Rezeki Halal » Islam

Khutbah Terakhir Rasulullah s.a.w Untuk Peringatan Kita Semua
Salam,

Semoga kita sama-sama renung dan hayati kembali – Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w.

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Ketika Rasulullah s.a.w mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang”.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Zahiruddin

p/s: Terima kasih kepada saudara Ibrahim atas peringatan.

Kesilapan Dan Ketidak Kesempurnaan Dalam Ibadat Dan Amalan
Salam,

Kali ini say ingin kongsi email yang isteri saya berikan perihal Kesilapan dan Ketidak Kesempurnaan dalam ibadat dan amalan. Menarik isinya. Kita aje yang nampak remeh tapi ia memberi kesan agak besar pada amalan dan ibadat kita.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari petikan yang di tulis oleh Ustaz Ismail Kamus ini.

Zahiruddin

********************Petikan**************************************

Kesilapan Dan Ketidak Kesempurnaan Dalam Ibadat Dan Amalan

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampong dengar…kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah…tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..

Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..

Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”.. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin” , “Hamdaz-zakirin” dan ” Hamdasy-syakirin” . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. ..jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah…

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba’diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba’diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa……. Renung-renungkanlah …

Islam Itu Addin
Salam semua,

Terlalu lama rasanya saya tidak membuat post baru disini. Namun, saya masih lagi mengikuti perkembangan apa yang berlaku di Blog Rezekihalal.com ini. Sungguhpun blog ini mengalami sedikit masalah teknikal baru-baru ini namun saya rasa pasti ada hikmahnya disebaliknya.

Sejak beberapa bulan ini saya agak kurang aktiviti online kerana saya sedang berada di ‘Dunia Baru’, namun saya masih mampu lagi meraih sedikit pendapatan dari internet. Alhamdulillah ada juga rezeki saya di internet ini. ‘Dunia Baru’ inilah yang saya cari selama ini iaitu dunia yang penuh dengan petunjuk. Dunia penuh keinsafan, pengenalan, ketenangan dan banyak lagi yang tak mampu saya terjemahkan.

Barulah saya tahu betapa beruntungnya saya hidup didalam ISLAM iaitu satu-satunya agama yang begitu indah jika kita sentiasa mencari dan terus mencari. Sememangnya ISLAM sesuai sepanjang zaman. Seperti yang saya katakan dulu, bagi sesiapa yang menjadikan AKHIRATNYA SEBAGAI MATLAMAT UTAMA HIDUP, KEJAYAAN DI DUNIA AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA. ISLAM tak larang pun untuk kita mencari kekayaan di dunia tetapi jadilah SIKAYA RAYA yang bertanggungjawab kepada ISLAM.

Sebenarnya saya nak kongsi beberapa Kata-Kata Hikmat untuk renungan para pembaca blog ini. Dah memang tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk saling ingat mengingati dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Silah hayati kata-kata hikmat dibawah ini lagipun saya banyak simpan sebagai koleksi. Ada masa saya akan kongsikan lagi.

1. “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu, semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” – Al-Quran (Surah 31:18&19)

2. “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya ia dianggap munafik sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, mengerjakan haji dan umrah dan ia mengaku dirinya seorang Islam, iaitu orang yang apabila bercerita ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila diamanahkan (sesuatu) ia khianat.” – Hadith Riwayat Abu Asy-Syeikh

3. “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib ke atas orang islam.”- Hadith Riwayat Ibn Majah

4. “Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, ‘Bagaimana mensia-siakannya?’ Rasullullah menjawab: ‘Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.”- Hadith Riwayat Bukhari

5. “Berbuat baiklah kepada semua penghuni dunia dan Allah akan berbuat baik kepada kamu.” – Hadith Riwayat Kunuzul Haqaiq

6. “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara itu ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” – Hadith Riwayat Al-Baihaqi

7. “Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” Hadith Riwayat Al-Qudhi

8. “Mereka yang baik (di sisi Allah dan manusia) adalah mereka yang sempurna akhlaknya dan baik terhadap isteri dan keluarga.”- Hadith Riwayat Tarmizi.

9. “Menuntut ilmu itu adalah satu fardhu yang wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.” Hadith Riwayat Ibn Majah.

10.“Kunjungilah saudaramu yang sedang sakit sekali pun dia tidak mengunjungimu ketika engkau sakit.”-Hadith Riwayat Baihaqi

11. “Alangkah banyaknya pohon-pohon kayu, tetapi tidak semuanya menghasilkan buah. Banyak pula buah, tetapi tidak semuanya baik untuk dimakan. Banyak pula ilmu, tetapi tidak semuanya memberi faedah.”- Nabi Isa a.s

12. “Harga seseorang itu ialah ilmu pengetahuannya.”-Ali Abi Thalib

13. “Jadilah orang yang terbaik pada pandangan Allah, jadilah orang yang paling rendah pada pandangan diri sendiri dan jadilah contoh yang baik pada pandangan orang lain.”-Ali Abi Thalib

14. “Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi dan neraka bagi orang yang berlaku zalim.”-Umar Al-Khattab.

15. “Orang yang banyak memikirkan tentang akibat tidak akan menjadi berani.”-Ali Abi Thalib

16. “Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat.”-Umar Al-Khattab

17. “Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh.”-Luqman Al Hakim

18. “Manusia akan dihormati kerana ilmunya bukan kerana kekuatan dirinya.”-Imam Ghazali

19. “Manusia terdiri daripada empat golongan: Dia yang tidak tahu dan dia tidak tahu yang dia tidak

tahu-dia jahil, jauhi dia; Dia yang tidak tahu dia tahu-dia daif, ajar dia; Dia yang tahu dan tidak tahu dia tahu-dia terlena,kejutkan dia; Dia yang tahu dan tahu dia tahu-dia bijaksana, contohi dia.” – Peribahasa Arab

20. “Setiap sesuatu, apabila banyak, akan merosot nilainya: tetapi kepintaran, nilainya bertambah apabila ia meningkat.”-Peribahasa Arab

Yang Ikhlas,

Saiful Anuar

p/s para pembaca dialu-alukan utk memberi komen..barulah meriah sikit blog ni he he..

Usia bumi
Assalammualaikum…

Baca dan renung-renungkan… Allah sahaja yang tahu kebenarannya…

Bukti kebenaran Al Quran…

Fenomena ini telah disebut di dalam Quran 1400 tahun dahulu…

a)

Mengikut hadith, umat Rasulullah s.a.w akan hidup selama 1500 tahun. Sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066. WALLAHUA’LAM…

b)

Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi. Telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi, Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi. Dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

WALLAHUA’LAM…

c)

Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa a.s. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.

WALLAHUA’LAM…

Semua ini telah dikaji dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.

WALLAHUA’LAM…

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba, hanya orang yang leka dengan dunia sahaj yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

Assalammualaikum…

Sumber: Isu Hangat