Rezeki Halal

Rezeki Halal Pada Perspektif Yang Sebenar

Yang Bermula Pasti Berakhir Dan Yang Hidup Pasti Mati

Written By: Zahiruddin - Jun• 18•10

Salam,

Agak sekian lama saya tidak update blog Rezeki Halal ini kerana agak sibuk dengan program kursus dan seminar. Saya cuma membantu pengurusan kursus bukan pemberi kursus. Dalam masa yang agak sibuk ini juga saya mula berpindah ke Meru dan sekarang menetap di kawasan Meru. Hari ini merupakan hari pertama Jumaat di Masjid As-Syarif Meru. Agak best juga masjidnya dan banyak aktiviti.

Setiap yang bermula pasti berakhir dan setiap yang hidup pasti mati itulah “Hakikat Kehidupan Dunia”. Meyedari hakikat itu bersyukurlah dan nikmati setiap saat yang anda lalui dan tempuhi. Jangan asyik menunggu esok atau masa yang akan datang kerana masa depan itu tidak pernah pasti.

Siapa yang boleh jamin yang kita akan boleh hidup sesaat lagi. Tiada siapapun yang  boleh jamin apa-apa pun dalam kehidupan dunia ini. Maka bergembiralah sesiapa yang menghayati Al Quran dan Hadis dan melaksanakan apa yang di perintah dan yang di tuntut. Al Quran dan Hadis bukanlah untuk kepentingan diri atau dalil pembenar hujah.

Sudah-sudahlah bermusuhan sesama kita. Ini di tujukan kepada diri saya sendiri yang suka buat perangai dan buat hal sendiri. Saya selalu bertanya pada diri saya “Untuk Apa ?” dan “Nak Ke Mana?” pada setiap perkara yang saya lakukan.

Apa yang penting kita perlu mengimani kesemua Rukun Iman yang kita sedia maklum itu dengan ikhlas dan sungguh-sungguh. Kita mengimani Rukun Iman bukan sebab Islam atau sebab-sebab yang lain tapi kerana Allah semata-mata. Pada Rukun Iman itu terletak “Kunci Kehidupan Dunia Dan Akhirat”.

Di mana Allah pada diri kita ? Jika kita benar mengimani Allah seperti dalam rukun iman yang pertama. Apa atau Siapa yang kita dulukan dalam kehidupan kita seharian? Siapa tuhan kita “Hari -hari”. Benar ke kita ini mengimani Allah.

Yang benar-benar mengimani Allah akan sentiasa “Mendahulukan” Allah dalam segala sesuatu bukan “Mendahului” Allah. Kebanyakan kita mendahului Allah. Kita yang buat, kita yang rancang, kita yang kerja keras, kita bantu, kita yang laksanakan, kita yang tolong, kita yang usahakan, kita yang berhempas pulas, kita yang buat dan semua kita yang dulu.

Mulailah dengan mohon pada Allah setiap bangun pagi – “Ya Allah, aku tak mampu ya Allah untuk menjalani kehidupan ini tanpa kekuatan dari mu ya Allah. Berilah aku kekuatan ya Allah, tunjukkanlah jalan dan bimbinglah setiap pergerakan dan niat ku setiap saat ya Allah.” Tanyalah Allah dulu sebelum buat sesuatu di hati – Ya Allah bantulah aku nak bangun mandi ya Allah. Ya Allah bantulah aku nak solat subuh ya Allah. Bantulah aku untuk pergi kerja ya Allah. Ya Allah bantulah aku minum dan makan pagi ya Allah. Ya Allah berkatilah dan jadikanlah setiap makanan dan minuman ku itu zat supaya aku dapat beribadat kepada Mu ya Allah.

Begitulah rintihan hati kita setiap saat. Itulah “Nikmat” Allah setiasa di sisi dan setiap saat. Jika kita lupa maka IBLIS lah yang ambil tempat dan buat kecoh.

Kesimpulan bergembiralah kerana Allah ada di hati dan di sisi anda setiap saat. Kita yang saja tak nak Allah di hati kita. Semoga kita semua di berkati, di rahmati dan di sejahterai oleh Allah.

Wassalam,

Zahiruddin

p/s: Peringatan untuk diriku yang selalu lupa dan leka.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Comment

  1. saiful anuar says:

    Salam,

    Rugilah kita kalau tak mengkaji@menghayati Al-Quran dan hadis malah bertambahlah rugi jika kita asyik lalai maka telunjuk iblislah yang kita ikut….subhanalah…

    Bukankah manusia memang selalu lalai? Betul tak? Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Performance Optimization WordPress Plugins by W3 EDGE