Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Jemputan Kepada Peminat Seni Mempertahankan Diri!

Written By: Zahiruddin - Jul• 25•09

Salam,

Agak lama juga saya tidak menulis di Rezeki Halal. Kali ini saya ingin kongsikan perihal seni mempertahankan diri. Saya memang berminat perihal seni mempertahankan diri tetapi saya tidak suka akan seni pertahankan diri yang mengajar kekasaran atau keganasan. Saya suka jenis yang “Secara Semulajadi” dan praktikal dalam kehidupan seharian.

Banyak yang saya telah pelajari dan alami sendiri di antaranya: Silat Sabil, Silat Naga Hijau, Silat Cekak, Silat Halalintar, Brazilian Jiu Jitsu, Tai Chi, Aikido, Silat Labah2, Nasrul Haq, Silat Haq, Shah Bandar, dan yang lain. Saya suka mengkaji dan meneliti mana yang amat sesuai untuk diri saya. Semua jenis seni bela diri ini mempunyai keistimewaan masing-masing. Yang saya faham yang empunya diri itu yang lebih penting bukannya jenis ilmu seni beladirinya.

Ok untuk pendekkan cerita, saya di beri kesempatan untuk menjemput kepada yang meminati seni bela diri atau kepada sesiapa yang ingin mempelajari ilmu seni bela diri yang praktikal untuk besama saya dan belajar satu seni bela diri dari Russia di panggil SYSTEMA. Ia akan di ajar oleh salah seorang Master Systema dari Russia. Saya sedang bercadang mengembangkan SYSTEMA di Malaysia yang pertama.

Untuk batch yang pertama ini tiada sebarang bayaran yang akan di kenakan. Saya hanya akan mengambil 10 orang yang pertama sahaja. Untuk yang berminat sila email kepada saya berikan nama dan handphone. Saya akan hubungi anda. Kelas akan bermula Ogos 2009.

Sekian terim kasih.

Zahiruddin

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Comments

  1. Zahiruddin says:

    Salam,
    Alhamdullilah kelas Systema di Tasik Titiwangsa berjalan lancar dan di jemput kepada yang berminat untuk hadir pada Khamis depan jam 8:30 di taman tasik titiwangsa.

  2. madam ct says:

    Pernah dengar x tentang 1 lagi seni mempertahankan diri yg dh 50 tahun bertapak kat malaysia ni,,,PERGURUAN BUDI SUCI SEJATI INTERNASIONAL.Lebih baik pertahankan apa yg ada dr nk bwk msuk anasir2 luar!PBSSI lg HEBAT dr semua SENI MEMPERTAHANAKAN DIRI yg ada di dunia!

  3. fahimy says:

    salam,
    Saya sangat berminat dgn ilmu pertahankan diri seperti di dalam video.Sy ingin berlajar ilmu safe defending untuk body gading…buat masa ini sy berkerja 12 jam iaitu 8-8 dan menetap di klang berkerja di shah alam…Untuk mepelajari ilmu seperti video you tube di atas berapa yuran yg perlu sy sediakan..Kalau boleh sy ingin berjumpa dengan tuan untuk mendapat pandangan yg lebih lanjut lagi di sini sy serta kan no fon sy 0172028052 fahimy

    ( Saya dah lama ingin menceburi ilmu pertahankan diri tapi tidak kesampaian )

  4. fahimy says:

    seperti di atas

  5. Zahiruddin says:

    Salam Fahimy terima kasih kerana menghubungi saya di laman web ini. En Fahimy boleh pelajari di Plaza Damaz. Yuran dalam RM100 sebulan. Buat masa ini saya tidak lagi berada di Plaza Damaz dan tidak turut serta dalam latihan. Saya sedang berlatih sendiri di Meru, Klang.

    • fitri says:

      assalamualaikum wbt…. sy fitri dr melaka..sy brminat utk mmpelajari the system ini….di hrpkn sgt dpt emel sy scpt mgkn spy sy dpt menurut serta ilmu ini…. utk kebaikan bgsa melayu kita… demi agama, bgsa n ngara..insyaAllah…wsalam… fit3sircome@gmail.com

  6. zahid says:

    salam.. sy sgt berminat dg sebi diatas… sy tggal di ampang… dimana sy blh belajar.. no hp 0132004589

  7. zara says:

    salam…sy bminat nk blaja, tp msih on lg ke? no hp 0122614088

  8. safian says:

    Salam,masih ada ke kelas systema lagi?saya di ipoh.

  9. fitri says:

    assalamualaikum wbt…. sy fitri dr melaka..sy brminat utk mmpelajari the system ini….di hrpkn sgt dpt emel sy scpt mgkn spy sy dpt menurut serta ilmu ini…. utk kebaikan bgsa melayu kita… demi agama, bgsa n ngara..insyaAllah…wsalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE