You are currently browsing comments. If you would like to return to the full story, you can read the full entry here: “Zakat Fitrah Adalah Wajib”.
Zakat Fitrah Adalah Wajib
Written By: Zahiruddin
-
Sep•
14•09
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.





Niat zakat fitrah kerana Allah Ta’ala. Kemuskilanya ialah siapa yang boleh menyampaikan zakat fitrah itu kepada Allah?
saya nk tanye sy ade sorang kawan 3 tahun x bayar fitrah.macam mn kalo tahun ni dia nk tebus semua kesalahan nye yg x bayar selama 3 tahun itu.dgn cara mcm mn dia nk tebus?adakah kena bayar dgn wang atau ditukar dgn beras?tolong jawab soalan ini..
Salam,
Bagi yang terlupa atau sengaja tak bayar zakat fitrah wajib Qadha Zakat Fitrah. Maksudnya kena bayar zakat fitrah tu juga. So dalam bulan ramadhan tahun depan sebelum hari raya bayarlah semua yang tak di bayar zakat fitrahnya tu.Kalau 3 kali maka 3 kali + yang terkini.
Bagi yang lupa tidak berdosa tapi masih wajib Qadha. Bagi yang sengaja maka ianya berdosa dan masih wajib Qadha.
Keterangan:
Wajib Mengqadha` Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Lupa
Orang yang lupa melaksanakan zakat fitrah tidak berdosa, karena lupa (an-nisyan) merupakan salah satu udzur syar’i yang menggugurkan dosa. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW :
“Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku [dosa karena] tersalah (tidak sengaja), lupa, dan apa-apa yang dipaksakan atas mereka.” (HR Ibnu Majah, no 2033; Ibnu Hibban, no 7342; Ath-Thabrani, dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, no 1414).
Namun kewajiban zakat fitrah itu tidak gugur dari orang yang lupa membayarnya dan dia tetap wajib mengqadha` zakat fitrah itu. (Wahbah Az-Zuhaili, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 2/908). Kewajiban mengqadha` zakat fitrah itu didasarkan pada kaidah fikih berikut sebagaimana dikemukakan Imam Ash-Shan’ani :
Al-Jaahilu wa an-naasi hukmuhaa fi at-tarki hukm al-’aamid
“Orang yang tidak tahu hukum, atau orang yang lupa, hukumnya dalam meninggalkan [kewajiban] sama dengan orang yang sengaja.” (Lihat Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, 1/55).
Kaidah di atas mengandung pengertian bahwa dalam hal meninggalkan suatu kewajiban (tarkul wajib), orang yang lupa atau tak tahu hukum, sama hukumnya dengan orang yang sengaja meninggalkan kewajiban itu. Sama hukumnya di sini maksudnya adalah sama dalam hal tidak gugurnya suatu kewajiban yang ditinggalkan. Jadi, suatu kewajiban tidaklah gugur, baik bagi orang yang lupa mengerjakannya, atau yang tidak tahu hukum, atau yang sengaja meninggalkannya.
Karena itu, orang yang lupa berzakat fitrah, wajib mengqadha`-nya, yakni kewajibannya tidak gugur dan tetap wajib membayarnya walau sudah lewat dari waktu yang ditentukan. Contoh lainnya, orang yang lupa shalat, wajib mengqadha`-nya. Demikian pula orang yang lupa membayar utang, atau lupa memberi nafkah kepada isteri-anak, atau lupa membayar gaji pegawainya, tetap diwajibkan membayar kewajiban-kewajiban itu.
Demikian pula orang yang lupa membasuh kaki dalam wudhu dan baru ingat setelah selesai shalat, maka dia wajib mengulangi wudhu dan shalatnya. Perempuan yang lupa menutup rambutnya secara sempurna sehingga tak tertutup sempurna, dan baru tahu setelah selesai shalat, wajib menutup rambutnya secara sempurna dan mengulangi shalatnya. Demikian seterusnya.
sye nk tye…sye seorang pelajar perempuan di sebuah IPTA..adakah sye dikehendaki membayar sendiri zakat fitrah itu & bukan ibu/bapa sye yang membayarnya….kalau diikutkan sye masih lagi dibawah tanggungan ibu/bapa…
Salam,
Zakat fitrah adalah wajib bagi setiap muslim dan muslimah. Untuk saudari sepatutnya ketua keluarga atau ayah yang membayarkan zakat fitrah saudari kerana masih dalam tanggungan dan tidak bekerja lagi.
Semoga ini dapat membantu. Saya kepilkan hukum zakat fitrah dan siapakah yg wajib mengeluarkanya di bawah untuk rujukan.
Hukum Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah. Berdasar hadits berikut, Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. telah memfardhukan (mewajibkan) zakat fitrah satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum atas hamba sahaya, orang merdeka, baik laki-laki maupun perempuan, baik kecil maupun tua dari kalangan kaum Muslimin; dan beliau menyuruh agar dikeluarkan sebelum masyarakat pergi ke tempat shalat ‘Idul Fitri.” (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari III :367 no:1503, Muslim II: 277 no:279/984 dan 986, Tirmidzi II : 92 dan 93 no: 670 dan 672, ‘Aunul Ma’bud V:4-5 no: 1595 dan 1596, Nasa’i V:45, Ibnu Majah I: 584 no:1826 dan dalam Sunan Ibnu Majah ini tidak terdapat “WA AMARA BIHA…”).
Siapakah Yang Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah
Yang wajib mengeluarkan zakat fitrah ialah orang muslim yang merdeka yang sudah memiliki makanan pokok melebihi kebutuhan dirinya sendiri dan keluarganya untuk sehari semalam. Di samping itu, ia juga wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk orang-orang yang menjadi tanggungannya, seperti isterinya, anak-anaknya, pembantunya, (dan budaknya), bila mereka itu muslim.
Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. pernah memerintah (kita) agar mengeluarkan zakat untuk anak kecil dan orang dewasa, untuk orang merdeka dan hamba sahaya dari kalangan orang-orang yang kamu tanggung kebutuhan pokoknya.” (Shahih : Irwa-ul Ghalil no: 835, Daruquthni II:141 no: 12 dan Baihaqi IV: 161).
Adik perempuan kepada si suami telah bekerja dan mampu mempunyai kenderaan sendiri, siapakah yang bertanggung membayar zakat fitrah untuk adik perempuan tersebut?
Salam,
Adik perempuan itu sendiri bayar zakat fitrah untuk dirinya.
OSM
[...] p/s: Anda juga boleh ke sini – http://rezekihalal.com/zakat-fitrah-adalah-wajib/ [...]
Salam,
Bolehkan seorang isteri membayar zakat fitrah bg seluruh ahli keluarganya sedangkan suaminya sihat dan berkemampuan?
Salam,
Sila rujuk pada maklumat di bawah. Isteri hanya boleh bayar untuk dirinya sendiri.
Syaikh ‘Abd al-Karim Zaidan hafizhahullah telah menghimpun perbincangan para ilmuan dalam persoalan ini dalam karyanya al-Mufashshal fi Ahkam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah (Muassasah al-Risalah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 455 dan seterusnya.
Ia dapat di ringkaskan seperti berikut:
1. Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat fitrah.
2. Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.
3. Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.
4. Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.
5. Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena PHK), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.
6. Ibu bapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.
7. Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.
8. Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerja). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.
9. Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.
10.Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.
11.Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuwan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat. [‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 375].
12.Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.
13.Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.
14.Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.
15.Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta .
Zahiruddin
suami tidak tinggal serumah dan tidak beri nafkah selama lebih setahun. Saya menanggung 2 orang anak selama ini, saya bekerja dan mampu. bolehkah saya membayar zakat tahun ini bagi pihak anank-anak dan diri saya?
Salam Jaleha,
Pn hanya perlu bayar zakat fitrah untuk diri pn sahaja. Anak2 masih pada tanggungan suami.
Wassalam.
aslmkm..bagaimana pulak jika c isteri yang sudah becerai lama bekas suami tidak pernah membayar zakat anaknya kerana c bekas suami itu tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya. boleh ka isteri itu membayar zakat untuk anak-anak itu.kerana c isteri yang menanggung anak-anak selama ini.
kalau suami tak mampu bayar zakat fitrah,dan saya mampu bayar untuk dri saya sendiri tapi bagaimana dengan anak saya boleh ke pakcik saya tolong bayarkan?
Salam untuk anak2 yg masih dalam tanggungan dan belum kerja sendiri ia tidak termasuk golongan yang perlu beri zakat fitrah. Oleh itu anak2 itu tak perlu bayar zakat fitrah. Tanggungawab tersebut jatuh pada suami.
Salam,
nih ari tu sya ada berdebat gak la ngan kawan sorang nih dia kata boleh bayar kat sapa2 yg wajib terima zakat tu.x yah bayar kat amil..
sy ckp x boleh dia kena bayar kat amil pasal nanti diorg agih2kan duit zakat tuh..
dia pon ckp x ya bayar kat amil pon x pe..bayar je kat org wajib terima..pastu sya pon ckp tanpa usul peksa dlm quran ckp kena byar kat amil gak…last2 dia ckp kat ayat mna dia nk tengok..
Pas 2 sy reply la balik x pe2 nanti aku cari..
cari2 kat tenet x jumpa2..last2 jumpa laman nih..
blh tlg?
Terima Kasih…
Minta maaf en Zhafri, bahasa dan singkatan yang tuan gunakan tidak sesuai untuk ruangan ini. Bahasa jiwa bangsa!!
Salam,
Apa yang saya tahu, zakat boleh dibayar/diberi kepada 8 golongan dan bukan hanya kepada amil. Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
1. Fakir – Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
2. Miskin – Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
3. Amil – Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
4. Muallaf – Saudara baru memeluk Islam
5. Riqab – Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
6. Al-Gharimin – Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
7. Fisabilillah – Orang yang berjuang di jalan Allah.
8. Ibnus sabil – Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat. Tujuan diberikan kepada amil adalah supaya wang zakat dapat diagihkan/digunakan. dengan lebih adil.
Jika saya salah, tolong perbetulkan. Terima kasih..
Salam,
Betulkan saya jika tersilap.
Pada pendapat saya “AMIL” yang dimaksudkan adalan orang yang berAMAL terhadap anak-anak yatim atau penjaga orang-orang fakir (yang memerlukan bantuan seperti OKU, org-org tua dsb). Amil ini termasuklah Ibu tunggal yang kematian suami, penjaga rumah anak-anak yatim, penjaga rumah kebajikan OKU atau org-org tua dan sbgmya. Inilah Amil yang sebenar bukan amil yang tuan sebutkan (no.3).
oo..cam tu kira leh la kita byar kat org2 golongan tu tu?sy pn x tau sgt..janji dgn niat kn2..
Ye.. Kalau kat kampung saye, biasanya orang bayar dekat orang2 miskin..secara tak langsung dapat bantu diorang secara terus. Kalau bayar kat amil, belum tentu zakat tersebut akan sampai kepada orang kempung yang miskin. biasanya amil akan agihkan zakat kepada orang yang berhak menerima zakat yang namanya ada dalam senarai diorang jek
ok i understand
Jika suami istri sudah bercerai dan mempunyai dua orang anak, anak yang sulong lelaki berumur 28 tahun dan anak perempuan berumur 26 tahun. Bekas suami sudah pun bernikah lain tetapi tidak si istri. Kedua2 anak mengikut si istri, dalam hal ini, adakah anak sulong lelaki harus mengambil alih tanggunjawab membayar zakat ibu dan adiknya?
Salam Pn Aini,
Jika bekas suami masih menanggung nafkah walau dah bercerai beliau kena bayar zakat untuk semua.Untuk anak sulung jika dah berkerja dan mampu ia perlu bayar zakat fitrah untuk dirinya dan tanggungannya. Jika adiknya juga dah bekerja dia kena bayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri. Kalau semua bekerja dan mampu masing2 bayar diri sendiri.
OSM
salam. sya nak tnya… adakah wajib bagi seorang wanita yg telah kehilangan suami’ya untuk membayar zakat fitrah bagi anak2x’ya dan juga dirinya sendiri? sedangkan wanita trsebt tdak mempunyai pekerjaan (tidak mampu).
Salam Puan Fiyah,
Puan tidak perlu bayar zakat fitrah kepada diri pun dan juga anak2 kerana puan tiada kemampuan.
Wassalam.
Salam
Ingin saya bertanya.
Suami saya tidak bekerja. Boleh kah suami bayar Zakat Fitrah buat dirinya, saya serta anak2 dia tapi menggunakan wang saya.
Kami jugak mempunyai 2 ekor kucing, haruskah kami bayar fitrah buat kucing2 kami? katanya kalo kucing kami telah disunatkan … kami boleh membayar fitrah buat mereka. tapi kalo belum disunatkan, haruskah kami bayar fitrah buat mereka juga?
Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena PHK), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.
Kucing tak perlu bayar zakat fitrah.
salam,sy nk tanya,sy dgn suami duduk jauh.hujung minggu je jumpa sbb kami keje jauh..sy kt johor,dia kt pahang,
so..nk tanya..zakat fitrah saya suami kena byr kt mane?xksh ke ngeri mane pon??
Kat mana-mana yang mudah yang pentingnya suami wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anda.
Salam,
Saya nak tanya suami sy kerja di luar negara (arab) dan saya bersama anak kecil saya di tinggal bersama keluarga mertua di Kuala lumpur.bolehkah bapa mertua saya mewakilkan membayar zakat bagi suami,saya dan anak mengikut harga zakat fitrah rm7 di kuala lumpur? kerana suami saya tidak tahu bagaimana cara pembayaran zakat dibuat di sana.
apakah adab berpakaian ketika membayar zakat? boleh ke saya membayar zakat sekiranya saya tidak mengenakan tudung?
Salam,
Tiada adab pakaian yang tertentu untuk bayar zakat fitrah yang ada cuma adab pakaian dalam Islam. Anda boleh bayar zakat fitrah jika tak pakai tudung. Mungkin anda juga boleh bayar zakat secara online, atau di kompleks beli belah jika segan untuk ke masjid. Harap maklum.
OSM
salam… tolong tanye soalan yg masuk akal. Thanks to admin yg byk mmbntu manusia dlm kesusahan. Sy x puas hati dgn soalan x pakai tudung mase nk byr zakat tu. Hukum x pakai tudung@mndedahkn rambut tu ape?xkn bnde mcm tu pn xthu. Wassalam.
Salam..saya ingin mendapatkan kepastian…bolehkah kita membayar zakat fitrah 2 kali setahun?
Salam,
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Jika dalam tahun itu sempat 2 Ramadhan dan 2 Raya Aidil Fitri – maka wajib bayar 2 kali.
Jika sekali sahaja Ramadhan dan Aidil Fitri maka wajib 1 kali zakat firtrah sahaja.
Oneself Mastery – Kuasai Diri
http://www.facebook.com/oneselfmastery
salam..nk tanya.kalau suami tetap kata saya kena bayar zakat fitrah diri saya kerana saya berkemampuan sedangkan sepatutnya dia yang kena bayar macam mana?wajibkah saya membayar zakat fitrah tersebut kerana bimbang diri akan berdosa jika tidak menunaikan zakat fitrah di bulan ramadhan.
Salam,
Kewajipan zakat fitrah itu adalah pada suami yang mampu walaupun isteru berkemampuan. Jika suami tak nak bayarkan zakat puan boleh bayar zakat sendiri kerana ia wajib.
Yang wajib mengeluarkan zakat fitrah ialah orang muslim yang merdeka yang sudah memiliki makanan pokok melebihi kebutuhan dirinya sendiri dan keluarganya untuk sehari semalam. Di samping itu, ia juga wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk orang-orang yang menjadi tanggungannya, seperti isterinya, anak-anaknya, pembantunya, (dan budaknya), bila mereka itu muslim.
Oneself Mastery – Kuasai Diri
http://www.facebook.com/oneselfmastery
Assalamualaikum,dlu sy sudah brcerai..dan bkas istri sy sudah pun berkahwin lain,kedua anak sy di jaga oleh bkas istri,prsoalan musykil sy skarang..zakat fitrah untuk kdua ank dan bkas istri sy yg sudah bkahwin itu, adakah masih di bwh tanggungan sy?
Salam,
Tanggungjawab kewajipan zakat itu telah beralih kepada suami baru bekas isteri anda. Suami baru bekas isteri anda wajib bayar zakat untuk bekas isteri anda dan anak2 anda.
Oneself Mastery – Kuasai Diri
http://www.facebook.com/oneselfmastery
Salam,
saya ingin bertanya, jika adik-adik saya telah bekerja, ibu bapa saya pesara tetapi masih mempunyai pendepatan yang sederhana, bolehkah saya membayar zakat untuk kesemua mereka sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal?
Salam,
Adik2 yang dah bekerja dan mampu wajib bayar zakat sendiri. Begitu juga dan ibubapa yang mampu dan ada pendapatan. Anda tak wajib bayar zakat fitrah untuk mereka hanya wajib bayar zakat fitrah untuk diri anda sendiri.
Oneself Mastery – Kuasai Diri
http://www.facebook.com/oneselfmastery
soalan saya:
1)Jika ayah sudah meninggal dunia,siapakah yang harus membayar zakat untuk ibu dan adik perempuannya yang belum berkahwin?si ibu tidak bekerja tetapi mampu dan mempunyai 5 org anak lelaki.adakah tanggungjawab itu jatuh kepada anak lelaki sulung yang mampu ataupun mana2 anak lelaki?
2)anak perempuan belum berkahwin dan mampu.adakah perlu membayar zakat sendiri? bolehkah anak perempuan itu boleh membayarkan zakat untuk ibu dan adik nya yang lain?terima kasih
Salam,
1) Jika ibu mampu dan adik perempuan belum kahwin, belum bekerja dan tak mampu. Maka ibu hanya bayar zakat fitrah dirinya sendiri. Anak2 (laki ke perempuan ke)yang bekerja dan mampu wajib bayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan bayarkan zakat fitrah untuk ibubapa yang tidak mampu sahaja. Yang lain bukan jadi tanggunjawabnya.
2)Yang elok jika mampu dan bekerja bayarlah zakat fitrah untuk dirinya sahaja.Dan bayar untuk ibubapa sahaja jika ibubapa tidak mampu. Adik2 lain jika belum bekerja tak wajib zakat fitrah.
Oneself Mastery – Kuasai Diri
http://www.facebook.com/oneselfmastery
saya ingin bertanya sy da mempunyai isteri dan anak..psoalan sy ni apa kah hukumnya jika sy mfitrahkan seorang balu berserta anaknya kerana sy belu lg mnikahi nya?
Salam,
Tak wajib sebab balu dan anaknya bukan tanggungan anda lagi.
Oneself Mastery – Kuasai Diri
http://www.facebook.com/oneselfmastery
Salam,
Saya wanita yang telah bekerja, tetapi setiap tahun ayah saya yang membayar zakat fitrah untuk diri saya. Biasanya dia sediakan beras dan saya akan berikan kepada orang miskin dikampung saya dengan niat mengeluarkan zakat fitrah. Saya belum berumahtangga atas sebab itu keluarga rasakan masih menjadi tanggungjawab mereka atas diri saya termasuklah berkaitan zakat fitrah. Adakah sah zakat fitrah saya itu? Sekiranya tidak, perlukah saya mengqhadha zakat fitrah yang lalu.
Salam,
Jika ayah saudari masih bekerja dan mampu dan saudari duduk serumah dengan emak ayah maka ayah saudari masih boleh bayarkan zakat untuk saudari. Saudari kira masih di bawah tanggung makan minum ayah saudari lagi. Tak perlu qadha zakat fitrah.
Oneself Mastery – Kuasai Diri
http://www.facebook.com/oneselfmastery
Salam,
Memang ayah saya mampu kerana mempunyai pendapatan dan hanya saya sahaja anak yang masih belum berumah tangga.Bagaimana pula, sekiranya saya tidak tinggal bersama mereka? kerana saya kini tinggal di ibu kota kerana bekerja di sini, manakala ibu bapa saya tinggal di Kedah.Bukan niat saya tidak mahu membayar zakat sendiri, tetapi dah jadi kebiasaan ayah saya selalu membayar zakat fitrah untuk saya dan saya menghargai apa yang dilakukan oleh ayah saya. Terima kasih di atas jawapan soalan ini
.
Salam,
Seeloknya jika saudari telah bekerja dan mampu maka bayar zakat fitrah sendiri yg lebih afdal. Tapi maklumkan dulu pada ayah saudari agar tidak menyinggung perasaannya.
Tq.
Salam,
Saya ada soalan.Nape zakat fitrah diwajibkan dlm bulan ramadan tetapi utk raya haji/korban takda plak kena bayo zakat. Apakah zakat fitrah diwajibkan bagi memberi peluang kepada golongan asnaf merasai hari raya sdgkan hari raya korban mereka pun masih dlm keadaan susah juga.Adakah zakat fitrah ini bersama dgn daging korban hari raya korban sdgkan keperluan mereka(asnaf) bukan stakat pakaian hari raya atau daging shj.Dikatakan zakat fitrah itu peyucian bagi org berpuasa,bagaimana pula dgn mereka yg tak puasa penuh tapi berzakat?adakah mereka juga mdpt pyucian yg dimaksudkan?soalan terakhir, apakah hukum mbayar zakat fitrah kepada lembaga zakat dan mbayar zakat fitrah secara langsung kpd org miskin?
Sekian.Pohon diberi bantuan jawapan kpd saya.
Wassalam.
Salam,
Antara amalan yang wajib dilakukan oleh umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadhan ialah menunaikan Zakat Fitrah. Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Rasulullah s.a.w. menfardhukan Zakat Fitrah satu gantang kurma, atau satu gantang gandum ke atas hamba atau orang merdeka, lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan orang Islam. Dan Nabi memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk melakukan solat (Hari Raya)”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kenapakah ia disebut zakat fitrah ?
Imam An-Nawawi r.a. menyebutkan, fitrah bermaksud jiwa atau asal usul penciptaan manusia. Oleh itu, Zakat Fitrah diwajibkan oleh Allah SWT kepada orang Islam sebagai penebus jiwa daripada dosa dan kesalahan yang mereka lakukan.
Imam Ibnu Hajar Al-’Asqalani pula menyatakan, Zakat Fitrah bermaksud, zakat yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas orang-orang Islam kerana berbuka pada bulan syawal, setelah selesai berjuang menghadapi ujian lapar dan dahaga berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Ia adalah sebagai satu tanda kemenangan melawan hawa nafsu.
Zakat Fitrah adalah satu ibadah wajib yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Ia adalah perintah wajib dari Allah dan rasul-Nya yang mesti dipatuhi, dan sesiapa yang mengengkarinya boleh membawa kepada kekufuran.
Para Fuqaha’ menyebutkan, Zakat Fitrah wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang sempat hidup pada hari terakhir Ramadhan sehingga malam 1 Syawal.
Zakat Fitrah mempunyai hikmah dan fadhilat yang amat besar kepada umat Islam. Ia adalah suatu rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai tanda kasih dan sayang-Nya terhadap hamba-hamba yang beriman dengan agama yang diturunkan-Nya iaitu Islam.
Hikmah pensyariatan Zakat Fitrah disebut sendiri oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :
Bermaksud :
“Rasulullah s.a.w. mewajibkan Zakat Fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata keji, serta sebagai pemberian makanan bagi orang-orang miskin”.(Riwayat Abu Daud)
Hukumnya SAH anda boleh bayar ke Lembaga Zakat (Amil) dan sah juga anda bayar zakat fitrah kepada orang miskin.
Assalamualaikum. Saya berasal dari Kelantan, tapi sekarang bekerja & menetap di Selangor. Apakah saya dikehendaki membayar zakat fitrah di Kelantan atau Selangor? mintak penjelasan drp tuan. terima kasih
Salam,
Tuan bayar zakat di tempat tuan bekerja dan menetap iaitu di Selangor buat masa ini.
Tq.
salam,
saya tidak bekerja, suami muallaf sejak 2004 dan anak 2org masih kecil. saya ingin kepastian wajibkah suami membayar zakat utk kami sekeluarga? tetapi gaji suami cukup2 utk belanja sahaja, bayar kereta dan belanja dapur dan bil2.
Salam,
Maksud muallaf ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik kepada Islam. Oleh itu, golongan muallaf yang berhak menerima zakat ialah mereka yang baru memeluk Islam, yang kehilangan sumber pencarian atau pendapatan ahli keluarga sehinggalah dia mampu berdikari dan menguruskan kehidupan keluarganya.
Untuk puan, suami puan dah lama dengan Islam maka jika ia mampu dan bekerja dan dapat menanggung makan minum puan dan keluarga maka wajib bayar zakat.
Tq.
Assalam,
Saya seorang perempuan dan telah bekerja. Bapa saya seorang pesara dan mempunyai pekerjaan sendiri. Bapa saya telah membayar zakat fitrah untuk saya di luar pengetahuan saya. Adakah zakat tersebut sah atau perlukah saya membayar balik kepada bapa saya atau bayar zakat sekali lagi menggunakan pendapatan sendiri?
Salam.
Zakat fitrah tersebut sah tak perlu bayar zakat fitrah lagi untuk tahun ini. Tahun depan bincang dgn bapa yang saudari nak bayar zakat fitrah sendiri kerana dah mampu dan bekerja.
Tq.
Salam,
Saya ingin bertanya … Saya dan suami saya baru 5 bln bercerai tetapi saya diberitahu dia tetap bayar fitrah untuk saya ..Adakah saya masih perlu byr lagi fitrah utk diri saya walaupun sudah ada org yg membayar utk saya?
Terima kasih .
Wasalam .
Salam,
Bekas suami masih boleh bayar zakat fitrah untuk anda dengan ikhlas dan redha tiada masalah tapi tidak jadi kewajipan atas bekas suami lagi. Tak perlu bayar lagi. Tapi jika saudari telah bekerja dan mampu elok bagi tau dia saudari nak bayar zakat sendiri.
Tq.
OSM
http://fb.com/oneselfmastery
assalamualaikum..
saya nak bertanya..saya bujang,bekerja,anak sulung dan tinggal bersama ibu bapa n adik beradik. ayah bekerja.boleh x saya bayar zakat fitrah untuk satu keluarga saya?
Salam,
Jika saudara dah bekerja dan mampu saudara cuma bayar zakat fitrah untuk saudara sahaja. Manakala ayah saudara yang mampu dan bekerja maka jadi tanggung jawabnya untuk membayar zakat fitrah untuk keluarganya.
TQ.
Salam,
Maaf tersilap … saudari bukan saudara. Saudari wajib bayar zakat fitrah sendiri jika mampu dan bekerja itu lebih elok.
Tq.
Bapa telah membayar zakat fitrah untuk saya. Tetapi saya ingin membayar zakat fitrah sekali lagi kerana ingin menggunakan duit saya sendiri. Apakah hukumnya. Adakah ianya sah. Ustaz, minta penjelasan.
Salam,
Tak perlu bayar lagi. Next time runding dengan bapa yang saudari nak bayar sendiri kerana dah mampu.
Tq.
Ibu dan bapa saya bercerai 3 bulan yang lalu. Saya berumur 27 tahun dan sudah berkerja. Adik lelaki saya berumur 25 tahun dan adik bongsu perempuan adalah 16 tahun. Pada saat ini, kami masih tinggal serumah kerana ayah masih belum dapat tempat tinggal baru. Soalan saya adalah, siapakah yang dikirakan ketua keluarga sekarang? Ibu saya bekerja tetapi pendapatannya rendah. Adik lelaki baru mula bekerja. Siapa patut bayar fitrah sendiri dan siapa patut bayar untuk siapa? Mohon dijelaskan. Terima kasih.
Salam,
Bagi anak2 yang sudah bekerja perlu bayar zakat fitrah sendiri. Bagi ibu dia perlu bayar zakatnya sendiri. Bagi anak yang tak berkerja dan belum mampu tak perlu bayar zakat. Bagi ayah perlu bayar zakat untuk dirinya juga bayar untuk anak2 yang belum bekerja.
Harap membantu.
Tq.
Salam,
Saya telah membayar zakat utk seluruh ahli keluarga saya sedangkan ibu bapa saya masih bekerja dan mampu untuk membayar zakat. Adakah bapa saya perlu membayar juga zakat?
Salam,
Zakat itu wajib maka ibubapa yang masih mampu dan bekerja wajib bayar untuk dirinya dan tanggungannya. Jika anda telah bekerja dan mampu anda hanya perlu bayar untuk diri anda sendiri.
Tq.
As salam dan selamat berpuasa,
Saya ingin membayar zakat di maybank2u.Tetapi jenis zakat untuk di pilih tiada jenis zakat fitrah.Adakah zakat pendapatan yang paling tepat?Kadar zakat adalah rm7.50 seorang utk Johor.Bolehkah kita bayar lebih daripada jumlah itu untuk membayar zakat diri sendiri?terima Kasih
Salam,
Zakat fitrah bukan zakat pendapatan. Jika Maybank2u tiada option zakat fitrah lebih baik bayar zakat fitrah di surau atau masjid atau di kaunter zakat yang berdekatan.
Jika bayar lebih dari kadar zakat yang di tetapkan yang lebihan itu di kira sedekah.
Tq.
salam..
makcik saya tinggal bersama saya dan suami. saya yang bertanggungjawab sepenuhnya menjaga makan minum makcik saya kerana makcik saya sebatang kara, tidak berkahwin dan anak yatim piatu serta “tidak cerdik”. makcik saya mempunyai sumber kewangan untuk dirinya setiap bulan. adakah suami saya perlu membayar zakat fitrah ke atas makcik saya? atau perlu membayar zakat tersebut menggunakan harta makcik saya dengan mewakilkan suami?
saya keliru dengan hukum ini.
Salam,
Saudari boleh wakilkan suami untuk bayarkan zakat makcik saudari dengan sumber pendapatan makcik saudari jika ada. Jika tidak maka suami saudari perlu bayarkan zakat untuknya kerana ia jatuh dalam kategori di bawah tanggungan.
Tq.
ada satu soalan…
si bapak biasanya bayar zakat untuk anak perempuannya.. sesudah si anak kawin, dia masih continue bayar zakat untuk anak perempuan yg sepatutnya dibawah tanggungan suami.
adakah si suami masih wajib bayar zakat untuk isterinya?
adakah sah zakat yg si bapak bayar?
2- kalau si bapak bayarkan sekali untuk menantu dan cucu?
adakah si suami masih wajib bayar zakat untuk dirinya,isterinya dan anak?
(Andaikan si anak dan menantu masih mampu untuk bayar, si ayah saja2 bayar)
Salam,
Si suami wajib bayarkan zakat untuk dirinya dan isterinya serta anak2nya. Bayaran zakat si ayah di kira sebagai sedekah.
Seeloknya khabarkan pada si ayah menantu tak perlu lagi bayar zakat untuk anak perempuannya serta cucunya kerana dah beralih tanggung jawab.
Tq.
Salam,
Saya kini menetap di luar negara kerana belajar. Adakah saya perlu membayar zakat fitrah di negara saya sedang belajar? Bolehkah saya membayar zakat secara online untuk negeri Selangor kerana sebelum ini dan selepas tamat penggajian saya menetap di negeri Selangor?
Salam Siti,
Seeloknya saudari bayar zakat fitrah di mana saudari menetap pada masa kini. Kerana kadar zakat itu berbeza ikut tempat.
Tq.
Saya dan suami telah pun bercerai dan masing-masing belum berkahwin lain. Bekas suami saya tetap membayar fitrah untuk diri saya.
Adakah ia boleh? Dan perlukah saya membayar lagi untuk diri saya sendiri?
Salam,
Boleh. Selagi bekas suami ikhlas dan memberitahu anda untuk membayar zakat fitrah untuk anda tapi bukan jadi kewajipan dia lagi. Anda tak perlu bayar zakat fitrah lagi jika dah di bayarkan. Seeloknya jika anda telah bekerja dan mampu bayarlah sendiri dan beritahu bekas suami tak perlu bayar untuk diri anda.
Tq.
OSM
http://fb.com/oneselfmastery
Salam.
Saya mempunyai 8 org anak dan seorg isteri. Saya kena bayar zakat fitrah utk 10 org termasuk saya. Sekiranya satu kepala 7 ringgit maka saya kena bayar 70 ringgit utk zakat fitrah ini tahun. Kawan saya (gaji lebih kurang sama saya) ada 2 tanggungan shj. Dia kena bayar (3×7) hanya 21 ringgit shj. Adakah ini adil?
Salam,
Zakat Fitrah itu wajib bagi yang mampu dan itu adalah suruhan Allah. Jika saudara ada 8 orang anak dan mampu maka bayarlah zakat fitrah itu. Jika saudara tak mampu nak bayar untuk 8 cuma mampu bayar untuk 3 sahaja maka bayar untuk 3 sahaja. Islam tidak pernah memberatkan sesiapa. Bagi yang mampu dan bayar zakat banyak hikmah yang akan di terima untuk dirinya.
Tq.
OSM
http://fb.com/oneselfmastery
salam.sy masih belajar dn masih mempunyai pinjaman pendidikan.skrg cuti semester dan sy bekerja selama 3bulan.adakah sy perlu berzakat?
Salam,
Tak perlu jika bapa saudara masih bayarkan zakat untuk saudara. Lagipun saudara masih belajar dan masih dalam tanggungan.
Tq.
OSM
http://fb.com/oneselfmastery
salam..
kwn sy (perempuan) sudah b’kahwin & m’punyai anak. setiap thn, si istri yg akan m’byr zakat fitrah utk anak2 & suami (duit p’berian suami) kerana si suami akan m’beri alasan sibuk @ malu utk pergi byr. p’soalannya, adakah zakat fitrah ini diterima @ sebaliknya. terima ksh kerana m’beri p’jelasan yg sewajarnya..
Salam,
Seeloknya si suami bayarlah zakat fitrah itu sendiri bagi pihak nya dan tanggunganya. Zakat fitrah itu wajib dan jadi tanggungjawab si suami. Zakat fitrah itu di terima kerana ia di wakilkan oleh si isteri. Harap si suami yang perlu tunaikan tugas ini keran beliau adalah ketua keluarga. Jika malu boleh bayar online atau SMS.
Tq.
OSM.
http://fb.com/oneselfmastery
salam,
boleh tak pinjam duit isteri (mampu) dulu utk byrkan zakat sebab suami baru mula kerja dan tak dapat lagi gaji?
(lepas raya baru dpt gaji dan bercadang nak ganti balik duit2 yg dipinjam dari isteri)
Salam,
Boleh jika isteri izinkan dan redha dan kemudian anda wajib ganti balik.
Tq.
saya berumur 24 tahun, bekerja, dan bapa saya kini jauh di indonesia, kerja atau tidak di sana, tidak sy ketahui, dan saya seorang shj bekerja menanggung keluarga dan memberi wang pada bapa di indonesia. Apakah untuk membayar zakat ini saya harus bayar untuk seisi keluarga? cume perlukan kepastian.
Salam,
Bukan jadi tanggung jawab saudari untuk bayar zakat untuk bapa dan seluruh keluarga tapi jika saudari mampu dan ingin membayarkan zakat fitrah untuk semua boleh. Jika ingin berbuat demikian bagi tahu lah bapa saudari apa yang saudari buat.
Tq.
OSM
http://fb.com/oneselfmastery
Assalamu’alaikum, saya bekerja dan isteri saya tidak bekerja. Saya menanggung 3 anak yg bersekolah dan 1 orang anak kecil yg masih menyusu. Ketika ini gaji saya setelah ditolak sewa rumah dan hutang, tinggal RM200 sahaja! Amaun itu pun 2 hari habis ….adakah saya wajib membayar zakat fitrah.? Saya masih tak faham mengenai ” muslim yang merdeka dan mempunyai makanan pokok melebihi kebutuhan dirinya sendiri dan keluarga utk sehari semalam”
Salam,
Yang wajib mengeluarkan zakat fitrah ialah orang muslim yang merdeka yang sudah memiliki makanan pokok melebihi kebutuhan dirinya sendiri dan keluarganya untuk sehari semalam. Di samping itu, ia juga wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk orang-orang yang menjadi tanggungannya, seperti isterinya, anak-anaknya, pembantunya, (dan budaknya), bila mereka itu muslim.
Maksudnya sehari sebelum shawal sehingga solat raya aidil fitri itu kita cukup makan minum untuk diri sendiri maka wajib bayar zakat fitrah. Bayar untuk diri sendiri dulu jika tak mampu nak bayar untuk isteri dan anak2.
Anda wajib bayar zakat fitrah jika menepati syarat di atas.
Tq.
OSM
http://fb.com/oneselfmastery
salam,
saya ingin bertanya satu soalan, jika seseorang islam yang sudah berkerja dan mempunyai gaji yang tetap di malaysia dan dihantar keluar negara untuk belajar,semasa proses belajar beliau dibayar gaji lagi diluar negara…jika tempat dimana beliau belajar tidak mempunyai saluran untuk membayar zakat fitrah semasa ramadhan,bolehkah beliau menggunakan cara lain seperti memberi wang atau beras kepada fakir miskin hanya dengan niat ini zakat fitrahku pada tahun ini kerana ALLAH s.w.t? saya harap sangat boleh memberikan penjelasan yang teliti…sekian terima kasih
Salam,
Boleh anda boleh keluarkan zakat firah kepada fakir miskin di negara itu dengan niat mengeluarkan zakat fitrah.
Tq.
OSM
http://fb.com/oneselfmastery
Assalamualaikum,
selepas kematian ayah saya, saya mula membayar sendiri zakat fitrah. untuk saya dan emak. memandangkan semua adik-beradik lain telah berkahwin dan mempunyai tanggungan masing2.
saya telah bekerja dan mampu. ibu saya mewarisi pencen ayah dan gaji dari hasil pendapatan ladang kelapa sawit setiap bulan (gaji berubah-ubah).
tetapi sejak 2 tahun lepas adik lelaki saya mula membayarkan balik zakat fitrah untuk saya dan emak.
adakah saya perlu baya balik kepada adik?
bagaimana dengan akad ketika membayar kepada pengutip zakat. adakah cukup berniat tanpa perlu akad bersalam?
assalamualaikum. saya pernah dikenakan tindakan tahan gaji oleh majikan sehingga tiada duit dan terpaksa meminjam dari ibu bapa. apakah saya dibolehkan tidak membayar zakat sedangkan ianya wajib? pada ketika itu saya benar2 ketiadaan duit melainkan cukup utk makan dan dalam keadaan berhutang. wallahualam
Suami tidak bekerja sebab berhenti kerja sebab majikan tak bayar gaji. Saya bekerja. Jadi suami duduk di rumah tolong jaga anak. Bolehkah saya beri duit saya kepada suami untuk dia bayarkan zakat sekeluarga?