Assalammualaikum!!!! dah lama saya tak menulis apa2 diruang ini…… sempena hari raya dan bulan syawal yang mulia ni. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin…… Saya menulis ini hanya ingin berkongsi hak kita semua….ia nya bukan milik saya….atau milik sesiapa….tetapi untuk mereka yang merasakan bahawa mereka adalah seorang hamba…..bukan hamba pada dunia tetapi pada pencipta yang satu yang haq…..
Selalunya kita lupa dan kadang2 kita sedar siapa kita….kenapa kita dilahirkan…adakah kita dilahirkan untuk menjadi doktor,ulama,peniaga, jutawan atau apa2 pun keadaan kita sekarang…..”KENAPA AKU DILAHIRKAN”. Tapi sayangnya bukan ini yang hendak saya ceritakan….Apa yang hendak saya ceritakan adalah bab solat……Isteri saya dilahirkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada rukun islam…..yang selalu jadi topik hangat adalah “solat”…..
Inilah topik yang ingin saya tuliskan “SOLAT” Isteri saya selalu tegur dan menjadi marah tentang solat ni……..Saya tidak pernah mengatakan tidak perlu lakukan solat….tapi yang menjadi persoalannya bagaimana kita hendak melakukan solat sekiranya kita tidak faham dan tidak tahu apa yang kita buat……adakah kita lakukan solat kerana ia nya wajib/ kerana takut pada seseorang……atau sesuatu / kerana solat wajib…kita sama dengan burung kakak tua….cakap tapi tak atu apa yang dicakapkan…..
Seperti yang pernah saya tulis dahulu…..kita belajar agama terbalik…….yang dahulu kita kemudiankan,yang kemudian kita dahulukan…..cuba kita fikirkan agama islam adalah satu agama yang penuh dengan tertip dan halus tetapi kenapa di negara kita terlalu ramai orang islam yang terjerumus kelembah maksiat……kalau nak kata didikan agama tak cukup ada yang lepasan alazhar mesir pun hancur…..ada tahfiz pun hancur……saya bukan nak menunding kepada sesiapa…..ini berlaku kerana tiada ruh….. rukun islam adalah jasad (syariat) rukun iman adalah ruh…….
Ibu dan bapa paksa anak mereka solat……hantar anak mengaji hantar anak sekolah agama……tetapi kosong…..kerana mereka tak kenal yang maha esa. bila tanya kamu agama apa mereka jawap islam….siapa tuhan kamu Allah…. bukti kepercayaan kita pada Allah tiada…..”CUBA KITA DUDUK DIAM DAN TANYA APA BUKTI AKU YAKIN DAN PERCAYA PADA ALLAH”
Dalam rukun iman semuanya ghaib(tidak dapat dilihat dengan mata) kecuali al-quraan….Jadi apa bukti shahih yang mengatakan al-quraan yang kita baca adalah 100% datang dari Allah…..sedangkan mazhab dah terpecah 72…… masing2 mengatakan mazhab masing2 betul……sekarang bukan soal betul atau salah…..persoalannya yang mana yang sebenarnya 100% datang dari Allah kepada Muhammad s.a.w……bukan yang terbentuk dari idealogi dan pandangan imam atau seseorang…….
Bagaimana kita hendak meyakini Allah sedangkan kita tidak mengenali Allah “AWAL-AWAL MENGENAL AGAMA ADALAH MENGENAL ALLAH” Untuk mengenal allah seolah2 menjadi satu rahsia….hanya golongan tertentu yang dapat dan boleh belajar…..sedangkan Allah turunkan islam untuk semua bukan untuk seseorang atau kaum yang tertentu….
Apabila kita telah mengenal Allah maka rukun iman yang lain dan rukun islam menjadi senang……tak perlu kita belajar ilmu hukum yang terlalu banyak tak perlu kita belajar ilmu haram atau haram……kerana bagi orang yang mengenali allah maka mereka tidak akan terdorong untuk melalukan kejahatan dan perkara2 yang dibenci oleh Allah….
Bila kita sudah mengenal Allah maka kita faham kenapa kita soalat….kenapa ada rukuk,sujud tahyat dan sebagainya…..
Akhir kata renunglah kata2 ini :
“Janganlah kita melakukan sesuatu yang kita tidak mengetahuinya dan jangan lah kita meninggalkan sesuatu dengan alasan kita tidak mengetahuinya”
Moga2 Allah merahmati hidup kita……..”TIDAK ADA DAYA UPAYAKU MELAINKAN ALLAH DAN TIADA YANG BOLH MEMUDARATKAN AKU MELAINKAN ALLAH”
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=0230927f-cb04-4a8f-9031-0c7226576aca)






Salam,
Saya setuju dengan post tuan Hamba ni…terutama kat ayat terakhir tu…”TIDAK DAYA UPAYA…….”. Bab mengenal diri dan tuhan memang kena sampai tahap “LAHAULAWA QUWATA ILLA BILLAH…”. Saya pun dah lama tak buat post baru kat sini…insya allah saya akan kembali dengan post2 yang ada “umphhh”.
p/s selamat ari raya..maaf zahir dan batin. Amin.
Saya setuju dengan keseluruhan artikel saudara….
ramai orang komuniti kita tekankan aspek verbs ( rukun islam )dulu…walhal…rukun iman itulah yang wajar diperkukuhkan. Bila mindset kita sudah percaya…..maka tentulah seluruh tindakan kita akan bertindak dengan irama yang serupa…
antara rukun iman dan islam mana yg dahulu? ni yg kompius ni
Kalau konfius …
carilah ilmu yang meyakinkan…
yang membawa kepada mengenal Allah.
hampir 13 tahun rasullulah memperkukuhkan keimanan ( rukun iman ) dan hanya 9 th lebih ibadat ( rukun islam )….saya bersetuju dengan artikel tuan. hendak mengenal allah perlu kenal diri dulu…sape kita samada kita pekerja allah atau hamba allah…org sekarang suka ckp pasal pahala sedangkan kita tak layak ckp pasal pahala, surga dan neraka kerana itu hak mutlak allah. “tidak aku jadikan kau ya muhammad melainkan untuk mengabdikan dirikau padaku” sebagai hamba tiada balasan pahala atau ganjaran syurga yang diminta melainkan redha allah kita hidup di bumi ini….
awal2 lagi kita kena kenal allah dulu…jgn sampai kita membawa erti pengertian syariat dua kalimah shuhadah aku menaik saksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan allah dan aku juga menaik saksi bahawa nabi muhammad itu adalah pesuruh allah….kat sini pun dah ada masalah…jadi syariat tanpa hakikat binasa la kita..hakikat tanpa syariat binasa la kita…yg penting jgn jadi ilmu firaun sudah la…
Rukun iman dan rukun Islam mana dulu?
Boleh tak seseorang itu beragama kalau tidak ada kepercayaan?
Awal agama mengenal Allah.
Kenal Allah dulu sebelum beragama. Sebab agama itu Allah yang punya. Boleh tak kita masuk rumah orang tanpa kenal tuan punya rumah?
tuhan itu menurut persangkaan hambanya…
Kalau dah kenal Tuhan bolehlah kita bersangka …sangka. Kenal pun tidak macamana nak bersangka.
Bab mengenal ilmu allah…
kebanyakan umat manusia seseorang yang mengaku islam hanyalah sebab keturunan mereka memang islam tapi adakah mereka benar2 tahu apa itu islam..bolehkah saya tahu apakah sebenarnya maksud islam ( huruf jawi) dan apakah maksud intipati huruf tersebut? bagaimana kita nk mengenal allah?
Awal agama mengenal Allah….
Sesiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya ia mentaati Allah? Sepeninggalannya Rasulullah berpesan.
Sabdanya “Aku tinggalkan 2 perkara barangsiapa berpegang kepada yang dua ini maka tidak akan sesat sekali-kali, iaitu kitabullah (ketetapanku) dan ahlul baitku”
Umat terdahulu kenal Allah dengan beriman dan taat kepada nabi.
Nabilah yang menentukan kita Islam ke tidak….
assalamualaikum..
saya adalah hamba yg baru nk mengenal Allah… sebelum ni rukun islam yg saya lakukan x consistent sebab saya x pernah knal Allah dengan hati terbuka. Entah kenapa baru2 ni saya mula mencari.. Baru saya sedar sekarang, hati mula rsa sayang dan takut.. Semakin banyak yang saya jumpa semakin ikhlas rasa di hati.. saya teringin nak memahami segala isi kandungan AlQuran tapi saya x tahu berbahasa Arab.. Dimana saya boleh dapatkan tafsir Alquran yg mudah difahami..Dan saya tertanya2 ada berapa sunnah rasulullah dan hadith yang betul2 sahih dan macam mana nk pastikan ianya sahih atau tidak.. kalau ada sesiapa yang sudi bantu..
Salam uninvited,
Syukur alhamdulillah saudara telah mendapat hidayah dari Allah di Bulan Ramadhan yang berkat ini….
Hanya org2 yg terpilih sahaja mendapat hidayah dari Allah swt…
Sila layari blog saya http://www.sepulanuar.com – kat blog ni sy suka menulis bab ketuhanan/tauhid..juga ada dijual Tafsir Al-Quran secara online….Semoga saudara sentiasa di rahmati Allah swt. Amin.
awal agama mengenal Allah.
kenal Allah dulu baru boleh diberi agama..
awal agama mengenal Allah.
ALLAH TELAH MENGURNIAKAN AKAL FIKIRAN KEPADA MANUSIA. OLEH YANG DEMIKIAN, SEKIRANYA KITA TIDAK TAHU/FAHAM TENTANG SESUATU MAKA KITA PERLULAH BELAJAR UNTUK MENDAPAT ILMU SUPAYA BETUL2 FAHAM. SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG CETEK ILMU AGAMA, TIDAK PERLULAH MEMPERSOALKAN YANG MANA DULU RUKUN IMAN/RUKUN ISLAM. GUNAKANLAH AKAL FIKIRAN SEBELUM MEMPERSOALKAN SESUATU PERKARA.
bagi saya cuma 1..
awaludin magrifatullah..
awal agama mengenal allah.
selagi x kenal allah,selagi tu kita x ada agama..
sama ada rukun mana yang dulu..kemudian..
yang penting mesti kenal allah dulu..
kemudian baru disusuli dan iman dan islam..
iman maksud percaya..bila kita dh kenal allah dan percaya akan adanya die,baru akn ada iman..klau x knal die..cmne nak ikut kata die..nikmat sgat..hmm