Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar
Kuasai Mimpi Anda Kawal Mimpi Sedar Dalam Mimpi

Cara Penyelesaian Masalah Masyarakat Oleh Rasulullah s.a.w !

Written By: oneselfmastery - Apr• 04•12

Salam Sejahtera,

Segala puji adalah bagi Allah tuhan sekalian alam. Tiada tuhan hanya Allah. Hanya dengan limpah dn kurnia sahaja kita dapat meneruskan hidup kita ini. Semoga kita semua di rahmati Allah.

Menjelang akhir zaman ini, kita makin berdepan dengan gejala-gejala masalah sosial atau masyarakat yang makin ketara dan tidak segan silu lagi di lakukan di mana-mana. Masalah timbul dari sekecil-kecil masalah hinggalah ke sebesar-besar masalah. Dari rumah tangga, hinggalah ke negara-negara yang hebat pemimpinnya. Telah berbagai cara dan jalan dicari untuk menyelesaikan masalah.

Ada yang mengatakan :

1. Kekayaan dapat menyelesaikan masalah ini. Maka mereka pun berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya, tetapi tidak juga dapat menyelesaikan masalah ini.

2. Ada pula yang mengatakan kepandaian dan ilmu pengetahuan akan dapat menyelesaikan masalah ini. Maka merekapun berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, tetapi juga tidak berhasil untuk menyelesaikan masalah ini, bahkan bertambah rumit lagi.

3. Ada juga yang mengatakan pangkat dan darjat dapat menyelesaikan masalah ini, tetapi ini juga tidak berhasil menyelesaikan masalah yang melanda masyarakat, bahkan bertambah parah dan rumit lagi.

Jadi jalan yang paling mudah untuk kita selesaikan masalah ini haruslah kita kembalikan kepada Al-Qur`an dan Sunnah Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.

Al-Qur`an dan Sunnah dapat memberikan jawaban yang tepat, dari manakah akar dari masalah-masalah tersebut.

Firman Allah subhanahu wa ta`ala yang artinya :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, selagi ia tidak mengubah yang ada di dalam hatinya.” [Surah Ar-Rad, ayat 11]

Hadits Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam yang artinya :
“Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah jasadnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah jasadnya. Ketahuilah itu adalah hati.”

Dapat kita lihat dari Al Qur’an dan Hadith tadi setiap penyakit yang timbul pada diri manusia itu, adalah berawal dari hati. Hati yang sakit (jahat) akan mendorong mata, kaki, tangan berbuat jahat. Maka lahirlah masyarakat yang jahat, seperti merampok, membunuh, memfitnah, mengumpat dan sebagainya.

Penyakit masyarakat ini dapat diibaratkan sebagai sebatang pokok yang mengeluarkan buah yang beracun. Buah yang beracun itu disebabkan pohon yang beracun. Jadi untuk menghilangkan buah yang beracun itu hendaklah ditebang pohon itu terlebih dahulu. Bukan buang buah saja. Sebab kalau yang dibuang buahnya saja, sepuluh buah yang kita buang akan tumbuh pula sepululh pohon yang beracun. Begitulah seterusnya.

Krisis Masyarakat di Zaman sebelum Rasulullah:

Sebelum dibahas tentang bagaimanakah Rasulullah mengubati penyakit masyarakat jahiliah di zamannya, terlebih dahulu kita mengetahui akan apakah penyakit masyarakat yang mewabah ketika itu. Sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, masyarakat tertimpa berbagai macam krisis dan penyakit jiwa. Diantara penyakit yang menimpa masyarakat :

  • Sangat memuja berhala. Hati masyarakat begitu melekat kepada berhala.
  • Terlalu ketagihan dengan arak/alkohol.
  • Terlalu suka dengan riba. Bunga tinggi, tak sanggup bayar, jadi hamba.
  • Wujudnya dua empayar besar yaitu Rome dan Parsi yang menindas negara-negara lemah.
  • Pelacuran amat leluasa merebak di tengah masyarakat.
  • Akhlak kaum wanita ketika itu amat rendah.
  • Manusia terlalu bakhil, terlalu gila harta sehingga harta orang hendak dijadikan harta dia.
  • Perpecahan menjadi-jadi. Terjadi peperangan. Kadang peperangan besar hanya disebabkan hal kecil.

Cara Rasulullah Menyelesaikan Krisis:

Rasulullah hanya tanamkan 3 pil saja pada diri masyarakat Jahiliah ketika itu.

Pertama, Rasulullah menanam kembali rasa tauhid kedalam hati masyarakat sehingga manusia terasa akan kebesaran Tuhan, kasih sayang, kehebatan dan keperkasaan Tuhan.

Kedua, Rasulullah menanamkan kembali cinta kepada Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga dan Neraka.

“Akhirat itu adalah lebih utama, lebih baik daripada dunia.” (Surah Ad-Dhuha, ayat 4)
“Akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al A’la, ayat 17)

Lahirlah manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat. Akhirnya bukan saja harta dihabiskan untuk Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan. Mereka mau cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mau mati syahid menjadi para syuhada.

Ketiga, Rasulullah menanam semangat dan perasaan cinta akan sesama manusia terutamanya umat Islam untuk mengikis penyakit terlalu cinta diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan sendiri.

Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain.”

Barang siapa yang menunaikan hajat saudara lain, Tuhan akan tunaikan padanya 70 hajat.

Terjalin perasaan ghairah apabila menolong orang lain. Lahir perasaan kasih sayang pada orang lain. Mereka dapat merasakan nasib orang lain seperti nasib mereka sendiri, kesenangan orang lain seperti kesenangan sendiri, kesusahan orang lain seperti kesusahan sendiri, darah orang lain seperti darah sendiri, nyawa orang lain seperti nyawa sendiri.

Dengan 3 pil inilah Rasulullah dapat mendidik manusia-manusia Jahiliyah ketika itu hinggakan Allah telah memuji Rasulullah dan generasi ketika itu. Firman Allah yang artinya :
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia yang mengajak kepada Ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah.” [Surah Ali Imran, ayat 110]

Hadits Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam yang artinya :
Sahabat-sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Jika diikuti diantara mereka niscaya kamu akan mendapat petunjuk.”

Sumber di petik dari : http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/05/bagaimana-rasulullah-mengobati-penyakit.html#ixzz1r4XNeYR7

Benar ke ? Kenyataan Sebaik-baik Jin Itu Sejahat-jahat Manusia !!!

Written By: pembantu - Mar• 13•12

ХудожникSeringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.

Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.

Firman Allah :
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Al-Araf :27)

Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.

Kenyataan yang terlalu umum “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).

Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

Sekiranya kenyataan “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.

Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.

Firman Allah:
“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?”) (Al-An’am : 130)

Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.

Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba’ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma’rifat aAl-Sahabah).

Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.

Firman Allah:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.” (Al-Rum : 41-42)

Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.

Di petik dari – Artikel iluvislam.com http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1795-benarkah-sebaik-baik-jin-adalah-sejahat-jahat-manusia.html

Biodata Penulis: ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ, penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ulasan Mimpi Jumpa Rasulullah s.a.w Oleh Maulana Mohd Asri Yusof

Written By: oneselfmastery - Mar• 08•12

Salam Sejahtera,

Di bawah di kongsikan ulasan perihal mimpi berjumpa Rasulullah s.a.w oleh Maulana Mohd Asri Yusof.

Link yang berkaitan :

 

Souq Qafilah Di Bandar Baru Bangi 3 Mac 2012

Written By: oneselfmastery - Mar• 01•12

JEMPUTAN UNTUK MERASAI SENDIRI PENGALAMAN BERJUAL-BELI SEPERTI AHL MADINAH DI “SOUQ QAFILAH” &  SAMA-SAMA KITA HIDUPKAN SUNNAH

Resam Amal Madinah di Souq Qafilah:
1. TIADA TEMPAHAN (BOOKING) untuk tapak perniagaan – amalan siapa cepat dia dapat tapak yang diinginkan;
2. PERALATAN PERNIAGAAN DIBAWA SENDIRI oleh peniaga seperti kerusi, meja dan plastik sampah;
3. TIADA SEWA, TIADA CUKAI, TIADA FI. Acara TERBUKA; Penyertaan PERCUMA.
4. Perniagaan yang adil dari segi harga, timbangan, sukatan yang akan dipantau oleh Para Muhtasib Souq Qafilah;
5. Souq Qafilah dianjurkan bagi membolehkan aktiviti jual-beli menggunakan matawang syariah Dinar & dirham (DnD) yang diakui WIM.


Untuk maklumat lanjut, sila e-mail mazli.alias@diniharidinar.com atau hubungi 0176300178 (mazli)

Peta di https://foursquare.com/v/surau-alkauthar/4c7ed30001df37045d77e4ac

Kepada Yang Ingin Mencari Penginapan di Bangi; sila layari laman-laman berikut…
http://www.equatorial.com/bng/,
http://www.smarthotel.com.my/bandar%20baru%20bangi.htm,
http://www.101hotel.com.my/101-bangi-hotel .

Permandangan Surau Al-Kauthar dari Stesen Petronas Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.
Tapak Souq Qafilah Bangi. Penganjur menyediakan khemah-khemah “Arabian” berkipas secara PERCUMA! TIADA SEWA. TIADA CUKAI. TIADA “BOOKING”, SIAPA CEPAT, DIA DAPAT TAPAK . Peniaga perlu bawa peralatan perniagaan masing-masing seperti kerusi, meja & plastik sampah.

 

Kegunaan Bahagian Khinzir Dalam Barangan Kegunaan Harian

Written By: oneselfmastery - Feb• 20•12

Salam Sejahtera,

Kali ini saya ingin kongsikan akan penggunaan bahagian-bahagian khinzir dalam barangan seharian. Hati-hatilah dalam memilih barang-barang yang ingin kita pakai dan makan. Jika tak yakin tinggalkan. Semoga dengan maklumat ini kita lebih berhati-hati dan waspada akan barangan kita makan, minum dan pakai. (Klik gambar untuk gambar yang lebih besar).

Kegunaan Khinzir

Kegunaan Khinzir

Semoga kita semua di berkati dan di rahmati Allah. Sila kongsikan dan sebarkan.

Rezeki Halal.

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE