Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Kelebihan Internet Marketing Dalam Kemelesetan Ekonomi

Written By: fendipro - Oct• 17•08

Saya kagum dengan Jonathan Leger tentang ulasan beliau mengenai kemelesetan ekonomi yang telah melanda dunia. Saham-saham merudum, bank-bank muflis dan ramai yang begitu risau dengan crisis ini terutama tentang pekerjaan mereka, rumah dan hutang-hutang.

Bagaimanapun,

Yang agak menhairankan adalah sejak 3 bulan lepas pendapatan bersih bisnes Internet beliau telah meningkat sebanyak 20% walaupun beliau hanya memperuntukkan sejam atau 2 jam sehari bekerja. Dari itu, dari pemerhatian beliau, Internet Marketing is mempunyai daya tahan yang tinggi dalam kemelesetan ekonomi!

Kenapa?

1. Dari pemerhatian beliau, pengiklanan yang dilakukan di Internet amat senang untuk syarikat-syarikat pengiklanan track berapa ramai yang response , berapa ramai yang click dan jumlah jualan yang tepat. Ianya senang dijejaki dan langkah-langkah pembetulan akan diambil oleh para pengiklan tersebut dengan cepat.

Ini tidak seperti pengiklanan di TV atau radio kerana ianya amat susah ditrack.

Ini bermakna para pengiklan akan terus menggunakan Internet untuk mengiklankan produk-produk mereka walaupun di waktu kemelesetan ekonomi.

Pendapatan Adsense beliau tidak banyak berubah dan ini tidaklah mengejutkan beliau.

2. Beliau juga berpendapat ramai para pekerja yang risau akan kehilangan kerja atau bakal kehilangan punca pendapatan gaji. Apabila mereka menghadapi kesukaran mendapatkan kerja di sektor yang sama, mereka akan mengalihkan perjahatian ke Internet untuk mencari punca pendapatan baru.

Jadi penjualan produk-produk maklumat atau digital akan terus bergerak walaupun dalam kemelesetan ekonomi.

3. Akhir sekali, beliau mengatakan bahawa pengagihan risiko melalui Internet marketing lebih selamat dan lebih mudah ditangani. Jika beliau mempunyai client di lebih 60 negara, bila mana-mana negara menghadapi kemelesetan ekonomi, pasti ada negara-negara lain yang tidak mengalaminya.

Saya amat bersetuju dengan Jonathan Leger ni.

Just DO IT (duit)!

Affendy Amin
www.my-bisnes-internet.com/blog

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE