Rezeki Halal » Hikmah

Mutiara Kata : Sekadar Renungan Bersama
Salam hormat semua,

Saya pernah membuat post terdahulu berkaitan mutiara kata bertajuk Islam Itu Addin. Post kali ini juga saya akan kongsikan lagi untuk kita fikir-fikirkan bersama. Bak kata pepatah nak berjaya kenalah belajar dari orang yang berjaya.

Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah menepati janji – Hadis Riwayat Ahmad

Orang yang terbaik di antara kamu adalah mereka yang berakhlak mulia – Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Marah adalah musuh utama akal - Ali Abi Thalib

Ilmu tanpa amalan ibarat pokok yang tidak berbuah – Peribahasa Arab

Kebijaksanaan manusia terletak di mata penanya – Ismail Sabih Al-Thaqaf

Pembacaan membuatkan seseorang itu menjadi sempurna, persidangan membuatnya sentiasa bersedia dan penulisan menjadikannya orang yang sempurna – Francis Bacon

Penemuan yang penting dalam generasi saya ialah manusia boleh merubah kehidupannya sekiranya dia merubah pemikirannya - William James

Kecemerlangan bukanlah satu perbuatan tetapi kebiasaan – Aristotle

Menguasai diri adalah anak kunci kepada segala kemajuan dan kebahagiaan – Inayat Khan

Manusia yang paling pintar ialah manusia yan mengambil iktibar daripada apa yang dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya – Hamka

Buku adalah universiti yang boleh dibawa ke mana sahaja – Abraham Lincoln

Semoga kita semua berjaya Dunia & Akhirat!. Amin.

Ikhlas Dari,

Saiful Anuar

http://www.sepulanuar.com

? Grab this Headline Animator

Kisah Para Wali : Hasan dari Basrah dan Penyembah Api
Salam,

Saya dapat email ini dari sahabat sekerja saya saudara Kamal dan saya ingin kongsikan di sini untuk menfaat bersama.

Zahiruddin

Hasan dari Basrah dan Penyembah Api

Episod dari Tazkirat Al-Auliya – Diambil dari buku yang ditulis oleh Farid Al-Din Attar

Hasan mempunyai jiran bernama Simeon, seorang penyembah api. Suatu hari, Simeon jatuh sakit dan ajalnya hampir tiba. Sahabat-sahabat meminta agar Hasan sudi mengunjunginya. Akhirnya Hasan pun mendapatkan Simeon yang terbaring di tempat tidurnya dan badannya telah hitam disebabkan api dan asap.

“Takutlah kamu kepada Allah,” Hasan menasihatkan. “Engkau telah mensia-siakan seluruh usiamu di tengah-tengah api dan asap.”

“Ada tiga perkara yang telah menghalangku untuk menjadi seorang muslim. Pertama adalah kenyataan walaupun kamu semua membenci dunia tapi siang dan malam mengejar harta kekayaan. Kedua, kamu semua mengatakan bahawa mati adalah suatu kenyataan yang harus dihadapi namun tidak bersedia untuk menghadapinya. Ketiga, kamu semua mengatakan bahawa wajah Allah akan dilihat, namun hingga saat ini masih melakukan segala yang tidak diredhai-Nya,” jawab Simeon penyembah api.

“Inilah ucapan dari manusia-manusia yang sungguh-sungguh mengetahui. Jika setiap muslim berbuat begitu, apakah yang sepatutnya engkau katakan? Mereka mengakui keesaan Allah sedangkan engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, dan aku tidak pernah berbuat seperti itu. Jika kita sama-sama terseret ke neraka, api neraka akan membakar dirimu dan diriku. Tetapi jika diizinkan Allah, api tidak akan berani menghanguskan walau sehelai rambut pada tubuhku. Ini disebabkan api diciptakan Allah dan segala ciptaan-Nya tunduk kepada perintah-Nya. Walaupun engkau menyembah api selama tujuh puluh tahun, marilah kita bersama-sama menaruh tangan kita ke dalam api agar engkau dapat menyaksikan sendiri betapa api itu sesungguhnya tidak berdaya dan betapa Allah itu Maha Kuasa,” jawab Hasan.

Setelah berkata demikian Hasan memasukkan tangannya ke dalam api. Namun sedikit pun tidak cedera atau terbakar. Melihatkan hal itu Simeon merasa hairan. Suatu ilmu telah diketahuinya.

“Selama tujuh puluh tahun aku telah menyembah api, kini hanya dengan satu atau dua helaan nafas saja yang tinggal, apakah yang harus kulakukan?” Simeon mengeluh.

“Jadilah seorang muslim,” jawab Hasan.

“Jika engkau memberiku jaminan bahawa Allah tidak akan menghukum diriku, barulah aku menjadi muslim. Tanpa jaminan itu aku tidak mahu memeluk agama Islam,” kata Simeon.

Hasan segera membuat satu surat jaminan.

Ramai orang-orang yang jujur di kota Basrah memberikan kesaksian mereka di atas surat jaminan tersebut. Simeon menitiskan air mata dan menyatakan dirinya sebagai seorang muslim. Kepada Hasan ia berwasiat, “Setelah aku mati, mandikanlah aku dengan tanganmu sendiri, kuburkanlah aku dan selitkan surat jaminan ini di tanganku. Surat ini akan menjadi bukti bahawa aku adalah seorang muslim.”

Setelah berwasiat demikian, ia mengucapkan dua kalimah syahadat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mereka memandikan mayat Simeon, mensolatkannya dan menguburkannya dengan surat jaminan di tangannya. Di malam harinya Hasan berbaring sambil merenungi apa yang telah dilakukannya itu. “Bagaimana aku dapat menolong seseorang yang sedang tenggelam sedang aku sendiri dalam keadaan yang serupa. Aku sendiri tidak dapat menentukan nasibku, tetapi mengapa aku berani memastikan apa yang akan dilakukan oleh Allah?”

Dalam keadaan memikirkan hal itu, Hasan terlena. Ia bermimpi bertemu Simeon, wajah Simeon cerah dan bercahaya seperti sebuah pelita; di kepalanya ada mahkota. Ia memakai sebuah jubah yang indah dan sedang berjalan-jalan di taman syurga.

“Bagaimana keadaanmu Simeon?” tanya Hasan kepadanya.

“Mengapa engkau bertanya padahal kau menyaksikan sendiri? Allah Yang Maha Besar dengan kemurahan-Nya telah menghampirkan diriku kepada-Nya dan telah memperlihatkan wajah-Nya kepadaku. Pemberian yang dilimpahkan-Nya kepadaku melebihi segala-galanya. Engkau telah memberiku surat jaminan, terimalah kembali surat jaminan ini kerana aku tidak memerlukannya lagi,” jawab Simeon.

Ketika Hasan terbangun ia mendapati surat jaminan itu telah berada di tangannya. Hasan berseru; “Ya Allah, aku menyedari bahawa segala sesuatu yang Engkau lakukan adalah tanpa sebab kecuali kerana kemurahan-Mu semata. Siapakah yang akan tersesat di pintu-Mu? Engkau telah mengizinkan seseorang yang telah menyembah api selama tujuh puluh tahun lamanya menghampiri-Mu, semata-mata kerana sebuah ucapan. Betapa Engkau akan menolak seseorang yang telah beriman selama tujuh puluh tahun?”

Semoga kita mohon petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t dan mohon keberkatan dariNya.

Wassalam.

Secebis Peringatan Untuk Diri Sendiri
Salam,

Kali saya ini kongsi pesanan-pesanan lama untuk mengingatkan diri saya dan yang lain.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan ‘Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah’, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya …..

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.

4.. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Zahiruddin

Tempoh Hidup Kita Ialah 3 Hari 2 Nafas
Salam,

Saya dapat email dari rakan saya Kamal mengenai Hidup = 3 Hari + 2 Nafas. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini.

Zahruddin

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3  HARI:

Semalam ~  Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang  sedang Kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum  pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari  yang kedua

Kita lebih baik kerana mungkin ajal  Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM  2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.

Hargailah Nafas  yang naik kerana udara yang disedut

Adalah  pemberian Allah secara percuma Dan

Carilah  keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin  itu

Nafas yang terakhir keluar dari tubuh  bersama

Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia  yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN  :

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.

Kekal di  dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu  amat mengerikan

Dan Kita hanya diyakinkan oleh  keyakinan Kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu  pula Ada 6 Dan apabila

Hilang salah satu  daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan  kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.

Tidak  terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya

Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu

Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk  dipercayai

Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi  tidak bersolat,

Umpama seorang yang mahu menaiki  kapal terbang,

Tetapi tidak mempunyai boarding  pass.

Dan** **mereka yang sengaja melalaikan  solat,

Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan  setem .. .

Apabila ditanya bagaimana surat itu akan  sampai

Pada penerimanya .. . Lalu dia pun  berkata

Setemnya akan dihantar  kemudian.

Ada 2  penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda  .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh  itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur

Atas  segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara

Secara percuma untuk Kita berzikir  mengingati~Nya

Setiap detik Dan ketika,  hinggalah Kita kembali

Kepada Allah dalam  keadaan jiwa yang tenang .. .

Lalu masuk ke  dalam syurga dalam keadaan

Kita redha Dan Allah  meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia +  sejahtera senantiasa

.. . Di dunia jua di  akhirat kelak serta

Di dalam rahmat Allah  s.w.t.* *

Kekuatan Asma Al Husna
Audio Asma Al Husna

Salam semua,

Agak lama rasanya saya tidak membuat post baru disini. Selain fokus kepada kerja hakiki, saya jugak sebenarnya sedang‘Brainstorming’ dengan beberapa rakan mengenai projek khas online. Bila tiba masanya saya akan umumkan kepada anda semua kerana tak ramai lagi rakyat Malaysia buat benda ni secara online.

Apa yang saya ingin kongsikan kali ini ialah tentang kekuatan Asma Al Husna. Post kali ini saya ada sertakan audio Asma Al Husna. Saya dapat audio ini ketika saya menjalani Kursus ESQ di Melaka. Apa yang menarik ialah apabila saya mendengar berulang kali hati saya terasa SEBAK, MEREMANG BULU ROMA dan terasa diri ini terlalu KERDIL disisi ALLAH SWT sekaligus meningkatkan lagi rasa cinta saya kepada ALLAH swt. Asma Al Husna bukannya untuk didengar sahaja tetapi untuk dihayati sedalam-dalamnya. Insya Allah anda akan rasa ketenangannya. Begitulah berkuasanya ALLAH swt.

Namun begitu ‘RASA’ saya tidak semestinya sama dengan ‘RASA’ anda semua. Ia bergantung kepada ‘TAHAP’ masing-masing. Iman kita sebenarnya berada didalam QALBI(Jantung). QALBI pula dikelilingi dengan kalimah Laillahaillah. Mengikut Imam Al-Ghazali Iman terbahagi kepada 3 iaitu Pertama: Iman yang sentiasa berada di dalam kalimah; Kedua; Iman yang sekejap ia keluar sekejap pula ia masuk ke dalam kalimah dan Ketiga: Iman yang sentiasa berada di luar kalimah. Maksud berada diluar kalimah ialah orang yang tidak beriman. Fikir-fikirkanlah. Walaubagaimanapun hanya Allah swt sahaja yang tahu tahap keimanan seseorang lagipun ia rahsia (sirr) Allah swt.

Dalam Islam kita disarankan supaya kita sentiasa berubah menjadi lebih baik dari semalam. Jangan kita hanya cuba SEKALI tetapi CUBALAH BERKALI-KALI. Begitu juga dengan audio ini. DENGARKANLAH AUDIO INI BERKALI-KALI. INSYA ALLAH.

Akhir kata saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru 2009. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah swt. Amin.

Saiful Anuar

YANG MANA DULU RUKUN IMAN / RUKUN ISLAM?
Assalammualaikum!!!! dah lama saya tak menulis apa2 diruang ini…… sempena hari raya dan bulan syawal yang mulia ni. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin…… Saya menulis ini hanya ingin berkongsi hak kita semua….ia nya bukan milik saya….atau milik sesiapa….tetapi untuk mereka yang merasakan bahawa mereka adalah seorang hamba…..bukan hamba pada dunia tetapi pada pencipta yang satu yang haq…..

Selalunya kita lupa dan kadang2 kita sedar siapa kita….kenapa kita dilahirkan…adakah kita dilahirkan untuk menjadi doktor,ulama,peniaga, jutawan atau apa2 pun keadaan kita sekarang…..”KENAPA AKU DILAHIRKAN”. Tapi sayangnya bukan ini yang hendak saya ceritakan….Apa yang hendak saya ceritakan  adalah bab solat……Isteri saya dilahirkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada rukun islam…..yang selalu jadi topik hangat adalah “solat”…..

Inilah topik yang ingin saya tuliskan “SOLAT” Isteri saya selalu tegur dan menjadi marah tentang solat ni……..Saya tidak pernah mengatakan tidak perlu lakukan solat….tapi  yang menjadi persoalannya bagaimana kita hendak melakukan solat sekiranya kita tidak faham dan tidak tahu apa yang kita buat……adakah kita lakukan solat kerana ia nya wajib/ kerana takut pada seseorang……atau sesuatu / kerana solat wajib…kita sama dengan burung kakak tua….cakap tapi tak atu apa yang dicakapkan…..

Seperti yang pernah saya tulis dahulu…..kita belajar agama terbalik…….yang dahulu kita kemudiankan,yang kemudian kita dahulukan…..cuba kita fikirkan agama islam adalah satu agama yang penuh dengan tertip dan halus tetapi kenapa di negara kita terlalu ramai orang islam yang terjerumus kelembah maksiat……kalau nak kata didikan agama tak cukup ada yang lepasan alazhar mesir pun hancur…..ada tahfiz pun hancur……saya bukan nak menunding kepada sesiapa…..ini berlaku kerana tiada ruh….. rukun islam adalah jasad (syariat) rukun iman adalah ruh…….

Ibu dan bapa paksa anak mereka solat……hantar anak mengaji hantar anak sekolah agama……tetapi kosong…..kerana mereka tak kenal yang maha esa. bila tanya kamu agama apa mereka jawap islam….siapa tuhan kamu Allah…. bukti kepercayaan kita pada Allah tiada…..”CUBA KITA DUDUK DIAM DAN TANYA APA BUKTI AKU YAKIN DAN PERCAYA PADA ALLAH”

Dalam rukun iman semuanya ghaib(tidak dapat dilihat dengan mata) kecuali al-quraan….Jadi apa bukti shahih yang mengatakan al-quraan yang kita baca adalah 100% datang dari Allah…..sedangkan mazhab dah terpecah 72…… masing2 mengatakan mazhab masing2 betul……sekarang bukan soal betul atau salah…..persoalannya yang mana yang sebenarnya 100% datang dari Allah kepada Muhammad s.a.w……bukan yang terbentuk dari idealogi dan pandangan imam atau seseorang…….

Bagaimana kita hendak meyakini Allah sedangkan kita tidak mengenali Allah “AWAL-AWAL MENGENAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH” Untuk mengenal allah seolah2 menjadi satu rahsia….hanya golongan tertentu yang dapat dan boleh belajar…..sedangkan Allah turunkan islam untuk semua bukan untuk seseorang atau kaum yang tertentu….

Apabila kita telah mengenal Allah maka rukun iman yang lain dan rukun islam menjadi senang……tak perlu kita belajar ilmu hukum yang terlalu banyak tak perlu kita belajar ilmu haram atau haram……kerana bagi orang yang mengenali allah maka mereka tidak akan terdorong untuk melalukan kejahatan dan perkara2 yang dibenci oleh Allah….

Bila kita sudah mengenal Allah maka kita faham kenapa kita soalat….kenapa ada rukuk,sujud tahyat dan sebagainya…..

Akhir kata renunglah kata2 ini :

“Janganlah kita melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya dan jangan lah kita meninggalkan sesuatu dengan alasan kita tidak mengetahuinya”

Moga2 Allah merahmati hidup kita……..”TIDAK ADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN ALLAH DAN TIADA YANG BOLH MEMUDARATKAN AKU MELAINKAN ALLAH”

Amalkan Sikap Jangan Putus Asa – Sifat Mulia
Insan, janganlah berputus asa

Oleh: Ibnu Abdullah

Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.

Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.

Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”

Inilah hebatnya orang Islam, kerana prinsip hidupnya yang jelas dan bermatlamat telah digariskan dengan jelas dalam Islam.Benarlah kata – kata Umar yang sangat terkenal akan hal ini.

“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.

Pendek kata, janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:

” Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

Bahkan sehingga pelaku-pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana sememangnya sifat ini adalah sifat yang terlarang bahkan keampunan Allah SWT itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.

Kalau dalam hal inipun dilarang berputus asa apatah lagi hal – hal yang lain. Tapi alangkah berbezanya realiti Muslim hari ini yang mudah sahaja berputus asa apabila gagal dalam sesuatu perkara atau mudah saja menyerah kalah apabila menghadapi cabaran yang sukar. Ikutilah teladan Rasulullah SAW dan sahabat – sahabat serta generasi Islam yang awal yang sentiasa bersemangat dan bersungguh- sungguh dalam apa jua bidang sekalipun. Ayuh wahai pemuda untuk kita bangkit kembali dan pastikan kita sentiasa cekal dan jauhilah sikap berputus asa.

Penulis teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah positifnya pemuda ini dengan menjelaskan:

“jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh melakukan 1000 perkara lagi”.

Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana Sesutu maslah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.

Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).

Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?:

• Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan:

“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.

• Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.

Dan dalam firman Allah menjelaskan: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.

• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.