Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Peluang Mempelajari Ilmu Beladiri “Systema”. Percuma!!!

Written By: Zahiruddin - Sep• 29•09

Salam,

Saya pernah paparkan perihal “Systema” di post-post yang lalu. Kali ini saya lagi sekali ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk mempelajari dan berlatih ilmu beladiri “Systema” bersama-sama saya dan rakan-rakan yang lain. PRCUMA!!!.

Tempat Latihan: A-2-2 Blok A Plaza Damaz, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Waktu Latihan: Setiap hari Rabu malam – jam 9:30 malam hingga 12:00 malam.
Pakaian: Track Suit atau yang sesuai untuk senaman
Bayaran: Percuma

* Kelas bermula balik (lepas cuti raya) pada hari Rabu ini 30hb September 2009. So jemput datang malam esok di Plaza Damaz. 

Apa yang anda dapat pelajari dengan “Systema“? Systema merupakan satu ilmu bela diri yang unik dan sesuai untuk semua peringkat umur.

  • Anda akan belajar kelembutan boleh menewaskan kekerasan dan kekuatan. Perempuan mudah menewaskan lelaki. Budak boleh menewaskan orang dewasa. Orang tua boleh menewaskan orang muda.
  • Anda akan melatih badan anda supaya tidak kaku bila kecemasan. Biasanya dalam situasi kecemasan seperti ugutan pisau, anggota badan kita akan panik dan kaku dan tergamam. Dengan latihan systema kita tidak mudah kaku.
  • Badan anda akan belajar pertahankan diri bukan otak anda. Ramai yang cuba ingat step ilmu pertahankan diri bila hendak berlawan. Jika kita lupa step maka kita akan padah. Ingat di real world memang tak ikut step. Sebaiknya kita latih badan kita untuk respon mengikut keadaan.
  • Anda akan belajar untuk sentiasa RELAX dan tak PANIK. Keadaan ini adalah keadaan terbaik untuk anda.
  • Anda akan belajar cara “MENUMBUK BERAT” tanpa guna banyak tenaga.
  • Anda akan belajar cara memintas serangan pisau, parang dan kayu.
  • Anda akan cara menjatuhkan lawan dan mengunci lawan
  • Anda akan belajar cara satu lawan ramai
  • Anda akan belajar cara gaduh di “Ground”.
  • Anda akan belajar cara gaduh ketika anda sedang duduk.
  • Anda akan belajar cara mengalih tenaga pukulan pemukul di pulangkan kembali.
  • Dan banyak lagi yang akan dapat pelajari

Buat masa ini kami anjurkan latihan ini secara “PERCUMA” tanpa memerlukan apa-apa bayaran. Tujuan kami ialah untuk mengenalkan “Systema” ini di Malaysia. Harapan kami ialah supaya ramai masyarakat kita lebih celik perihal mempertahankan diri. Di samping itu kita boleh bersenam dan tingkat stamina.

Kepada yang berminat saya jemput untuk hadir ke tempat latihan seperti yang saya maklumkan di atas. Anda juga boleh hubungi saya di talian 019-2174400. Ia terbuka untuk semua golongan, kaum, peringkat umur, lelaki dan wanita. Kepada yang dah berkeluarga boleh bawa isteri dan anak-anak sekali. Anda boleh datang dulu dan tengok sendiri.

Zahiruddin

systema1

systema2

systema3

systema4

systema5

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Comments

  1. syamsul says:

    Assalamualaikum Zahir,

    Terima kasih sebab wujudkan kelas ni…. it is one of its kind la… saya ada datang malam rabu lepas (16 Dec 2009).. mmg hebatla.. tak pernah rasa macam tu… badan rasa sedap.. tapi lepas sehari.. dua2 peha perut semua cramp…. hahahhaha … saya just nak tahu… berapa lama nak belajar baru kita graduate?

    Kalau saya nak expose staff saya kepada systema macam mana? kami berada di Salak Tinggi, dekat dengan F1 dan KLIA

  2. Zahiruddin says:

    Salam dan terima kasih kepada saudara Syamsul kerana sudi datang pada malam Rabu tempohari. Di harap boleh datang pada hari-hari seterusnya. Untuk staff boleh jemput datang pada hari rabu yang sama dan exposekan dulu. Jika dah ramai boleh buat group di tempat saudara.

    Sebenarnya kita ada banyak group yang kecil-kecil ini yang mengkaji seni bela diri. Ada satu group lagi di Sri Kembangan yang berlatih Hybrid Martial Arts yg di ketuai oleh Tuan Brian – di adakan setiap Sabtu malam percuma juga.

    Semoga kita sama-sama boleh bekerjasama dalam membimbing masyarakat dalam perihal bela diri.

    Zahiruddin

  3. Ilham Abadi says:

    Salam, di mera globalisasi yang mana semua memerlukan bayaran, Systema dan Hyrid Martial Art muncul jadi pelopor penyebaran ilmu secara percuma! Semoga ilmu yang baik berkembang cepat!

  4. Darren Looi says:

    Hi Zahiruddin,

    Good day to you. I am interested and wishes to join either the class in Hartamas or Sri Kembangan. May I ask for the actual address of the training areas and the time of practise?

    Thank you.

    Best of regards,
    Darren

  5. Zahiruddin says:

    Hi Darren,

    Here is the info:

    Venue: A-2-2 Blok A Plaza Damaz, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
    Time: Wednesday – 9:00 pm to 11 pm.
    Fee: RM50 to RM100 a month.
    More detail here – http://systemamalaysia.blogspot.com/ Contact Matthew at +6012 3456 667

    Zahiruddin

  6. perusahaan says:

    sistem…

    [...]Peluang Mempelajari Ilmu Beladiri “Systema”. Percuma!!! « Rezeki Halal[...]…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE