Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Permulaan Yang Baru Di Tahun 1430 Hijrah.

Written By: Zahiruddin - Dec• 30•08

Salam,

Kini kita telah memasuki tahun 1430 Hijrah. Amat pantas hari berlalu dan adakah kita jadi lebih baik dari sebelumnya atau sebaliknya. Umur tidak akan menunggu kita. Oleh itu kita perlu berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Banyak perkara di dunia ini yang perlu kita belajar dan ambil pengajaran. Setiap insan itu akan melalui perjalanan masing-masing dengan pelbagai cabaran, ujian dan pengalaman. Perjalanan si A tidak sama dengan perjalanan si B. Juga perjalanan si C tidak sama dengan perjalanan si A dan si B.

Susah untuk si A tidak sama dengan susah si B kerana berada dalam tahap pengalaman yang berbeza. Apa yang saya ingin kongsikan ialah perihal diri yang melalui perjalanan ini.

1) Diri ini berasal dari yang Ghaib – sifat asalnya ghaib, sifat asalnya hidup, sifat asalnya tiada batas

2) Di berikan kelongsong badan Zahir – ia ibarat pakaian atau kereta – ada yang cantik, ada yang tinggi, ada yang kaya, ada yang cerdik dan macam2 lagi.

3) Penyatuan Zahir dan Ghaib ini di namakan manusia.

4) Manusia ini di lahirkan ke dunia untuk di uji – di mana ujian itu telah di beri jawapan terlebih dahulu dengan adanya pesuruh-pesuruh Allah s.w.t yang memberi pelajaran dan penyampaian.

5) Di ajarkan ia Rukun Iman (Ghaib) dan Rukun Islam (Zahir)

6) Di berikannya Al Quran dan Hadis sebagai panduan kehidupan.

Itulah nikmat yang Allah berikan kepada kita semua. Kita dapat merasai nikmat Zahir dan nikmat Ghaib. Oleh itu kita perlu sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t.

Sepintas cara hidup kita:

Umumnya kita lebih kenal “Zahir” kita lebih dari “Ghaib” kita. Kita tahu nama kita. Kita tahu kita kerja apa. Kita tahu muka dan badan kita. Kita tahu rumah kita. Kita tahu isteri dan anak kita. Kita tahu keboleh kita. Kita tahu apa-apa yang nampak perihal kita. Kita tahu bapa dan ibu kita. Kita tahu kita lahir di mana. Kita tahu kita suka makan apa. Kita tahu kelemahan kita.

Adakah itu KITA? Kita ini adalah lebih dari yang “Zahir” . Kita juga ada yang “GHAIB”. Bila sebut yang “Ghaib” memang agak kurang tahu perihal kita yang “Ghaib” ini. Bila kita kurang tahu kita pun mula tidak ambil tahu dan mula tak nak tahu.

Sebenarnya kita yang “Ghaib” inilah yang paling penting. Tanpa yang “Ghaib” ini yang “Zahir” tidak bermakna. Apabila yang “Ghaib” meninggalkan yang “Zahir” – kelongsong badan dan dunia tidak bererti lagi.

Oleh itu kita mula-mulakan untuk mempelajari kita yang “Ghaib” dan meneroka kebesaran Allah di dalam diri yang “Ghaib” ini. Kekuatan yang sebenar adalah dari DALAM ke LUAR.Dalam yang kuat membuat yang Luar kuat.

Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah untuk kita jalani kehidupan ini.

Wassalam,

Zahiruddin.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE