Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Kunci Utama Rezeki – Diri, Keluarga Dan Masyarakat

Written By: Zahiruddin - Oct• 28•08

Salam kepada semua,

Saya sudah agak lama tidak membuat post di Rezeki Halal ini atas alasan sibuk dengan kerja dan diri sendiri. Rakan-rakan yang lain juga agak sibuk dengan urusan masing-masing. Hari ini saya ada peluang sedikit untuk berkongsi tips Kunci Utama Rezeki yang saya pelajari dari seorang sahabat saya.

Kunci Yang Pertama – DIRI – anda perlu bersikap adil kepada diri anda sendiri. Anda perlu sayangi diri anda sendiri. Jangan perlekehkan diri sendiri. Pastikan diri sendiri boleh berdiri jika tidak ia bukan dinamakan diri. Jika anda berkerja makan gaji pastikan setiap akhir bulan ada bahagian yang wajib anda bayar iaitu DIRI anda sendiri. Pastikan diri anda itu dibayar – paling kurang 10% dari pendapatan anda.Selepas bayar DIRI anda baru bayar hutang dan keperluan yang lain. Bukan bayar yang lain dulu dan yang baki anda punya. Biasanya bila dah bayar yang lain dah tiada baki untuk DIRI. Anggap dia macam Bank juga yang selalu anda bayar setiap bulan. Perlu hargai diri anda baru boleh hargai yang lain.

Kunci Yang Kedua – KELUARGA – Kita hidup ini berkeluarga – samada isteri dan anak atau ibu dan bapa. Kita perlu jaga amanah yang telah di beri pada kita ini. Untuk yang berumahtangga tanggung jawab anda ialah jaga keluarga anda dengan memberi nafkah dan masa. Pastikan keluarga anda rukun dan terurus. Keluarga yang rukun damai dan terurus menjemput REZEKI masuk dalam unit keluarga tersebut. Penuhi hasrat anak-anak anda yang inginkan sesuatu dari anda. Kalau tiada duit atau harta berikan lah MASA itulah sebaik-baiknya. Masa anda bersama andak anda dan isteri itu akan menambahkan RAHMAT Allah terhadap anda.

Kunci Yang Ketiga – MASYARAKAT – Bila unit DIRI dan unit KELUARGA dan tersusun rapi dan amak damai secara tak langsung MASYARAKAT akan jadi aman makmur dan kukuh perpaduan. Ekonomi juga berkembang biak secara tersusun. Setiap kita baiki DIRI dan KELUARGA kita sendiri maka secara ta langsung akan terbentuk masyrakat yang cantik dan kukuh.

Harap ini dapat membantu serba sedikit perihal Rezeki.

Zahiruddin

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE