Salam Sejahtera,
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan hanya Allah. Muhammad itu pesuruh Allah. Tiada daya dan kekuatan hanya Allah. Milik Allah lah akan segala-galanya. Kepunyaan Allah apa yang ada di langit. Kepunyaan Allah apa yang ada di bumi. Kepunyaan Allah apa yang ada di antara kedua-duanya. Kepunyaaan Allah akan segala-galanya.
Yang pertama-tamanya kita ucapkanlah syukur dan terima kasih atas segala nikmat yang Allah berikan dan rasakan kepada kita ini. Jadilah kita hamba Allah yang patuh dan taat akan segala perintah dan larangan Allah. Janganlah sombong dan bongkak dengan apa yang Allah telah berikan dan kurniakan kepada kita kerana semua itu hanyalah pinjaman. Ada yang di pinjamkan basikal. Ada yang di pinjamkan kereta. Ada yang di pinjamkan rumah. Ada yang di pinjamkan kesihatan. Hakikatnya semua itu masih pinjaman termasuk diri kita itu sendiri. Ingat-ingatlah akan diri kita ini. Sedar-sedarlah akan diri kita ini.
- Program Asas Oneself Mastery (OSM)
Allah itu Maha Besar. Tiada tuhan hanya Allah. Kurnia Allah kepada manusia itu amatlah besar dan berharga sekali cuma manusia itu lupa atau tidak mahu menerima penghargaan itu.Ingatlah setiap apa yang Allah jadikan itu adalah unik dan tersendiri dan setiap yang di jadikan itu ada perjalanannya sendiri, hikmahnya sendiri dan ada rezekinya sendiri yang Allah telah sediakan.
Allah telah unjurkan para Nabi dan Rasul untuk memberikan peringatan kepada diri kita yang lupa ini pada setiap zaman dan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah nabi dan rasul yang terakhir. Di bekalkan Al Quran sebagai panduan kehidupan dan pandu arah kehidupan untuk sekalian umat dan penetap jalan kebenaran.
Banyak pesan dan peringatan telah di sampaikan untuk mengenal diri kita yang sebenarnya cuma kita ini tidak endah ataupun buat tak kisah. Insyaallah dengan izin Allah kita akan kongsikan sekali lagi melalui Program Asas OSM – Program Asas Oneself Mastery.
Apa yang akan di kongsikan dalam program ini antaranya ialah :
1. Pengenalan dan huraian perihal diri – diri zahir, diri bathin, jasad kasar, jasad halus, dan empunya diri. (Penerangan)
2. Pengakuan kembali janji asal – diri zahir dan diri bathin untuk mengambil semula pucuk pemerintahan diri atas diri zahir dan diri bathin. (Penerangan dan Praktikal)
3. Penyampaian “KUNCI” untuk berhubung dengan diri bathin. Dengan kunci ini anda boleh latih berhubung dan berkomunikasi dengan diri bathin setiap masa dalam kehidupan anda. Jalanilah kehidupan ini dengan diri zahir dan diri bathin sekali. (Praktikal)
4. Pelatihan fizikal nafas diri untuk mengimbangi diri zahir dan diri batin. (Praktikal)
5. Pelatihan Diri Zahir – latihan, amalan, akhlak dan sikap dalam kehidupan seharian.(Penerangan dan Praktikal Lengkap)
6. Pelatihan Diri Bathin – pengenalan mimpi, jenis mimpi, mengawal mimpi atau sedar dalam mimpi. (Lucid Dream) (Penerangan dan Praktikal Lengkap)
7. Pelatihan Hubungkait Diri Zahir dan Diri Bathin – apa kaitan siang dan malam. Yang kita faham siang itu diri zahir. Yang malam itu diri zahir tidur. Mana pergi nya diri bathin ? (Penerangan)
8. Applikasi, Manfaat dan Cara Guna mengenai apa yang di pelajari serta pesanan latihan dan amalan segala perkara di atas untuk di latih dan di hidupkan dalam kehidupan harian.
9. OPTIONAL : Pengiktirafan dan kebenaran untuk menyampaikan segala apa yang di pelajari kepada yang lain.(Penerangan)
Pakej Ini Termasuk :
1. Manual Lengkap Kursus Program Asam OSM
2. MP3 Untuk membantu pengalaman “Lucid Dream”.
3. Ebuku untuk Mimpi dan Hakikat Mimpi.
4. 1 unit Beg Oneself Mastery
5. OPTIONAL : Slide dan alat bantu mengajar bagi yang bersedia dan berminat.
6. Proses belajar seumur hidup – sistem sokongan melalui email, group forum, facebook, talipon, perbincangan dan perjumpaan.
7. Hadir pada kursus yang seterusnya secara percuma.
8. Boleh jadi crew pembantu jika berminat.
Tiada caj untuk ilmu yang di kongsi. Cuma kita kenakan kos RM50 untuk kos janji hadir dan kos pengurusan. Peluang ini terhad kepada 20 peserta yang benar-benar mahu dan ingin mengubah diri dengan mengenal diri sendiri.
Program yang kami kongsi ini bukan tujuan untuk menjadi hebat. Bukan tujuan nak menjadi kaya. Bukan tujuan nak jadi luar biasa. Tujuan utamanya ialah untuk melatih diri menjadi hamba Allah yang sentiasa patuh dan taat atas segala ketentuannya.
Nak jadi kaya belajarlah dengan mereka yang betul-betul kaya atau jutawan berjaya. Nak jadi perawat maka belajarlah dari mereka yang benar-benar jadi perawat. Nak pandai main golf belajarlah dengan mereka yang menjuari golf. Dan seterusnya.
Maklumat lanjut sila KLIK DI SINI.
Semoga kita bertemu pada waktu kursus. Terima kasih.
Wassalam.
Onself Mastery
http://www.oneselfmastery.com






