya menulis di ruangan taman kecil di rumah yang saya duduki sekarang. Ini kira kali pertama menulis di taman dan bukan di dalam bilik. Nak dapat FRESH air sikit kononnya. Tapi agak panas matahari pagi ni pulak.

Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih pada Allah s.w.t kerana memberi kesempatan untuk hidup dan memperbaiki kesalahan-kesalahan yang terlalu banyak dan tidak terkira. Semoga terus di berkati dan di rahmati seterusnya.

Hidup ini memang menarik. Berjenis-jenis dan berbagai-bagai keadaanya. Memang bermacam-macam dan itulah kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. Ada yang tinggi. Ada yang rendah. Ada yang hitam. Ada yang putih. Ada yang jauh. Ada yang dekat. Ada yang besar. Ada yang kecil. Dan semuanya memang menarik dan lengkap dan tiada cacat celanya ciptaan Allah s.w.t.

Ciptaan Allah s.w.t ini memang serba lengkap dan melengkapi. Memang best. Syukur alhamdulillah. Mari kita renung diri kita sendiri ? Apa yang kurang ? Ye la cakap pasal kurang mungkin banyak pula kita nak ungkitkan – kurang gaji, kurang duit, kurang masa, kurang kaya, kurang tenang dan banyak lagi kurang yang kita ada. Tak habis-habis akan cerita apa yang kita kurang nih. Asyik tak cukup aje. Yang gaji RM10,000 nak RM15,000. Bila dah RM15,000 rasa tak cukup pulak dan nak lagi RM20,000 dan seterusnya. Asyik mengira atau berkira-kira apa yang belum ada atau yang belum dapat.

Tapi pernah tak terlintas apa yang anda dah ada ini kita bersyukur dan berterima kasih. Cubalah rilek-rilek kita bersyukur kita masih hidup. Kita berterimakasih kita masih boleh makan dan minum. Bersyukur kita masih boleh tidur dan bangun. Hayatilah kehidupan kita ini sebaik-baiknya. Jangan asyik terkejar-kejar benda yang kita tak pasti. Yang ada ini hargailah. Yang ada ini hayatilah. Yang ada ini syukurilah. Hari esok tak tentu. Hari ini dan waktu ini hargai lah dan hayatilah.

Bersyukurlah walau macam mana keadaan anda sekalipun. Susah, senang, miskin, kaya, tiada pekerjaan, kematian isteri, tiada anak, hilang pekerjaan, tak dapat bayar bil, masalah kerja, masalah rumahtangga, sakit, sakit hati, berhutang, muflis, bergaduh, dan bermacam-macam. Itu bahagian kita. Hargailah.

Jangan bandingkan kita dengan orang lain. Lain orang lain ujiannya. Jika kita miskin janganlah bandingkan kita dengan yang kaya. Kita buat yang terbaik kita untuk berjaya. Baiki dan usaha. Yang penting di sini ialah penerimaan “Qada dan Qadar” dengan hati terbuka bahawa Allah itu tahu apa yang lebih baik untuk kita dari diri kita sendiri.

Ingat kita hidup pun tak lama antara – 63 ke 83 atau lebih tahun. Masa yang singkat ini jika kita sia-siakan memang kita akan rugi sampai bila-bila. Ramai di antara kita lupa apa tujuan hidup di dunia ini termasuk saya sendiri. Apakah tujuan hidup kita di dunia ini?

Apa yang di katakan “Hidup” ? Pernah tak kita bersyukur akan “Hidup” kita ? Yakinlah Allah s.w.t buat semua ini bukan sia-sia. Kita sahaja yang mensia-siakan kehidupan kita ini.

Kacamata Hidupan Harian Kita : (Isnin – Jumaat)
1. Bangun Pagi Mandi
2. Minum Pagi.
3. Pergi Kerja – cari nafkah.
4. Balik Kerja.
5. Rehat – rehat sekejap.
6. Tidur untuk bangun esok.

Kacamata Hidupan Harian Kita : (Sabtu – Ahad)
1. Bangun Pagi Mandi
2. Minum Pagi.
3. Jalan – jalan.
4. Balik Jalan.
5. Rehat – rehat sekejap.
6. Tidur untuk bangun esok.

Itulah rutin bagi yang bekerja. Dan rutin itu berterusan sehingga kita mati. Masa kita habis di situ dan masalah yang berkaitan di situ. Pelik juga kita ini iya-iya berkerja sampai mati untuk dunia. Pasal akhirat langsung tak kisah dan ambil sambil lewa. Alasan kita yang bab akhirat tu diam-diamla buat apa nak tunjuk. Nanti riya.

Walau apa pun mula lah dahulukan Allah s.w.t dalam setiap perkara. Jika tak kenal Allah kenali lah Allah. Belajarlah cara Bilal mengenal Allah s.w.t. Allah ini sentiasa dekat kat kita cuma kita aje yang tak nak Allah dekat kat kita. Bila Allah sudah ada di hati insyallah berkat semua kehidupan kita.

Barulah dapat rasa kita mengucap Syahadah itu pada Allah s.w.t yang sebenar. Barulah solat kita menghadap Allah s.w.t yang sebenar. Dan semuanya kerana Allah dan itulah yang pasti.

Wassalam,
Zahiruddin

p/s: Ya Allah ampunkanlah segala dosaku dan kedua ibubapa ku. Ya Allah berkatilah, rahmatilah dan sejahterailah kami semua.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Comment

  1. ida says:

    hargailah ape yg kita dapat/ada sekarg..risau andai hari esok kita da xdapt tgok die lagi..jgan bila da xde baru kita nak hargai nak hayati..moga kita sentiasa bersyukur..:)tq untuk tulisan ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>