Zakat Fitrah Adalah Wajib
Salam,
Di bulan Ramadhan ini saya ingin kongsi akan apa itu Zakat Fitrah. Buat masa ini cara pembayaran zakat fitrah amat mudah. Anda boleh mebayar di masjid2, surau2, di kauter zakat, di pejabat zakat, SMS dan juga secara online. Yang penting setiap kita yang cukup syarat wajib bayar zakat fitrah.
Zahiruddin
p/s: Sila rujuk http://www.e-zakat.com.my/baru/ untuk maklumat lebih lanjut.
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Kadar Fitrah
Bagi tahun berakhir 2009 Masihi/1430 Hijrah di seluruh negeri Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM7.00 seorang.
Syarat Zakat Fitrah
1.Islam
2.Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
3.Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan zakat fitrah
1.Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”




October 5th, 2009 at 10:46 am
Niat zakat fitrah kerana Allah Ta’ala. Kemuskilanya ialah siapa yang boleh menyampaikan zakat fitrah itu kepada Allah?
October 21st, 2009 at 10:13 am
saya nk tanye sy ade sorang kawan 3 tahun x bayar fitrah.macam mn kalo tahun ni dia nk tebus semua kesalahan nye yg x bayar selama 3 tahun itu.dgn cara mcm mn dia nk tebus?adakah kena bayar dgn wang atau ditukar dgn beras?tolong jawab soalan ini..
October 22nd, 2009 at 1:25 pm
Salam,
Bagi yang terlupa atau sengaja tak bayar zakat fitrah wajib Qadha Zakat Fitrah. Maksudnya kena bayar zakat fitrah tu juga. So dalam bulan ramadhan tahun depan sebelum hari raya bayarlah semua yang tak di bayar zakat fitrahnya tu.Kalau 3 kali maka 3 kali + yang terkini.
Bagi yang lupa tidak berdosa tapi masih wajib Qadha. Bagi yang sengaja maka ianya berdosa dan masih wajib Qadha.
Keterangan:
Wajib Mengqadha` Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Lupa
Orang yang lupa melaksanakan zakat fitrah tidak berdosa, karena lupa (an-nisyan) merupakan salah satu udzur syar’i yang menggugurkan dosa. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW :
“Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku [dosa karena] tersalah (tidak sengaja), lupa, dan apa-apa yang dipaksakan atas mereka.” (HR Ibnu Majah, no 2033; Ibnu Hibban, no 7342; Ath-Thabrani, dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, no 1414).
Namun kewajiban zakat fitrah itu tidak gugur dari orang yang lupa membayarnya dan dia tetap wajib mengqadha` zakat fitrah itu. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/908). Kewajiban mengqadha` zakat fitrah itu didasarkan pada kaidah fikih berikut sebagaimana dikemukakan Imam Ash-Shan’ani :
Al-Jaahilu wa an-naasi hukmuhaa fi at-tarki hukm al-’aamid
“Orang yang tidak tahu hukum, atau orang yang lupa, hukumnya dalam meninggalkan [kewajiban] sama dengan orang yang sengaja.” (Lihat Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, 1/55).
Kaidah di atas mengandung pengertian bahwa dalam hal meninggalkan suatu kewajiban (tarkul wajib), orang yang lupa atau tak tahu hukum, sama hukumnya dengan orang yang sengaja meninggalkan kewajiban itu. Sama hukumnya di sini maksudnya adalah sama dalam hal tidak gugurnya suatu kewajiban yang ditinggalkan. Jadi, suatu kewajiban tidaklah gugur, baik bagi orang yang lupa mengerjakannya, atau yang tidak tahu hukum, atau yang sengaja meninggalkannya.
Karena itu, orang yang lupa berzakat fitrah, wajib mengqadha`-nya, yakni kewajibannya tidak gugur dan tetap wajib membayarnya walau sudah lewat dari waktu yang ditentukan. Contoh lainnya, orang yang lupa shalat, wajib mengqadha`-nya. Demikian pula orang yang lupa membayar utang, atau lupa memberi nafkah kepada isteri-anak, atau lupa membayar gaji pegawainya, tetap diwajibkan membayar kewajiban-kewajiban itu.
Demikian pula orang yang lupa membasuh kaki dalam wudhu dan baru ingat setelah selesai shalat, maka dia wajib mengulangi wudhu dan shalatnya. Perempuan yang lupa menutup rambutnya secara sempurna sehingga tak tertutup sempurna, dan baru tahu setelah selesai shalat, wajib menutup rambutnya secara sempurna dan mengulangi shalatnya. Demikian seterusnya.
August 13th, 2010 at 6:30 pm
sye nk tye…sye seorang pelajar perempuan di sebuah IPTA..adakah sye dikehendaki membayar sendiri zakat fitrah itu & bukan ibu/bapa sye yang membayarnya….kalau diikutkan sye masih lagi dibawah tanggungan ibu/bapa…
August 14th, 2010 at 11:23 am
Salam,
Zakat fitrah adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimah. Untuk saudari sepatutnya ketua keluarga atau ayah yang membayarkan zakat fitrah saudari kerana masih dalam tanggungan dan tidak bekerja lagi.
Semoga ini dapat membantu. Saya kepilkan hukum zakat fitrah dan siapakah yg wajib mengeluarkanya di bawah untuk rujukan.
Hukum Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah. Berdasar hadits berikut, Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. telah memfardhukan (mewajibkan) zakat fitrah satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum atas hamba sahaya, orang merdeka, baik laki-laki maupun perempuan, baik kecil maupun tua dari kalangan kaum Muslimin; dan beliau menyuruh agar dikeluarkan sebelum masyarakat pergi ke tempat shalat ‘Idul Fitri.” (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari III :367 no:1503, Muslim II: 277 no:279/984 dan 986, Tirmidzi II : 92 dan 93 no: 670 dan 672, ‘Aunul Ma’bud V:4-5 no: 1595 dan 1596, Nasa’i V:45, Ibnu Majah I: 584 no:1826 dan dalam Sunan Ibnu Majah ini tidak terdapat “WA AMARA BIHA…”).
Siapakah Yang Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah
Yang wajib mengeluarkan zakat fitrah ialah orang muslim yang merdeka yang sudah memiliki makanan pokok melebihi kebutuhan dirinya sendiri dan keluarganya untuk sehari semalam. Di samping itu, ia juga wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk orang-orang yang menjadi tanggungannya, seperti isterinya, anak-anaknya, pembantunya, (dan budaknya), bila mereka itu muslim.
Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. pernah memerintah (kita) agar mengeluarkan zakat untuk anak kecil dan orang dewasa, untuk orang merdeka dan hamba sahaya dari kalangan orang-orang yang kamu tanggung kebutuhan pokoknya.” (Shahih : Irwa-ul Ghalil no: 835, Daruquthni II:141 no: 12 dan Baihaqi IV: 161).
August 14th, 2010 at 11:32 am
[...] p/s: Anda juga boleh ke sini – http://rezekihalal.com/zakat-fitrah-adalah-wajib/ [...]
August 23rd, 2010 at 10:53 am
Salam,
Bolehkan seorang isteri membayar zakat fitrah bg seluruh ahli keluarganya sedangkan suaminya sihat dan berkemampuan?
August 24th, 2010 at 7:03 am
Salam,
Sila rujuk pada maklumat di bawah. Isteri hanya boleh bayar untuk dirinya sendiri.
Syaikh ‘Abd al-Karim Zaidan hafizhahullah telah menghimpun perbincangan para ilmuan dalam persoalan ini dalam karyanya al-Mufashshal fi Ahkam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah (Muassasah al-Risalah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 455 dan seterusnya.
Ia dapat di ringkaskan seperti berikut:
1. Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat fitrah.
2. Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.
3. Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.
4. Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.
5. Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena PHK), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.
6. Ibu bapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.
7. Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.
8. Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerja). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
9. Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.
10.Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.
11.Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuwan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat. [‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 375].
12.Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.
13.Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.
14.Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.
15.Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta .
Zahiruddin