Islam Itu Addin
Salam semua,
Terlalu lama rasanya saya tidak membuat post baru disini. Namun, saya masih lagi mengikuti perkembangan apa yang berlaku di Blog Rezekihalal.com ini. Sungguhpun blog ini mengalami sedikit masalah teknikal baru-baru ini namun saya rasa pasti ada hikmahnya disebaliknya.
Sejak beberapa bulan ini saya agak kurang aktiviti online kerana saya sedang berada di ‘Dunia Baru’, namun saya masih mampu lagi meraih sedikit pendapatan dari internet. Alhamdulillah ada juga rezeki saya di internet ini. ‘Dunia Baru’ inilah yang saya cari selama ini iaitu dunia yang penuh dengan petunjuk. Dunia penuh keinsafan, pengenalan, ketenangan dan banyak lagi yang tak mampu saya terjemahkan.
Barulah saya tahu betapa beruntungnya saya hidup didalam ISLAM iaitu satu-satunya agama yang begitu indah jika kita sentiasa mencari dan terus mencari. Sememangnya ISLAM sesuai sepanjang zaman. Seperti yang saya katakan dulu, bagi sesiapa yang menjadikan AKHIRATNYA SEBAGAI MATLAMAT UTAMA HIDUP, KEJAYAAN DI DUNIA AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA. ISLAM tak larang pun untuk kita mencari kekayaan di dunia tetapi jadilah SIKAYA RAYA yang bertanggungjawab kepada ISLAM.
Sebenarnya saya nak kongsi beberapa Kata-Kata Hikmat untuk renungan para pembaca blog ini. Dah memang tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk saling ingat mengingati dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Silah hayati kata-kata hikmat dibawah ini lagipun saya banyak simpan sebagai koleksi. Ada masa saya akan kongsikan lagi.
1. “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu, semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” – Al-Quran (Surah 31:18&19)
2. “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dianggap munafik sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, mengerjakan haji dan umrah dan ia mengaku dirinya seorang Islam, iaitu orang yang apabila bercerita ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila diamanahkan (sesuatu) ia khianat.” – Hadith Riwayat Abu Asy-Syeikh
3. “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib ke atas orang islam.”- Hadith Riwayat Ibn Majah
4. “Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, ‘Bagaimana mensia-siakannya?’ Rasullullah menjawab: ‘Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.”- Hadith Riwayat Bukhari
5. “Berbuat baiklah kepada semua penghuni dunia dan Allah akan berbuat baik kepada kamu.” - Hadith Riwayat Kunuzul Haqaiq
6. “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara itu ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” – Hadith Riwayat Al-Baihaqi
7. “Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” Hadith Riwayat Al-Qudhi
8. “Mereka yang baik (di sisi Allah dan manusia) adalah mereka yang sempurna akhlaknya dan baik terhadap isteri dan keluarga.”- Hadith Riwayat Tarmizi.
9. “Menuntut ilmu itu adalah satu fardhu yang wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.” Hadith Riwayat Ibn Majah.
10.“Kunjungilah saudaramu yang sedang sakit sekali pun dia tidak mengunjungimu ketika engkau sakit.”-Hadith Riwayat Baihaqi
11. “Alangkah banyaknya pohon-pohon kayu, tetapi tidak semuanya menghasilkan buah. Banyak pula buah, tetapi tidak semuanya baik untuk dimakan. Banyak pula ilmu, tetapi tidak semuanya memberi faedah.”- Nabi Isa a.s
12. “Harga seseorang itu ialah ilmu pengetahuannya.”-Ali Abi Thalib
13. “Jadilah orang yang terbaik pada pandangan Allah, jadilah orang yang paling rendah pada pandangan diri sendiri dan jadilah contoh yang baik pada pandangan orang lain.”-Ali Abi Thalib
14. “Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi dan neraka bagi orang yang berlaku zalim.”-Umar Al-Khattab.
15. “Orang yang banyak memikirkan tentang akibat tidak akan menjadi berani.”-Ali Abi Thalib
16. “Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.”-Umar Al-Khattab
17. “Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh.”-Luqman Al Hakim
18. “Manusia akan dihormati kerana ilmunya bukan kerana kekuatan dirinya.”-Imam Ghazali
19. “Manusia terdiri daripada empat golongan: Dia yang tidak tahu dan dia tidak tahu yang dia tidak
tahu-dia jahil, jauhi dia; Dia yang tidak tahu dia tahu-dia daif, ajar dia; Dia yang tahu dan tidak tahu dia tahu-dia terlena,kejutkan dia; Dia yang tahu dan tahu dia tahu-dia bijaksana, contohi dia.” - Peribahasa Arab
20. “Setiap sesuatu, apabila banyak, akan merosot nilainya: tetapi kepintaran, nilainya bertambah apabila ia meningkat.”-Peribahasa Arab
Yang Ikhlas,
Saiful Anuar
p/s para pembaca dialu-alukan utk memberi komen..barulah meriah sikit blog ni he he..


Zahiruddin on Sat, 15th Nov 2008 11:41 pm
Salam Tuan Saiful, memang menarik dan tepat sekali apa yang Tuan saiful keutarakan. Semoga ia dapat menjadi panduan kepada semua perihal hidup di dunia ini. Semoga Allah memberkati tuan Saiful.
Zahiruddin