Salam,

Agak lama saya tak menulis di ruangan rezeki halal kerana banyak menyibukan diri dengan perihal kehidupan. Saya baru sahaja habis membantu urus kursus asas sistem komunikasi di Seremban tempoh hari. Kini mula sibuk dengan rutin harian pula.

Dalam seminggu yang lepas banyak perkara yang saya pelajari. Saya di beri izin oleh Allah untuk berjumpa seseorang yang ada serba-serbi – harta, akhlak, wang, perniagaan yang berjaya, dermawan, berbudi, berbahasa, lesen agong, dan banyak lagi. Apa yang saya ingin kongsikan ialah jika berharta ada ramai orang lagi lebih hartanya, jika kita berilmu ada lagi ramai orang yang tinggi ilmunya, jika kita dermawan ada lagi yang lebih dermawan, jika kita baik ada lagi yang lebih baik.

Apa yang kita cari? Apa yang kita inginkan? Bukankah yang ada sekarang ini lebih dari mencukupi? Pernah tak kita ni tak makan? Pernah tak kita ni tak minum? Tak pernah rasanya. Maka bersyukurlah banyak-banyak dengan apa yang ada pada kita.

Allah s.w.t Maha Kaya bukan kita yang kaya. Kaya yang kita banggakan pun masih milik Allah. Percayakah kita pada Allah ? Itu lah asas Rukun Iman.  Apa pun kita jangan kita lebih-lebih. Jadi dalam keserdahanaan dalam semua perkara.

Janji Allah itu BENAR dan PASTI. Allah telah tetapkan 4 perkara bila kita lahir :

1) Ajal & Maut
2) Rezeki
3) Jodoh
4) Susah & Senang

Maka yakinlah dengan ketetapan Allah. Untuk meyakini mati kita dah boleh yakin. Meyakini jodoh rasanya boleh. Meyakini Rezeki dan Susah & Senang ini banyak yang “FAIL” termasuk saya juga. Oleh itu marilah sama-sama kita baiki diri kita ini. Di sini saya ingin kongsi tulisan sahabat saya perihal Istiqamah dan Tawakkal.

Wassalam
Zahiruddin

Istiqamah mencakupi dalam hal perkataan, perbuatan, perihal dan niat.
Istiqamah dalam hal tersebut ditujukan untuk Allah, dengan inayah Allah dan untuk menjalankan perintah Allah. Kaum salaf menganjurkan untuk berpegang teguh kepada sunnah kerana syaitan mencium hati hamba dan mengujinya jika ia melihat di sana ada celah keinginan untuk berbuat bid’ah serta keinginan untuk berpaling dari kepatuhan kepada sunnah maka ia akan mengeluarkan hati dari berpegang teguh kepada sunnah.
Jika syaitan melihat pada hati kecenderungan yang dalam kepada sunnah serta sangat menginginkannya, maka ia tidak akan berjaya menggodanya namun ia menyuruhnya dengan bersungguh-sungguh untuk menuruti nafsu melampaui batas yang normal iaitu keluar dari sunnah kepada bid’ah.
Sebahagian kaum salaf menyebutkan bahawa setiap perintah Allah akan dihalangi dengan dua godaan syaitan iaitu pertama godaan untuk meremehkan dan godaan untuk berlebihan melampauai batas.
Syaitan tidak peduli dengan apa ia berjaya menggoda anak Adam baik dengan menambah-nambahi mahupun mengurangi. Oleh sebab itu setiap kebajikan disertai dengan kesungguhan dalam kadar yang seimbang dan setiap keikhlasan disertai dengan mengikuti sunnah Nabi s.a.w.
Sebahagian sahabat berkata:
“Keseimbangan dalam menjalankan perintah dan mengikuti sunnah lebih baik dari upaya yang sungguh dalam melencong dari jalan Allah dan menentang sunnah. Berusahalah semaksimum mungkin agar perbuatanmu sesuai dengan sunnah dan ajaran para nabi. Perbaikan ibadah seorang pencinta adalah dengan jalan bertawakkal kepada Allah.”
Kalau seandainya kembali kepada Allah adalah setengah dari agama maka tawakkal adalah setengah yang dari bahagian yang kedua dari agama. Sebaik-baik tawakkal serta tawakkal yang paling bermanfaat adalah dalam menjalankan kewajipan Allah, kewajipan sesama makhluk dan kewajipan bagi diri sendiri begitu pula bertawakkal dalam memenuhi maslahat agama atau mencegah mudarat yang merosak agama, inilah yang merupakan tawakkalnya para nabi iaitu tawakkal dalam menegakkan agama dan mencegah kerosakan orang-orang yang melakukan kerosakan di permukaan bumi ini.
Inilah contoh-contoh tawakkal para nabi, pewaris nabi dan manusia kebanyakan disesuaikan kadar keinginan mereka serta tujuan mereka. Di antara manusia ada yang bertawakkal untuk memperolehi harta milik ada juga yang bertawakkal untuk memperolehi sepotong roti. Barangsiapa benar tawakkalnya kepada Allah dalam mencari sesuatu, maka ia akan memperolehinya.
Jika yang ia peroleh tersebut dicintai dan diredhai Allah, maka dia akan memperolehi akibat yang baik dan jika yang diperolehinya dibenci oleh Allah maka apa yang diperolehnya dengan bertawakkal akan mendatangkan mudarat baginya.
Jika yang diperolehnya adalah hal yang mubah, maka ia telah mendapat manfaat dari tawakkal namun ia tidak mendapat tujuan dari tawakkal jika ia tidak menjadikan apa yang ia peroleh sebagai sarana untuk mentaati Allah.
Imam Ahmad berkata:
“Tawakkal adalah perbuatan hati ertinya tawakkal itu dilakukan oleh hati bukan dengan perkataan lidah atau perbuatan anggota badan dan bukan pula salah satu pintu dari pintu ilmu mahupun pengetahuan.”
Kebergantungan hati kepada Allah dan bersandarnya ia kepada Allah, tenangnya ia bersama Allah termanifestasi dalam ketenangan hingga tidak tersisa goncangan kebimbangan yang menggoda untuk bergantung kepada sebab serta tidak merasa yakin terhadap sebab tersebut bahkan menanggalkan kebergantungan kepada sebab dari hatinya menggantikannya dengan ketenangan bersama Pencipta segala sebab.
Tanda dari hal ini jelasnya seorang tidak peduli dan hatinya tidak gundah akan hilangnya kenikmatan dunia yang ia cintai darinya atau tidak goyah ketika suatu yang dibenci menimpanya. Hal ini disebabkan kebergantungannya kepada Allah serta tenangnya ia berserta Allah telah memeliharanya dari rasa takut dan berharap kepada sebab-sebab.
Perihalnya seperti seorang yang berjumpa dengan musuh yang besar yang tidak ada daya upaya baginya untuk melawan musuh tersebut lantas iapun melihat benteng yang terbuka, Tuannya mengizinkannya masuk ke dalam benteng tersebut. Benteng tadi pun ditutup hingga ia dapat menyaksikan musuhnya yang berada di luar dari dalam benteng hingga ia tidak lagi merasa takut.
Seseorang arif billah berkata:
“Orang yang bertawakkal kepada Allah seperti anak bayi yang tidak mengetahui tempat apapun juga untuk berlindung selain payu dara ibunya.”
Begitu pula halnya dengan seorang yang bertawakkal tidak mengetahui tempat berlindung selain kepada Allah dengan berbaik sangka kepada-Nya, menyerahkan hatinya kepada Allah, menyerahkan segala urusan kepada-Nya, inilah yang merupakan roh daripada tawakkal.
Dia menemukan dalam keadaan ini kebergantungan yang murni, ketenangan yang sangat kepada Tuhan melebihi keadaannya sebelum berserah diri kepada Allah inilah hakikat dari tawakkal serta buah yang paling besar darinya. Jika seorang bertawakkal dia akan rela dengan segala apa yang dilakukan oleh Allah sebagai wakilnya.
Basyar al-Hafi berkata:
“Ada seorang yang berkata bahawa ia bertawakkal kepada Allah namun ia berdusta kerana jika seorang benar bertawakkal kepada Allah, maka ia akan rela atas segala apa yang dilakukan Allah kepadanya.”
Seorang yang bertawakkal bergantung dengan nama-nama Allah, perbuatan-Nya, sifat-sifat-Nya kerana ia menjadi orang yang arif billah hingga tawakkalnya semakin kuat. Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal sebagaimana Ia mencintai orang-orang yang bersyukur, berbuat baik,bersabar dan bertaubat.
Seorang pencinta yakin kepada Allah perhatikanlah firman Allah ketika berfirman kepada ibu Musa a.s. dengan firman-Nya:
“Jika engkau khuatir akannya maka hanyutkanlah ia disungai dan janganlah kamu takut serta bersedih.” (Al-Qasas : 7)
Ibu Musa a.s. pun berbuat demikian inilah ia keyakinan kepada Allah. Kalaulah tidak sempurna keyakinannya kepada Allah, maka ia tidak akan menghanyutkan bayinya dan buah hatinya kesungai. Keyakinan seorang pencinta adalah tidak menuntut bukti akan keesaan Allah, kuasa-Nya, af’al-Nya dan kehendak-Nya. Berserah diri adalah kemurnian kejujuran yang mendekati kedudukan kenabian. Manusia yang paling sempurna berserah dirinya adalah manusia yang paling sempurna keyakinannya dan pembenarannya.