Salam,
Saya sedang cuba cari artikel yang telah di post di Rezeki Halal dan cuba isikan mana yang terdaya. Harap maaf atas kesukaran yang di hadapi. Walau bagaimanapun saya amat bersyukur pada Allah kerana memberikan ujian ini pada saya. Apa yang saya belajar ialah untuk belajar “melepaskan perkara yang lalu” (letting go). Memang agak sukar nak lepaskan perkara lalu sebab ia telah jadi memori dan asyik membelengu kita.
Itulah sebenarnya hakikat kehidupan – ia sentiasa dinamik dan berubah – apa yang kita ada sebenarnya bukan milik kita dan ia tak pernah jadi milik kita. Kita sendiri yang perasan ia milik kita dan kita kata milik kita. Jadi jika ia bukan milik kita kenapa kita gundah gulana bila kehilangan.
Itu lah yang perlu saya didik hati saya dan amalkan dalam kehidupan saya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keampunan.
Terima Kasih
Zahiruddin





