Salam,
Kali ini saya nak menulis perihal ”Kita ini nak ke mana ? dan “Kita ini buat untuk apa? . Dua persoalan ini perlu kita tanya setiap hari pada diri kita supaya kita ini lebih sedar dan “aware” akan apa yang kita sedang buat sekarang. Dua persoalan ini membolehkan kita menghayati HIDUP kita dan juga membuat persiapan untuk PERJALANAN yang seterusnya.
Jika tuan pergi melancong samada ke luar negeri atau ke dalam negeri tuan PASTI akan kembali ke rumah tuan juga. Unless tuan di takdirkan mati di tempat yang tuan lawati.Ini hakikat yang tidak boleh di elak. Tuan nak start kerja balik. Anak tuan nak pergi sekolah. Isteri tuan pun nak kerja juga.Itulah RUTIN kehidupan. Dan dia berulang-ulang dari hari ke hari dan ke hari.
Rutin ini pula banyak rencah dan ragamnya. Ada hari tuan seronok. Ada hari tuan rasa susah. Dan ada hari tuan tiada MOOD. Ada hari tuan asyik MENUNGGU hari lain. Dan macam-macam lagi. Inilah dia LUMRAH HIDUP. Setiap manusia WAJIB melaluinya – tak kisah macam mana situasinya. Senang ke … Susah ke … KENA LALU. Ada yang mudah melaluinya dan ada yang tersungkur melaluinya. Ada yang mempunyai ARAH dan ada yang TAK TENTU ARAH.
Anda YAKIN tak – RUTIN ini akan BERHENTI ? Tiba-tiba ia BERHENTI. Tiba-tiba RUTIN ini dah tiada. Anda dah tak perlu pergi kerja cari NAFKAH. Anda tak perlu lagi bayar sewa rumah dan kereta. Anda tak perlu risau nak makan apa. Anda tak perlu risau tanggung keluarga. Anda tak risau nak bayar saman. Anda tak risau anak anda sekolah ke tak? Anda tak risau anda ada rumah ke tak. Sememangnya ANDA DAH TAK RISAU.
APA DAH TERJADI ? APA JADI BILA SEMUA BERHENTI.
Apa yang anda INGINKAN ? Apa yang anda MAHUKAN? Apa yang anda RISAUKAN? Tiada yang KEKAL di dunia ini. Setiap apa yang anda MILIKI ada HAK ke atasnya. Dan pada hakikatnya memang KITA INI TIDAK PERNAH MEMILIKI APA-APA. Kesemuanya adalah milik ALLAH jua.
Kita selalu inginkan yang tiada pada kita. Yang ada pula kita tidak pernah syukuri dan hayati. Kita asyik menunggu apa yang belum ada dan apa yang akan berlaku. Jom “Berhenti Sejenak”. Perhatikan apa yang kita ada. Perhatikan NIKMAT yang ada pada kita pada saat ini. Sudahkah anda NIKMATI, HAYATI dan KECAPI. Nikmat nafas, sudahkah anda hayati dan kecapi dan hirup sepuas-puasnya dan berterima kasih atas nikmat itu. Sudahkah anda hayati dan nikmati – nikmat mata yang ada pada anda. Nikmat hidung. Nikmat mulut. Nikmat sihat. Nikmat akal. Nikmat. Kalau nak di kira memang banyak nikmat yang kita dapat dan ada. Cuma kita ni RAKUS dan TAMAK dan TAK BERSYUKUR atas nikmat-nikmat yang di berikan.
Kita nak yang lain. Kita nak apa yang kita tiada. Kita iri hati. Kita dengki. Kita nak jadi hebat. Kita nak berkuasa. Kita nak semua. Itulah kita walaupun kita selalu “Menafikannya” dengan kata “Aku tak kisah sebenarnya” dan “Aku OK aje”.
Untuk tahu “Kemana ?” kita kena tahu siapa yang nak ke mana dulu ? Siapa orangnya yang nak pergi tu ? Ahmad ke ? Ali ke ? Raju ke? Ah Meng ke? Zahiruddin ke?
Jika katalah orang nak pergi tu Zahiruddin , – Zahiruddin yang mana ? nafsunya ke, akalnya ke, egonya ke, kesemuanya ke? Bila dah tahu siapa yang nak pergi. Kena pulak locate kat mana si Zahiruddin nih sekarang – kedudukannya, lokasinya, jalannya, GPS nya, arah tujunya, panduannya, cara geraknya, sekitarannya dan bekalannya.
Anda bekerja untuk apa ? Anda bekerja sebulan untuk dapat gaji sebulan. Anda bekerja seminggu untuk dapat seminggu. Anda tahu anda mesti bekerja. Jika tidak anda tak dapat gaji. Jika tak dapat gaji anda tak dapat makan. Jika tak dapat makan anda lemah. Jika anda lemah anda tak dapat solat. Bila tak dapat solat anda – “TAK KISAH”.
Kehidupan kita atau RIWAYAT KITA – cuma di sandarkan dengan KEHIDUPAN di DUNIA semata-mata. Ukuran akal kita cuma menilai sewaktu di dunia sahaja. Planning untuk akhirat kita remeh-remeh kan sebab kita sendiri tidak meyakini apa yang di dalam RUKUN IMAN. Kita cuma melepaskan batuk di tangga aje. Bukan kisah sangat. Kita selalu cakap itu urusan Allah lah buat pe kisah sangat.
Kita ketika ini cuma kisahkan kita ada rumah besar, kereta cantik, kerja bagus, boleh melancong, anak dapat semua A, ahli pada kelab esklusif, di hormati, hebat, di sanjung, boleh pergi shopping, banyak harta, sihat, jadi ikon, simpanan hari tua yang banyak, ASB maksimum, FD akaun banyak, contact bagus, semuanya yang elok-elok. Itu “STANDARD YANG TELAH DIPROGRAM” di setiap sanubari kita, di setiap sudut hati kita, di setiap minda kita dan menjadikan dia “KAYU PENGUKUR” akan KEJAYAAN.
Apa yang sebut di atas “MEMANG MESTI ADA” untuk kita semua TETAPI janganlah berhenti di situ SAHAJA. Kita ada contoh atau MODEL IKON yang Allah berikan dan tunjukkan untuk mencapai KEJAYAAN DUNIA dan AKHIRAT . Kita ada HAK-HAK yang kita wajib tunaikan. Jangan TAMAK dan RAKUS dan tidak menunaikan hak-hak kita.
Kita ini baru di awal perjalanan untuk menuju ke kehidupan yang kekal. Hidup di dunia ini cuma di antara 63 hingga 120 tahun sahaja lepas itu kita akan ke alam seterusnya dan seterusnya ke alam kekal yang tiada akhir. Jika kita berjaya membawa bekal yang baik maka hasilnya amat baik pada kita di alam akhir dan sebaliknya.
Ketika di dunia jadilah manusia yang bermanfaat dan memberi manfaat kepada yang lain. Tunaikan tanggungjawab dan hak-hak yang lain. Semua manusia tidak pernah sama – ada yang susah, ada yang senang, ada yang cantik, ada yang tak cantik – semua itu ketetapan Allah s.w.t dan menjadi ujian untuk satu sama lain. Pada Allah s.w.t semua itu adalah KEJADIAN SEMPURNA. Kita sahaja yang kata tak cantik itu tak sempurna. Itulah ujian-ujian yang perlu kita lalui.
Jangan SOMBONG dan BONGKAK. Kita tak tahu esok atau seminit lepas ini kita masih boleh bernafas atau tidak. Jangan TAMAK dan RAKUS. Harta yang kita ada dan banggakan mungkin esok sudah tiada. Jadilah manusia yang berbaik sangka satu sama lain, bantu satu sama lain, tak perlu tunggu jadi senang nak bantu sebab anda pun tak tahu senang tu bila. Tak perlu tunggu nak jadi kaya untuk tolong yang memerlukan kerana anda pun tak tahu juga.
Hakikat sebenarnya kita ini AMAT LEMAH. Mohonlah pada ALLAH s.w.t sesungguhnya semua ini kerja ALLAH s.w.t. Soalan pada “Kemana Kita ?” Jawapannya ialah kita ini sedang menuju kepada satu Alam Yang Kekal di mana keadaannya bergantu apa yang kita perbuat sekarang. Jika baik sekarang maka baiklah akhirnya. Dan semua itu adalah atas IHSAN Allah semata-mata. Yang penting kita hayati kehidupan ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan dan sentiasa berharap pada Allah s.w.t.
Jangan risau keadaan kita – susah ke, senang ke, sihat ke sakit ke, tak de duit ke, bankrap ke, ITULAH yang TERBAIK untuk kita ketika ini. Semua ini adalah – SIGNAL untuk anda BERHENTI sekejap dan betulkan ARAH anda dan TUJUAN anda.
TIPS Untuk GPS Anda: (Sila betulkan arah dan tujuan anda)
- On GPS Minda anda (Ya Allah aku nak on kan GPS sekarang)
- Set Destination : Alam Akhir Yang Kekal
- Set Journey : Menghayati hidup, Menunaikan Hak2, Bersyukur, Mencontohi Ikon Utama, Tenang Dan Sabar
Itu lah coretan saya buat masa ini. Semoga kita semua di Berkati, di Rahmati dan di Sejahterai oleh Allah s.w.t.
Terima Kasih. Wassalam,
Zahiruddin
019-2174400





