Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Dinar Emas dalam Syariat Islam

Written By: oneselfmastery - Nov• 15•11

Dinar Emas dalam Syariat Islam
Sumber Artikel: Milenia Muslim, Julai.

Dinar Emas Sebagai Matawang

Dinar Emas - Matawang Muamalat

Imam Malik radiallahu’anhu telah menjelaskan kepada kita bahawa wang ialah apa-apa barangan yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan tukaran. Menurut sejarah Islam, tiada barangan yang boleh dipaksa menjadi wang kerana manusia bebas menggunakan apa sahaja barangan sebagai tukaran. Wang kertas seperti dollar Amerika Syarikat tidak ada sifat ‘ayn (barangan lazim yang ketara) malahan nilainya dipaksa oleh kuasa pasaran. Jika kertas dianggap sebagai barangan pun nilainya hanyalah mengikut berat kertas dan bukan menurut nilai nombor yang tertera di atasnya (zuhaimy, 2003).

Wang kertas mungkin hanya boleh dianggap sebagai ‘dayn’ kerana ianya bukan barangan ketara atau sebagai resit hutang untuk pemilikan emas atau perak (itu pun jika ada sandaran antara kertas dengan emas). Tetapi hukum Islam tidak membenarkan hutang dijadikan suatu bahan tukaran. Penggunaannya pun mestilah terhad

sebagai kontrak peribadi. Di dalam Kitab Al-Muwatta (31.19.44) ada diriwayatkan tentang resit-resit yang dijual beli di Pasar Al-Jar sebelum barangan sampai. Marwan ibn al-Hakam telah menghantar pengawalnya untuk mengambil semula resit tadi dan mengembalikan kepada tuan asalnya.

Sejarah Islam telah menunjukkan kepada kita bahawa wang emas (Dinar) dan wang perak (Dirham) telah digunakan sehinggalah berakhirnya Kerajaan Islam Turki. Piawaian menurut berat yang dikenali sebagai Piawaian Khalifah Umar Al-Khattab radiallahu’anhu menentukan iaitu 10 dirham bersamaan dengan 7 dinar. Setiap Dinar mestilah ada 4.25 gram emas dan setiap Dirham ada 3 gram perak. Dinar dan Dirham telah digunakan untuk urusan perniagaan, menabung dan juga untuk membayar zakat (Umar Vadillo 1996).

Umar Vadillo juga menyatakan dalam buku yang sama bahawa Shaykh Muhammad ‘Illish (1802-1881), seorang pakar pengajian fikah di Universiti Al-Azhar telah menyebut di dalam fatwa beliau bahawa wang kertas tidak dizakatkan sebagaimana wang emas dan wang perak kerana ia dianggap sebagai fulus (wang syiling tembaga) atau loose change. Ia hanya mewakili wang dan tiada nilai barangan. (Lihat fatwa beliau dalam terjemahan Al-Fath Al-’Ali Al- Maliki ms 164-165).

Wang kertas bukan barangan. Jika hendak dizakat pun mestilah diukur menurut berat bukan menurut nilai tertulis yang boleh pula berubah nilai tukarannya dengan wang kertas lain.

Dalam Islam mata wang sememangnya berkait rapat dengan kerajaan. Kajian Umar Vadillo juga menunjukkan bahawa Al-Qurtubi dalam Tafsir beliau telah memberi tafsiran tentang ayat al-Quran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu…..” (ayat 59 dari surah An-Nisa) Ayat tersebut merupakan satu perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam 7 perkara. Hal pertamanya ialah penempaan Dinar dan Dirham dan yang lainnya ialah menetapkan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu’ah, Hari Raya (Puasa dan Korban) dan Jihad.

Wang sejati yang bebas dari spekulasi menandakan bahawa kerajaan juga merdeka dan bebas dari spekulasi. Tiada kemerdekaan tulen selagi tiada mata wang tulen.

Tidak hairanlah Al-Qurtubi meletakkan perkara Dinar dan Dirham sebagai perkara utama tentang patuh dan taat kepada pemerintah.

Sumber : Milenia Muslim Dan DDrG.

Timeline Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w

Written By: oneselfmastery - Oct• 23•11

Timeline Mimpi bertemu Rasulullah s.a.w

Timeline Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w oleh rakan seperjuangan di Oneself Mastery. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian. MilikNya segala sesuatu dan kepadaNya semua akan kembali.

Mimpi ini adalah mimpi yang di alami oleh rakan seperjuang kami di Oneself Mastery – Akademi Pembangunan Diri http://www.oneselfmastery.com/ . Beliau mulai mimpi bertemu Rasulullah s.a.w sejak tahun 1987 sehingga sekarang 2011.

Perkongsian ini ialah sekadar perkongsian sahaja. Tiada apa maksud lain. Apa yang di kongsi mungkin hanya benar untuk yang bermimpi dan bukan untuk umum. Hak Allah atas segala sesuatu dan atas kehendakNya sesuatu itu berlaku. Tiada jaminan atas segala sesuatu. Kesemuanya adalah milik Allah mutlak.

1. Mimpi di Masjidil Haram – jumpa Rasulullah s.a.w. Baginda mengajar ambil wuduk kemudian ajak sama -sama buat tawaf keliling Kaabah. (Tahun 1987)

2. Mimpi jumpa nabi di satu bukit yang tinggi. Nabi bagi tahu pakaian kegemarannya – kupiah putih, kain sarung/pelikat dan baju tablig/pakistan. (Tahun 1989)

3. Mimpi jumpa nabi dia peluk bahu dan jalan seiring sambil bagi tau apa itu ikhlas dengan tunjuk 5 jari kanan – “Ikhlas ialah sekadar memenuhi keperluan” (Tahun 1990)

4. Mimpi di kejutkan subuh sebab lambat bangun subuh. Nabi datang bersama Abu Bakar, Osman, Umar dan Ali kejutkan subuh. Agak terkejut beruk juga bangun.(Tahun 1991)

5. Mimpi jumpa nabi di satu masjid putih. Kira waktu solat nabi jadi imam saya berdiri di belakang nabi. Nabi baca al fatihah memang best hingga tak sedar. Sedar dah nak bagi salam kanan tahiyat akhir. Agak terkejut sebab jemaah yang solat tadi semua berbaling najis/tahi mereka ke muka satu sama lain2. (Tahun 1996)

6. Mimpi ke mengelamun ke ini berlaku ketika dengar khutbah jumaat tetiba dengar orang bagi salam so bila paling agak terkejut rupanya nabi muhammad s.a.w (Tahun 2003)

7. Mimpi nabi suruh urut belakang dia. So pegilah urut, harum giler bau peluh dia bau macam kasturi putih (bau real betul sampai bila bangun pun macam boleh bau).(Tahun 2005)

8. Mimpi nabi datang ke satu rumah. So nabi berdiri di depan pintu. So bergegas nak panggil kawan ajak jumpa nabi tapi kawan masih duduk berdoa di tikar solat aje tak nak jumpa nabi.(Tahun 2011)

Penafian : Renungan : Mimpi tidak boleh di pegang. Mimpi tidak boleh ubah syariat.Mimpi tetap mimpi. Mimpi memang mainan tidur. Mimpi bukan KAWALAN kita.Tapi ada mimpi yang boleh menjadi peringatan dan pesanan seperti bermimpi jumpa Nabi Muhammad s.a.w dan pesanan itu mungkin khas untuk yang bermimpi dan bukan untuk umum.Insyaallah.

RUJUK DI BAWAH

http://rezekihalal.com/hadis-berkenaan-mimpi-bertemu-rasulullah-s-a-w/
http://rezekihalal.com/tiada-seruan-syariat-baru-selepas-wafat-rasulullah-s-a-w/

Seminar Kerambit Oleh Guru Wan Yusmar

Written By: oneselfmastery - Oct• 07•11

Salam Sejahtera,

Untuk makluman kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari ilmu senjata kerambit anda berpeluang untuk belajar dengar Guru Wan Yusmar pada 30hb Oktober 2011. Memang menarik dan best.

Lokasi : Studio Naga Api Gombak Permai
Tarikh : Ahad 30 Oktober 2011
Masa   : 9:30 pagi – 4:30 petang
Pakaian : Baju Sukan atau yang selesa.
Kos    : Yuran Penyertaan adalah RM80.00.

Bayaran boleh dimasukan ke akaun CIMB 14150069212521 (Wan Yusmar) atau Akaun Maybank 5627-3110-4786 (Northern Avenue Solutions ) bagi pihak Wan Yusmar.

Selepas membuat bayaran sila maklumkan Wan Yusmar 019-6142014 untuk pembayaran CIMB dan jika guna Maybank sila maklumkan Danial 013-3077740.

Silibus:
1.Asas yang meliputi kaedah libasan dan potongan.
2.Menyerang menggunakan Kerambit.
3.Beladiri dari serangan kerambit.

Semasa seminar peserta akan didedahkan dengan taktik-taktik permainan Kerambit.

Kerambit latihan ada disediakan….kepada yang berminat untuk membeli,Kerambit Latihan dijual dengan
harga RM30.00 seunit.

Oneself Mastery

p/s: Sila buat bayaran seminggu awal untuk memudahkan pengurusan dan pembuatan sijil. Tq.

Kurnia Allah Kepada Mereka Yang Berkhidmat Untuk Ibu Bapa !

Written By: Zahiruddin - Sep• 21•11

Salam Sejahtera,

Tiada tuhan hanya Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Tiada daya dan kekuatan hanya Allah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Yang pertama-tamanya kita perlu dahulukan Allah dalam kehidupan seharian kita, amalan kita, perbuatan kita dan segala tingkah laku dan tindak-tanduk kita. Kemudian pula kita contohi sedaya mungkin cara hidup dan budi pekerti Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan kita. Selepas itu pula ialah ibu bapa kita.

Ibu bapa kita merupakan rahmat kepada kita. Tanpa mereka berdua sudah pasti kita tidak di lahirkan ke dunia. Kasih sayang mereka memelihara, mendidik dan membesarkan kita tanpa penuh jemu dan ikhlas untuk kebaikan kita perlu di hargai dan di hormati.

Doa ibu bapa kita saban malam dan hari membantu kita untuk mudah menjalani kehidupan kita di dunia ini. Amat berkatlah mereka-mereka yang menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka. Memandang wajah mereka  pun berkat apa lagi dapat restu dari mereka akan perjalanan, perkerjaan dan perbuataan anda di dunia ini.

Kepada mereka yang BELUM  memohon ampun dan restu akan kehidupan mereka mohonlah sekarang selagi ibu bapa anda masih ada. Mohon pada mereka “Halalkan makan minum, ampunkan segala kesalahan dan mohon “IJAZAH” segala ilmu dari dahulu sehingga sekarang”. Insyaallah anda akan dapat “KEBERKATAN” hidup dunia dan akhirat. Insyaallah.

Untuk selanjutnya hayati kisah yang menarik ini perihal Nabi Sulaiman dengan Kubah Ajaib …

Zahiruddin

Nabi Sulaiman Dengan Kubah Ajaib

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”. Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”. Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.

Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga ke dasar laut” Jawab Jin Ifrit “Tidak”. Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu.

Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.
Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut.

Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya “Dari manakah mereka ini dan bagaimana mereka datang?”. Pemuda itu merasa kehairanan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya.

Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah redha diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.

Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah redha diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua-dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut.

Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuanya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.

Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini” Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”. Nabi Sulaiman menghitung “. Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”. Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”.

Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”. Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”. Nabi Sulaiman bertanya”Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu” Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”. Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya”. Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Sumber: http://mukmin.com.my/baca.php?id=55&kategori=6

Kembali Ke Fitrah Diri Kita Yang Sebenarnya !

Written By: Zahiruddin - Sep• 06•11

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan hanya Allah. Muhammad itu pesuruh Allah. Tiada daya dan kekuatan hanya Allah. Ya Allah ampunilah aku ya Allah. Bersihkanlah hatiku ya Allah. Berilah aku keredhaan Mu ya Allah. Ingatkanlah aku pada Mu setiap saat ya Allah.

Alhamdulillah saya agak sibuk  (saja menyibukkan diri sendiri) dalam tahun ini 2011 dan agak kurang berkesempatan untuk menulis luahan diri di ruangan Rezeki Halal ini. Semoga tuan2 dan puan2 yang budiman sentiasa di rahmati Allah.

Dalam bulan Ramadhan yang lepas saya berazam untuk habiskan membaca 3 buku sebelum 1 Shawal tapi keputusannya saya cuma sempat habiskan 1 buku sahaja yang 2 lagi tu hampir habis tapi tak habis lagi. Agak tebal ketiga-tiga buku tuh … tapi yang sebenarnya saya ini jenis yang baca lambat … bila baca sesuatu – ia akan terpapar di skrin akal dan semacam ada tayangan video… so terpaksa lah layan video sekali. Itulah yang lambatnya.

Apa yang saya nak kongsi ketika ini ialah “BERAPA KENALKAH KITA DENGAN DIRI KITA INI ?” …. Inilah soalan yang selalu bermain di kepala dan sanubari saya lagi-lagi bila dah masuk umur 40 an ke atas …  Banyak yang saya pelajari secara sedar dan juga secara yang tidak sedar … Terima kasih Allah kerana sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya kepada saya setiap saat terutama jika saya LUPA DIRI atau sengaja TAK INGAT ALLAH atau UJUB dengan DIRI.

Ok permulaan … pernah tak anda tanya – SIAPA ANDA ? dan SIAPA PULA AKAL ANDA ? dan pernah tak anda tertanya – ADAKAH ANDA ITU AKAL ANDA ? Pengetahuan ini amat penting untuk anda kenali DIRI ANDA.

Topik MENGENAL DIRI ini memang tidak asing bagi bangsa kita MELAYU dan juga bangsa lain di luar sana. Ia merupakan topik yang UNIK dengan cara tersendiri. Maka benarlah apa yang Allah firmankan bahawa “Manusia ini adalah sebaik-baik kejadian”.

Secara ZAHIR : Kita kenal diri luaran kita ini contohnya Zahiruddin itu seaorang lelaki, umur 41 tahun, pakai spek, dah beristeri dan punya 3 anak, kini tidak bekerja, buat urusan sendiri, tinggal di Klang, sedang berusaha membuat perniagaan, dan macam2 lagi pasal diri zahir anda.

Yang secara ZAHIR ini juga boleh di lihat macam mana akhlaknya, lemah lembut ke, sopan santun ke, ganas kasar ke, berbudi bahasa ke, gelojoh ke, pemarah ke, dan macam2 lagi. Semuanya ini nampak dan boleh di lihat.

Secara Batin ini pula ….. kurang di perkatakan ….

Bersambung ….. Insyaallah.

Zahiruddin

p/s: Boleh kunjungi http://fb.com/oneselfmastery

 

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE