Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Satu Perjalanan Mengenal Ahlul Bait

Written By: Zahiruddin - Feb• 16•10

You are currently browsing comments. If you would like to return to the full story, you can read the full entry here: “Satu Perjalanan Mengenal Ahlul Bait”.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

17 Comments

  1. muda says:

    mmm raseny cik da bnyk tau sy nk betanye laa….
    kalo org 2 dpt taw yg die salah satu dr ahlul bait nye keturunan melalui mimpi o bisikan nyata o tidak sejak mude smpai da tue agak2 ny syaitan ke btol ye???

  2. Zahiruddin says:

    Salam terima kasih kerana sudi bertanya. Untuk ahlul bait ada badan yang menjaga dan memilihara salasilah di seluruh dunia. Dan syaitan itu akan menyesatkan kita setiap saat tanpa berhenti.Apa-apa pun kita ini memang umat Nabi Muhammad s.a.w

  3. aceglobal13 says:

    Assalamualaikum akhi, insya Allah ana baru saja membuka http://bukuahlulbait.weebly.com Buku Ahlul Bait versi Bahasa Melayu. Silakan ya.

  4. Maria says:

    Sy ada s’org kwn yg mengamalkan apa yg beliau phm mengenai amalan dr ahlul bait. Dr penerangan saudara di ats, mengkehendaki solat untk menghapusn kekotoran dari diri dgn sebersihnya. Masalah nya beliau mengaku mmg beliau tdk solat kerana x mencapai kekhusyukan, kebersihan n ketenangan lg. Beliau msh blm mampu untk smpai ke tahap tersbt. Beliau mengatakn stkt ini cukup untk menjaga perilaku, hati dan perasaan dr berbuat dosa. Betulkah konsep ini diamalkan oleh golongan yg mengamalkan cara ahlul bait?

  5. aceglobal13 says:

    Izinkan saya memberikan pandangan. Jika benarlah kawan anda berfikiran dan tidak bersolat kerana alasan tak mencapai khusyuk berikan dia berfikir kenapa Islam mewajibkan solat bagi anak yang berumur 10 tahun jika tidak maka wajib disebat di kakinya? Adakah anak berumur 1o tahun itu mengenal Allah? Tahu soal khusyuk?

    hakikatnya solat itulah yang mengenalkan kita kepada yang maha Esa. Dengan merasakan diri sebagai hamba maka pasti kita akan tahu yang hamba ini ada Tuannya. Maka berkerjalah (Ibadah) dengan sebaiknya agar tidak dihukum atau didenda oleh Tuannya itu.

    wallahu a`lam

  6. Zahiruddin says:

    Salam @Maria,

    Solat itu WAJIB dan perlu di laksanakan kerana Allah s.w.t semata-mata. Tiada alasan untuk tidak solat kerana belum sampai tahap untuk solat. Solat itu best. Ia menghubungkan hamba dengan pencipta dan berbual direct dgn Allah. Hasilnya ialah hati yang tawadduk dan bersyukur kepada Allah dan akan melahirkan peribadi dan perilaku yang baik. Pasti kan solat kerana Allah dan bukan kerana yang lain. Ramai yang solat bukan kerana Allah.

    Terima kasih.

  7. WakKito says:

    Salam, numpang lalu….

    Topik yg sangat menarik – “SATU PERJALANAN MENGENAL AHLUL BAIT”. Apa yg kami faham dari salah seorang dari ahlinya, ada pun makna Ahlul Bait itu pada dasarnya maksodnya bermakna Ahli Rumah, ato Ahli Keluarga. Maka dari maknanya Ahlul Bait itu koq bisa dipandang dari 2 wajah :

    (1) AHLUL BAIT MAKNA PERTAMA :
    Makna Ahlul Bait yg maksodnya ini adalah ianya bersifat Objektif (Kezahiran). Ahlul Bait jenis pertama ini tidak bisa dinafikan, karna mereka itu adalah dari Nasab Darah Keturunannya Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Maka setiap ummat Muhammad SAW wajib menghurmati Nasab Keturunan Nasabnya Nabi SAW itu. Maka bagi mereka itu dari kalangan zuriat keturunan nasab Nabi SAW itu, adalah Nabi Muhammad SAW itu adalah sebagai Bapak Induknya. Fahamnya makna Ahlul Bait jenis Pertama ini adalah mereka itu dikalangan Syed, Habeb dan sebagainya, yakni Ahlul Bait yg ada “Pertalian Darah Nasab Keturunan” asalnya keluaran dari Sulbi Nabi Muhammad SAW itu sendiri….

    (2) AHLUL BAIT MAKNA KEDUA :
    Makna Ahlul Bait yg maksodnya membawa makna bersifat Subjektif (Kedirian). Apabila dikatakan membawa makna Kedirian (Keruhanian), ianya ditujukan kepada setiap Ummat Muhammad SAW, karna setiap Anak Adam AS itu, nggak kira dia itu dari bangsa Syed ato Habeb, ato dia itu hanya dari kalangan Warga Biasa aja, namun pada dasarnya kejadiannya adalah dari yg satu, yakni dari tiupan Anak Ruh pancaran Nur Muhammad ato Hakeqat Muhammad itu. Maka mereka itu dari kalangan ahli Hakeqat, para Wali, Guru Mursyid yg Ariff Billah dan sebagainya, yg telah mencapai darjat Insan Kamil itu, adalah satu salinan dari Muhammad Hakiki yg semesta raya itu. Mereka itu diyakini telah berjumpa dan berbaiah dgn Rasulullah SAW secara Keruhanian. Fahamnya mereka itu dari jenis ini, dianggap juga sebagai Ahlul Bait keluarga Rasulullah SAW dari sudut “Perhubungan Keruhanian”….

    KESIMPULANNYA :
    Maka apabila dinamakan Warisatul Anbia dari Nabi Muhammad SAW itu adalah Pewaris2 Nabi Muhammad SAW, samada mereka itu dari (1) Ahlul Bait yakni mereka itu yg dari Perhubungan Nasab Darah Keturunan dari Nabi Muhammad SAW, ato (2) Mereka itu dari gulongan Warga Biasa yg ada pertalian perhubugan Keruhanian dgn Baginda SAW….

    IMAM MAHDI AHLUL BAIT DARI NASAB NABI SAW :
    Maka Imam Mahdi yg dinanti2kan itu akan kemunculannya, adalah tetap Nasabnya dari Nasab Ahlul Bait wajah yg pertama itu jua. Yakni titian asal salasilah Nasab Darah DNA nya adalah bersambung arus terus dgn Rasulullah SAW. Al-Hadis : “Sekiranya dunia ini akan hancur tetapi ada tinggal sehari lagi, maka Allah akan bangkitkan seorang dari keluargaku (Nasab dari Sulbiku)yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana dunia dipenuhi sebelumnya dengan kezaliman” – (Riwayat Abu Daud). Maka yg dimaksodkan Nasabnya dari sulbinya itu tidak lain adalan Imam Mahdi, Ahlul Bait dari Nasab zuriat Nabi SAW, pastinya akan dizahirkan. Maka Imam Mahdi telah pun ada, comaan kehadiran beliau utk dinobatkan dikhalayak ramai dirahsiakan, tertaklok pada sebab dan masa tertentu, yg hanya Allah Azzawajallaa dan Rasul-Nya yg bisa mengetahui….

    Wallahu’alam….

    Sekadar buat direnongkan sahaja…
    Sekian,Wassalam…

    (Sedikit fahaman dari Mursyid Ainullah Ahmad Abdullah….)

    • Zahiruddin says:

      Salam WakKito. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan penerangan. Semoga kita semua mendapat pencerahan dan keberkatan. Di harap boleh kongsi ilmu lagi.

      Zahiruddin

    • elfan says:

      Issu kedatangan Imam Mahdi itu sebenarnya wujud harapan pengikut Nabi Ibrahim As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS. 2:129).

      Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangannya sampai datang nabi terakhir dari dinasti Bani Israel yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayang, dalam Injil masih disebut issu Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit dsb. berarti masih akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.

      Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi Muhammad SAW dianugerahi agama ISLAM (QS. 5:3). Nama Islam tidak pernah termuat dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.

      Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Qiran (S. 2:134 dan 141). Begitu juga Imam Mahdi tidak akan lahir lagi karena penutup para nabi hanyalah Nabi kita Muhammad SAW.

      Tinggal bagaimana para khalifah-khalifah kini dan yang akan datang bagaimana ‘mampu’ membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.

  8. Bilal says:

    Pernah bertanya Rasulullah SAW kepada Umar Al-khatab, wahai Umar adakah kamu mengasihi aku dan sejauh mana kamu mengasihi aku, lalu dijawab oleh Umar, aku mengasihimu ya Rasulullah sebagaimana aku mengasihi diri ku sendiri.

    Maka berkata Rasulullah SAW, tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi aku lebih daripada dirinya dan ahli keluarganya. Lalu Umar pun berkata, ya Rasulullah, mulai saat ini aku mengasihimu lebih daripada diriku dan ahli keluargaku sendiri.

  9. RATNASDEWI says:

    Ahlul-bait itu bukannya mahu di puji karana mulia nasabnya..
    kerana mulianya seseorang hamba itu adalah pd amalannya.apa yg mereka mahukan ialah meletakkan sesuatu itu biarlah betul pd tempatnya.mereka ini dibenci oleh musuh islam dan kaum munafik
    sejak zaman muawiyah lagi mereka ini cuba di hapuskan,namun tiada yg boleh mendahului kudrat dan iradat ilahi..yang mana al-quran dan ahlul bai akan terus terpelihara sehingga hari yang di panggil kiamat dan ahlul bait ini akan dipertemukan di telaga al-khautsar untuk disucikan.wahai umat muhammad..sama2lah kita bersyukur kerana nabi2 yg terdahulu juga mahu menjadi umat nabi muhammad kerana kelak umat muhammad yg taat akan berhimpun dan bercahaya sehingga menghairankan semua penghuni mahsyar..dan kesemua umat muhammad akan masuk syurga kecuali mereka yg tidak mahu…allah sahaja yg mengetahuinya..ampunilah dosa2ku…amin.

  10. Assalaamu’alaikum warahmatullah..

    Dari Anas bin Malik r.a : Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya. (0035)Sahih Muslim

    Usaha Dakwah Berterusan
    ( http://www.KoleksiHadisNabi.blogspot.com )

  11. Assalaamu’alaikum warahmatullah..

    Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, “Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya. (0035)Sahih Muslim

    Usaha Dakwah Berterusan
    ( http://www.KoleksiHadisNabi.blogspot.com )

  12. muda says:

    assalamualaikum time kasih jwpn…
    kalau boleh saya mmg nk sgt berhubung dengan org2 yg
    ikot ajaran ahlul bait dari susur galur yg betol nk taw cara dieorg solat ,syahadah ,akidah, dulu sy sgt ragu n tak pasti
    jalan ni skrang sy dah yakin…
    mmg betol ckp zahirudin, tp skang ni payah sgt asal ahlul bait je tangapan masyarakat trus serong kate syiah pelampau la..susah nk masuk dlm majoriti sbb pengikut ahlul bait manoriti….

  13. agieb says:

    assalamualaikum, boleh x dpt n sy sejarah pesanan nabi yg terakhir di kota qom…mencari:-)

  14. elfan says:

    AHLUL BAIT, CELAH ANTARA SUNNI DAN SYIAH

    Dlm Al Quran yang menyebut ‘ahlulbait’, rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

    1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah terdiri dari isteri dari Nabi Ibrahim.

    2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: ‘Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu ‘ahlulbait’ yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna ‘ahlulbait’ adalah meliputi Ibu kandung Nabi Musa As. atau ya Saudara kandung Nabi Musa As.

    3. QS. 33:33: “…Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu ‘ahlulbait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

    Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna para ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW.

    Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 maka penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. para isteri dan anak-anak beliau.

    Jika kita kaitkan dengan makna ketiga ayat di atas dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait tersebut sifatnya menjadi universal terdiri dari:

    1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW, sayangnya kedua orang tua beliau ini disaat Saidina Muhammad SAW diangkat sbg ‘nabi’ sudah meninggal terlebih dahulu.

    2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW, tapi sayangnya saudara kandung beliau ini, tak ada karena beliau ‘anak tunggal’ dari Bapak Abdullah dengan Ibu Aminah.

    3. Isteri-isteri beliau.

    4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki. Khusus anak lelaki beliau, sayangnya tak ada yang hidup sampai anaknya dewasa, sehingga anak lelakinya tak meninggalkan keturunan.

    Seandainya ada anak lelaki beliau yang berkeluarga, dan ada anak lelaki pula, wah masalah pewaris tahta ‘ahlul bait’ akan semakin seru dan hebat.

    Mungkin inilah salah satu mukjizat atau hikmah, mengapa Saidina Nabi Muhammad SAW tak diberi oleh Allah SWT anak lelaki sampai dewasa dan berketurunan?. Pasti, perebutan waris tahta ahlul baitnya akan semakin dahsyat.

    Bagaimana tentang pewaris tahta ‘ahlul bait’ dari Bunda Fatimah?. Ya jika merujuk pada QS. 33:4-5, jelas bahwa Islam tidaklah mengambil garis nasab dari perempuan kecuali bagi Nabi Isa Al Masih yakni bin Maryam. Lalu, apakah anak-anak Bunda Fatimah dengan Saidina Ali boleh kita nasabkan kepada nasabnya Bunda Fatimah, ya jika merujuk pada Al Quran tidak bisalah.

    Kalaupun kita paksakan, bahwa anak Bunda Fatimah juga ahlul bait, karena kita mau mengambil garis dari perempuannya (Bunda Fatimah), maka ya seharusnya pemegang waris tahta ahlul bait diambil dari anak perempuannya seperti Zainab, bukan Hasan dan Husein sbg penerima warisnya.

    Jadi sistim nasab yang diterapkan itu tidan sistim nasab berzigzag, setelah nasab perempuan lalu lari kembali ke nasab laki-laki.

    Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib, anak paman Saidina Muhammad SAW, ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah beliau bukan termasuk kelompok ahlul bait. Jadi, anak Saidina Ali bin Abi Thalib baik anak lelakinya mapun perempuan, otomatis tidaklah dapat mewarisi tahta ‘ahlul bait’.

    Kesimpulan dari tulisan di atas, maka pewaris tahta ‘ahlul bait’ yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya Saidina Hasan dan Husein bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

    Ya jika Saidina Hasan dan Husein saja bukan Ahlul Bait, pastilah anak-anaknya dan keturunan berikutnya otomatis bukan pewaris Ahlul Bait, mereka murni adalah bernasab pada Saidina Ali bin Abi Thalib.

    Dengan demikian sudah waktunya kita menutup debat masalah Ahlul Bait ini. Fihak-fihak baik sunni, habaib maupun syiah yang selama ini saling mengklaim bahwa mereka adalah keturunan ahlul bait itu, sebenarnya telah menimbulkan peruncingan hubungan keislamannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE