Kekuatan Itu Menerima Hakikat Kebenaran!
Salam untuk warga Rezeki Halal,
Agak lama juga saya tidak menulis. Menulis pun sekali sekala. Untuk pengetahuan saya dalam pencarian diri saya yang sebenarnya. Saya mencari asal keturunan saya, saya mula belajar mendalami dan mengenali diri saya yang batin (iaitu diri yg didalam) dan saya juga mengenali diri yang zahir.
Saya merupakan seorang yang suka mencari kelainan dan meneroka benda yang baru. Saya juga suka menduga akal saya sendiri. Adakah ini HAKIKAT sebenarnya?
Memang kehidupan saya penuh pengalaman yang misteri dan unik. Bahkan jalan kehidupan saya tidak lah LURUS, memang penuh cubaan dan dugaan hingga sekarang ini. Di duga dari segi ekonomi, perasaan, emosi, dan perjalanan diri. Apakah yang saya CARI?
Kita datang tanpa apa-apa dan kita akan kembali kepadaNYA tanpa apa-apa juga. Jika kita datang kedunia tujuannya nak kumpul banyak harta dan pulang dengan banyak harta maka ITU bukan tujuan kita utama. Kita perlu jadi KAYA supaya KESEMPITAN tidak meruntuhkan pegangan kita. Kita perlu RASA Miskin supaya KAYA kita menguatkan INGATAN pada ALLAH.
Dalam perjalanan ini saya sering mencari HEBAT. Nak jadi HEBAT ini. Nak jadi HEBAT itu. Yang pada mana HAKIKATnya saya adalah manusia biasa sahaja. Saya memang TIDAK DAPAT MENERIMA hakikat ini. Jika kita HEBAT masih ada yang lebih hebat. Jika kita KAYA ada yang lebih kaya. Jika kita KUAT ada yang lebih kuat.
Yang saya tidak FAHAM yang HEBAT ialah yang BIASA. Yang KUAT itu yang BIASA. Yang KAYA itu yang BIASA. Jadilah orang yang BIASA-BIASA sahaja. Iaitu orang yang serdahana yang gantung harapnya pada yang MAHA ESA. Tidak mencaci, merendahkan dan mengutuk yang lain.
Saya pernah belajar salah satu ilmu TAI CHI. Gurunya itu mengajar. Jurus ilmu Tai Chi yang pertama (Asas) ialah jurus ilmu Tai Chi (Terakhir) yang terakhir. Bagi mereka yang mencari HEBAT, ramai yang terlepas pandang dan meremehkan yang ASAL tadi. Maka mereka sentiasa dalam pencarian tanpa mengetahui mereka telah pelajari yang akhir.
Begitu lah diri saya ini, mencari kehebatan di LUAR yang padahal yang sudah SEDIA ADA. Jaki dengan KEPUNYAAN orang lain dan lupa nak SYUKURI yang SEDIA ADA. Begitulah cerita bab perjalanan mengenal diri sendiri.
Saya kini belajar menerima hakikat bahawa saya ini manusia biasa. Kalau nak ke Amerika naik kapa terbang bukan guna ilmu “JUMPER”. Kalau bergaduh guna penumbuk bukan guna JURUS JARAK JAUH. Kalau di serang secara ramai lari dan minta bantuan bukan GHAIB melalui ILU Halimunan. Jadi yang BIASA yang BIASA itu BISA dan MERASA. Pulangkan yang HAQ dan yang HAQ itu pasti. Itulah HAKIKAT KEBENARAN.
Saya mohon kepada ALLAH untuk jadi manusia biasa, manusia yang tidak hebat mana, tidak mahu di kenali, manusia yang hatinya, bicaranya dan lakunya selaras, manusia yang ikhlas dan bercakap benar.
Pesan Nabi SAW - AMANAH, TABLIG, FATANAH dan SIDDIQ. Saya cuba amalkan yang itu dan semoga saya dapat menerapkan dalam kehidupan saya dan juga pada semua.
Zahiruddin
p/s: Dari Bandung, Indonesia.

