Salam semua,
Agak lama rasanya saya tidak membuat post baru disini. Selain fokus kepada kerja hakiki, saya jugak sebenarnya sedang‘Brainstorming’ dengan beberapa rakan mengenai projek khas online. Bila tiba masanya saya akan umumkan kepada anda semua kerana tak ramai lagi rakyat Malaysia buat benda ni secara online.
Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah tentang kekuatan Asma Al Husna. Post kali ini saya ada sertakan audio Asma Al Husna. Saya dapat audio ini ketika saya menjalani Kursus ESQ di Melaka. Apa yang menarik ialah apabila saya mendengar berulang kali hati saya terasa SEBAK, MEREMANG BULU ROMA dan terasa diri ini terlalu KERDIL disisi ALLAH SWT sekaligus meningkatkan lagi rasa cinta saya kepada ALLAH swt. Asma Al Husna bukannya untuk didengar sahaja tetapi untuk dihayati sedalam-dalamnya. Insya Allah anda akan rasa ketenangannya. Begitulah berkuasanya ALLAH swt.
Namun begitu ‘RASA’ saya tidak semestinya sama dengan ‘RASA’ anda semua. Ia bergantung kepada ‘TAHAP’ masing-masing. Iman kita sebenarnya berada didalam QALBI(Jantung). QALBI pula dikelilingi dengan kalimah Laillahaillah. Mengikut Imam Al-Ghazali Iman terbahagi kepada 3 iaitu Pertama: Iman yang sentiasa berada di dalam kalimah; Kedua; Iman yang sekejap ia keluar sekejap pula ia masuk ke dalam kalimah dan Ketiga: Iman yang sentiasa berada di luar kalimah. Maksud berada diluar kalimah ialah orang yang tidak beriman. Fikir-fikirkanlah. Walaubagaimanapun hanya Allah swt sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang lagipun ia rahsia (sirr) Allah swt.
Dalam Islam kita disarankan supaya kita sentiasa berubah menjadi lebih baik dari semalam. Jangan kita hanya cuba SEKALI tetapi CUBALAH BERKALI-KALI. Begitu juga dengan audio ini. DENGARKANLAH AUDIO INI BERKALI-KALI. INSYA ALLAH.
Akhir kata saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru 2009. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. Amin.
Saiful Anuar





saya tidak lagi boleh dengar asma ul husna melalui halaman ini. tidak lengkap hari saya tanpa menikmati zikir alunan indah dr ary ini. Bagaimana boleh saya download zikir trsebut. Please help, tq
Salam,
Saya dah balas email dan berikan link lain. Untuk makluman anda boleh muat turun di sini http://rezekihalal.com/wp-content/uploads/2009/01/01-track-1.wma . Size dia 8 MB. Jika ada masalah maklum kan saya dan saya boleh emailkan.
Zahiruddin
salam..
alhamdulilah, dpt jgak ina cri zikir ni, dah lama sgt ina cri..mcmmana nak download audio nih??ina bharap sgt n amat2 bharap…bila dgar zikir nih. rasa hiba n sayu sgt ditambh lg bila tkenangkan arwah ayah…
ina minta tlg yer….
Salam Ina,
Untuk download:
1) http://rezekihalal.com/download/asma.wma – file window media
2) http://rezekihalal.com/download/asma.zip – zip file
Semoga dapat membantu. Size adalah 8MB. Jika ada masalah download saya boleh emailkan.
Zahiruddin
salam,
en zainuddin,
insya allah nati ina try ekkkk..tq lot…
salam..
tq ina dah dpt download…tq byk2 pahni bleh tiap2 ari ina dgar…smoga allah mrahmati kita smua n jasa zainuddin ina tak luper kan…
rasa sayu mendengar alunan nya yang begitu mendayu
Salam en. zainuddin
Saya berminat untuk download asma al husna tapi x boleh. Bole ke en. zainuddin emailkan kepada saya.
Salam Moziyah,
Untuk download:
1) http://rezekihalal.com/download/asma.wma – file window media
2) http://rezekihalal.com/download/asma.zip – zip file
Cuba lagi untuk download. Kalau tak boleh saya akan emailkan.
Tq.
Zahiruddin