Salam hormat semua,
Saya pernah membuat post terdahulu berkaitan mutiara kata bertajuk Islam Itu Addin. Post kali ini juga saya akan kongsikan lagi untuk kita fikir-fikirkan bersama. Bak kata pepatah nak berjaya kenalah belajar dari orang yang berjaya.
- Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah menepati janji – Hadis Riwayat Ahmad
- Orang yang terbaik di antara kamu adalah mereka yang berakhlak mulia – Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
- Marah adalah musuh utama akal - Ali Abi Thalib
- Ilmu tanpa amalan ibarat pokok yang tidak berbuah – Peribahasa Arab
- Kebijaksanaan manusia terletak di mata penanya – Ismail Sabih Al-Thaqaf
- Pembacaan membuatkan seseorang itu menjadi sempurna, persidangan membuatnya sentiasa bersedia dan penulisan menjadikannya orang yang sempurna – Francis Bacon
- Penemuan yang penting dalam generasi saya ialah manusia boleh merubah kehidupannya sekiranya dia merubah pemikirannya - William James
- Kecemerlangan bukanlah satu perbuatan tetapi kebiasaan – Aristotle
- Menguasai diri adalah anak kunci kepada segala kemajuan dan kebahagiaan – Inayat Khan
- Manusia yang paling pintar ialah manusia yan mengambil iktibar daripada apa yang dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya – Hamka
- Buku adalah universiti yang boleh dibawa ke mana sahaja – Abraham Lincoln
Semoga kita semua berjaya Dunia & Akhirat!. Amin.
Ikhlas Dari,
Saiful Anuar
http://www.sepulanuar.com






kata2 nya bagus