Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Mengenal Allah: Allah Kita Pinggir-pingirkan ……

Written By: oneselfmastery - Feb• 13•13

Salam sejahtera,

Kali ini saya ingin berkongsi bab “Mengenal Allah” ……

Allah wujud. Kita ini pula apa ? Adakah kita wujud juga ? Jika Allah wujud dan kita wujud maka ada 2 wujud dan itu adalah SYIRIK. Tiada lain selain Allah. Allah itu ESA. Jadi dunia ini apa? Jadi kita ini apa? Jadi syurga itu apa? Jadi neraka itu apa? Jadi segala makhluk yang di jadikan itu apa? Oleh itu sebelum di ulas lebih panjang perlu dan wajib terlebih dahulu untuk kita kenal Allah.

Kenal Allah itu wajib dan mesti. Jika tidak kenal mana mungkin boleh bersyahadah kerana tidak kenal akan apa yang di syhadahkan. Mana mungkin untuk solat 5 waktu kerana tidak kenal apa yang di sembah. Mana mungkin kita beribadah kerana tidak tahu kepada siapa kita ibadahkan. Jadi bila kita tidak kenal Allah maka segala amalan kita, pegangan kita dan ibadah kita itu cuma sia-sia sahaja.

Allah utuskan rasul-rasulnya dan para nabinya untuk kita kenal akan Allah. Untuk kita hayati bahawa segala-galanya itu adalah Allah. Untuk kita mentauhidkan Allah. Hanya Allah sahaja di hati kita. Hanya Allah sahaja kita yakini. Hanya Allah sahaja dalam segala perkara dan sesuatu. Bukan hanya kita. Bukan hanya dunia.

Jadi macam mana kita hendak hidup macam ini dalam kehidupan kita sekarang ini? Untuk makluman apa yang berlaku dalam kehidupan kita pada masa ini semuanya berpusat kepada “Menjauh kan Allah dari hati kita”. Hari demi hari kita di sogokkan dengan perkara-perkara yang menjauhkan Allah atau menghapuskan Allah dalam hati kita. Kita di sibukkan dengan ideologi-ideologi yang mementingkan dunia dan menghilangkan Allah dalam hidup kita. Jika ada Allah pun cuma “SIMBOL” dalam upacara agama atau yang berkaitan dan agama.

Allah pada jiwa kita itu KOSONG dan tidak membawa makna. Jika kita sebut Allah pun tidak terkesan atau percaya bahawa Allah itu benar-benar wujud dan Maha Mengetahui. Kita pentingkan urusan dunia kita lebih dari Allah. Kita berniaga, kita bekerja, kita berusaha, kita buat semua perkara tanpa Allah. Kita baca Al Quran kita tidak kenal Allah. Kita ibadah pun kita tidak kenal Allah. Kita sebut Allah. Kita mengaku buat semua kerana Allah tapi tak tahu Allah itu sapa? Kita amat HIPOKRIT bila bab Allah itu.

Mengenal Allah itu adalah “KUNCI BESAR” hidup di dunia ini bukan sebaliknya. Dunia Allah jadikan memang indah dan mempesona dan kita memang seronok dan leka dengan dunia ini sehingga lupa kepada yang menjadikan. Lupa kepada yang mengatur dan menguruskan segala urusan. Lupa kepada yang menggerakkan segala makhluk dan alam. Lupa kepada yang menentukan segala perkara. Sebaliknya kita ini pula lebih untuk membesarkan “DIRI”. Mengaku diri yang “TAHU”. Mengaku diri yang “BUAT”. Sehingga kalau boleh segala itu adalah DIRI sahaja dan Allah di pinggirkan.

Kita berlumba-lumba memajukan diri lebih dari yang lain. Kita berbanding-banding dengan yang lain untuk menyata hebat diri. Kalau boleh kita nak lebih dari yang lain. Kita gali potensi diri. Kita guna istilah kenal diri. Kita kata diri itu gergasi yang baru bangkit. Kita guna istilah kuasa minda. Kita guna istilah subconsious. Kita guna istilah otak kanan. Dan segalanya berpusat kepada KEBESARAN DIRI dan KEKUATAN DIRI. Dan ini lah yang di hidangkan kepada kita setiap saat dan setiap masa sehingga Allah itu kita pinggir-pinggirkan secara tidak sedar. Benar lah … Allah itu ibarat buih aje lepas tu hilang terus dari ingatan.

Kita rujuk Al Quran dan Hadis dalam bab berniaga. Kita yakin dan kata 9/10 rezeki dari berniaga. Tapi kita tak pernah yakin akan Allah yang menetapkan. Kita gunakan Allah untuk kepentingan kita bukan untuk kita hayati Allah. Kita gunakan agama untuk kepentingan kita bukan agama untuk menyebarkan “Mengenal Allah”. Semuanya untuk kepuasan DIRI semata-mata.

Oleh itu terlahirlah diri-diri yang mengaku hebat dan berjaya dalam segala segi. Berimej warak dan beragama. Berjaya dalam perniagaan dan kerjaya. Beramal segala amal yang ada bunyi “KUNCI REZEKI” – ayat pembuka rezeki, solat dhuha, sedekah, tahajud, dan segala-galanya untuk kepentingan diri bukan kerana Allah. Dia lupa yang rezeki yang di perolehinya itu tidak pernah atas usahanya. Segalanya adalah ketetapan Allah. Yang lain pula yang belum berjaya macam dia pun mengikut-ikut nak berjaya sama tanpa perasan yang semua itu kerja Allah.

Marilah kembali kepada mengenal Allah. Berniaga dan berusahalah sebaik-baiknya dengan mengenal Allah. Ingatlah segalanya adalah Allah. Akal kita, pandai kita, tahu kita semua itu Allah jua. Kedepankan Allah dalam segala perkara. Dahulukan Allah dalam segala perkara. Bagaimana ? Mohon lah dan minta lah kepada Allah agar Allah mengenal kan Allah. Didiklah dan isilah hati kita ini cuma Allah tiada lain. Dunia ini letak di luar hati sahaja dan jangan bawa masuk dalam hati. Hati itu cuma letaknya Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Maha suci Allah dari segala apa-apa yang kita sangka-sangka kan. Allah Hu Akhbar.

Oneself Mastery

http://facebook.com/oneselfmastery

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>