Rezeki Halal » halal

Laman Web Rezeki Halal Di Buka Semula !!!
Salam,

Setelah lebih kurang 11 hari laman web RezekiHalal.com tidak dapat di access kerana pihak hosting mendapati terlalu banyak aktiviti sehingga overloadkan CPU. Hari ini setelah beberapa hari bekerja sama dengan pihak pembekal hosting maka laman web RezekiHalal.com di buka semula.

Kesan dari 11 hari ini telah membuatkan Rezeki Halal terkeluar dari senarai carian Google dan Yahoo. Apa pun terima kasih pada semua dan semoga ruangan Rezeki Halal ini dapat memberi dan menyumbangkan ilmu untuk semua.

Nantikan tulisan dan video kami yang seterusnya. Bersama-sama kita baiki diri kita dan terus ingat pada Allah. Sesunggunya milik Allah lah kesemuanya termasuk DIRI kita ini. Saling maaf memaafkanlah kita ini. Siapa kita yang BERASA memiliki. Harta kekayaan, anak2 dan kesemuanya jua adalah milik Allah.

Wassalam,

Team Rezeki Halal.

Tinggalkan Yang Haram Dapat Yang Halal !
Salam,

Kali ini saya ingin kongsi satu artikel yang agak menarik dan sesuai menjadi teladan pada masa kini. Apa tidaknya masa sekarang antara “Halal” dan “Haram” sudah bercampur baur. Dan agak banyak  ”Subahat” pula. Semoga kita dapat melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita.

Kita semua memang sudah berilmu dan banyak tahu tapi yang kurang ialah perlaksanaan apa yang kita tahu dalam kehidupan kita semua. Semoga kita semua di rahmati, di berkati dan di sejahterai oleh Allah s.w.t.

Zahiruddin

p/s: sedang belajar melaksanakan apa yang di pelajari  …

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, “Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal.”

Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, “Tinggalkan yang haram, dapat yang halal.”

Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar…datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, ” Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal.”

Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.

Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya.

Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. “Saya seorang duda,” jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.

Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

Apa Itu Tasyri’
Salam,

Kali ini saya ingin kongsikan email dari sahabat saya perihal Tasyri’. Semoga kita sama-sama dapat pelajaran.

Zahiruddin

TASYRI’

Tasyri’ adalah hak Allah s.w.t.. Yang dimaksudkan dengan tasyri’ adalah apa yang diturunkan Allah s.w.t. untuk hamba-Nya berupa manhaj (jalan/kaedah/prinsip) yang harus (wajib) mereka lalui dalam bab aqidah aqidah, muamalat, dan sebagainya. Termasuk di dalamnya masalah penghalalan dan pengharaman. Tidak seorang pun berwenang menghalalkan kecuali apa yang sudah dihalalkan Allah, juga tidak boleh mengharamkan kecuali apa yang sudah diharamkan Allah.

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. (an-Nahl (16): 116)

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”. (Yunus (10): 59)

Allah telah melarang penghalalan dan pengharaman tanpa dalil dari al-Kitab dan as-Sunnah, dan Dia menyatakan bahawa hal itu adalah dusta atas nama Allah. Sebagaimana Dia telah memberitahukan bahawa sesiapa yang mewajibkan atau mengharamkan sesuatu tanpa dalil maka ia telah menjadikan dirinya sebagai sekutu Allah dalam hal tasyri’.

Allah s.w.t. berfirman:

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu (sesembahan selain Allah) yang menentukan – mana-mana bahagian dari agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (asy-Syura (42): 21)

… Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan Yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (al-An’am (6): 121)

Maksudnya adalah orang-orang yang menghalalkan bangkai-bangkai yang sudah diharamkan Allah. Maka sesiapa yang mentaati mereka, dia adalah musyrik. Sebagaiaman Allah memberitahukan bahawa siapa yang mentaati para ulama dan rahib-rahib dalam hal menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh allah, maka ia telah menjadikan mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.

Dia s.w.t. berfirman:

Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah (9): 31)

Ketika Adiy bin Hatim r.a. mendengar ayat ini, ia berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya kami tidak menyembah mereka.” Maka Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya:

“Bukankah mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan, kemudian kalian menghalalkannya. Dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan, kemudian kalian mengharamkannya?!” Ia menjawab, “Ya benar.” Maka beliau bersabda lagi, “Itulah bentuk ibadah kepada mereka.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Syeihk Abdurrahman bin Hasan rahimahullah berkata, “Di dalam hadis tersebut terdapat dalil bahawa mentaati ulama dan pendeta dalam hal maksiat kepada Allah bererti beribadah kepada mereka dari selain Allah, dan termasuk syirik akhbar yang tidak diampuni oleh Allah s.w.t.. Kerana akhir ayat tersebut berbunyi:

… padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah (9): 31)

Senada dengan itu adalah firman Allah s.w.t.:

Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana Sesungguhnya Yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan Yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (al-An’am (6): 121)

Hal ini banyak menimpa orang-orang yang bertaklid kepada ulama mereka. Kerana mereka tidak melihat dalil lagi, meskipun ulama yang diikutinya itu telah menyalahi dalil. Dan ia termasuk jenis syirik ini.

Maka mentaati dan konsisten terhadap syari’at Allah serta meninggalkan syari’at-syari’at lainnya adalah salah satu keharusan dan konsekuensi dari laa ilaaha illallah. Dan hanya Allah-lah tempat kita memohon pertolongan.