Salam,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Setakat tahu sahaja tanpa amal tak jadi tuan. Amal pula jika tak tahu apa yang di amal tak jadi juga tuan. Ilmu dan Amal pula mesti ikut Al Quran dan Hadis dan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.tuan.Dalam kehidupan dunia ini dah ada ketetapannya tuan dan ketetapan akan berlaku menurut apa yang dah di tetapkan. Untuk kita jika ada permasalahan maka kembalilah kepada ASAS. Hayati rukun iman dan rukun islam dan berpandukan kepada Al Quran dan hadis.
Hayati amalan harian kita mengikuti apa yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Secara individu kita amalkan Islam dalam kehidupan harian kita. Kita baiki solat kita, kita baiki hati kita, kita baiki akhlak kita, kita baiki fahaman Al Quran kita, kita baiki persaudaraan kita, kita baiki percakapan kita, kita ikuti sunnah-sunnah Nabi, kita baiki hubungan keluarga kita, kita baiki pemakanan kita, kita baiki hati kita, kita baiki adab-adab kita dan jika nak sebut semua memang banyak sangat yang perlu kita baiki. Ini semua adalah peringatan untuk diri saya yang banyak jauh dari menghayati Islam sepenuhnya.
Dan yang amat penting ialah kita jaga Aqidah kita dan sentiasa betulkan “Bearing” setiap saat kerana “ujian lari bearing” ini tak berhenti-henti sampai kiamat. Peganglah bahwa Allah itu menguasai Segala-galanya dan yakinlah Allah itu sentiasa memerhatikan kita. Semua perkara berlaku atas kehendak Allah dan bukan atas kehendak kita walaumacam mana pun. Kata MUKTAMAD adalah kata ALLAH. Kan kita ni HAMBA maka jadlah hamba yang benar-benar hamba yakni hamba yang patuh dan taat dan mengabdikan diri pada Allah. Bukan hamba yang berlagak jadi hamba tapi lebih pentingkan KETUANAN diri – diri yang berjaya, diri yang hebat, diri yang kenal diri, diri yang berusaha, diri yang berbuat dan diri yang buat keputusan sendiri.  INGATLAH – Allah itu PENENTU semua PENGAKHIR. Tiada daya dan kekuatan selain Allah.
Hak MUTLAK ialah HAK Allah s.w.t – siapa kita yang kata tahu semua, siapa kita yang kata tahu masa depan,siapa kita yang kata kita tahu kita, siapa kita yang kata kita boleh menetukan masa depan, siapa kita yang tahu kita akan hidup lama.
Yang hebatnya dalam hal ini kita perlekehkan Al Quran dan Hadis.  Kita tak nak ikut  apa yang di anjurkan Al Quran dan Hadis. Kita tambahi apa yang lebih hebat untuk diri kita. Kita buat amalan yang melebihi atau yang tidak di anjurkan atas dasar nak dekatkan diri kepada Allah. Dekat pada Allah macam mana? Apa yang Nabi Muhammad s.a.w sampaikan tu lengkap dan cukup dan tak ada yang diselindungkan. Tak ada yang di rahsiakan atau disembunyikan. Semua terang dan jelas – perihal hidup yang penuh rahmat dan berkat. Cuma kita ni sahaja yang tak buat yang asas dan kuatkan asas. Dan kita ini aje nak lebih hebat dari yang lain sehingga buat takwil sendiri. Macam mana kata dekat – Allah kita letakkan ke tepi dalam kehidupan harian kita dan yang lain secara tak sedar kita jadikan “Tuhan”. Itulah hakikatnya kita perihal kehidupan dan ketuhanan dalam kehidupan.
Bebaliklah pada asal dan buat yang asas – kita hayati rukun iman dan kita laksanakan rukun islam. Kita jaga pemakanan – pastikan dari sumber yang bersih dan halal. Halal di sini dari segi syarak dan tuntutan Islam. Jaga hubungan keluarga, sahabat, kawan2, rakan2 dan semua mahluk Allah.
Memang halus – setiap amal yang kita buat itu akan di nilai samada atas keikhlasan atau atas nafsu nafsi. Oleh itu kita sentiasa “BERSERDAHANA” dalam apa sahaja jua baik dari segi amalan atau tindakan. Jangan berlebih-lebih atau ekstreme. Jika solat jangan lebih-lebih sampai mudarat. Jika zikir jangan lebih lebih sehingga tak kisah yang lain. Jika puasa janganlah puasa sepanjang tahun. Nabi pun hidup berkeluarga dan makan dan minum juga. Semuanya ada adab-adabnya.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah Ali-‘Imran, ayat 31)
Kata al-Hafizd Ibn Kathir (meninggal 774H):
“Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad. Maka sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwanya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan dan hak ehwalnya seperti yang pasti dalam Sahih al-Bukhari daripada RasululLah s.a.w:Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/366, Beirut: Dar al-Ma’rifah)
Di bawah ini saya selitkan tulisan Dr Asri sebagai RENUNGAN.
Wassalam,
Zahiruddin
Hidup ini jika Allah bantu keajaiban akan berlaku. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.
Banyak ungkapan doa yang mengandungi erti yang hebat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Tidak perlu ajaran tarekat yang sebahagiannya mencipta wirid dan zikir rekaan, sehingga melupai keindahan wirid dan doa yang sahih yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Antara ungkapan doa yang amat menarik jiwa saya ialah doa yang baginda s.a.w ajar:
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Setiap kali ada kesempatan yang baik, di tempat yang baik dan di waktu yang baik, saya sering mengulangnya, walaupun entah kali ke berapa ratus atau ribu sekalipun. Ya! Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku.
Usaha adalah tuntutan kehidupan, namun tawakal yang sebenar adalah jaminan kekuatan dan kesejahteraan. Allah boleh mengatur perjalanan ini apa yang disangka tewas oleh manusia, tetapi kejayaan yang berlaku, apa yang disangka kecewa oleh manusia, tetapi kebahagiaan yang memenuhi jiwa.